"cantik juga dua orang doktor tadi captain" puji Ziyad

"ha, nak ngorat lah tu" usik Arshad

"ehh, tak ada lah kalau saya mengorat diaorang tunang saya nak letak mana captain" mahu balik dari misi ini tunangnya tetak dia pakai parang, tak ke naya

"saya bergurau jela" dalam mereka bergurau, mereka tidak pernah lupa yang peperangan ini belum berakhir kerana penjahat yang lain masih mencari keberadaan mereka semua


"YA Allah Aaira, Iqa korang okay tak?" nampak sahaja kelibat dua orang sahabatnya, Hafiz terus berlari ke arah mereka ingin saja dia memeluk erat tubuh dua orang gadis itu,

tapi dia menghormati maruah mereka berdua sebagai wanita walaupun dua orang sahabat di hadapannya ini tidak bertudung.

Mereka juga masih menjaga batas sebagai orang islam.

"aku okay tapi kawan kau yang sorang lagi ni tak okay" Syafiqah menjuihkan bibirnya ke arah Aaira,

baru dia perasan lengan kiri Aaira diikat oleh sehelai sapu tangan yamg sudah di penuhi darah

"jom aku rawat kau Aaira" tanpa banyak kata dia membuntuti langkah Hafiz.

Sebaik sahaja Hafiz selesai merawat Aaira, lelaki itu mengambil sapu tangan yang membaluti lengan Aaira tadi untuk dibuang tetapi pantas Aaira menghalang

"ehh jangan buang sapu tangan tu"

"lah...kenapa pula?" pelik Hafiz takkan Aaira nak pula sapu tangan ni

"aku nak sapu tangan tu, nak simpan buat kenangan" tanpa banyak soal Hafiz menyerahkan sapu tangan tersebut pada Aaira

"aku nak check patient, kau rehat dekat sini" Hafiz bangun lalu berjalan keluar dari khemah untuk memeriksa pesakit yang berada di khemah sebelah.

Sapu tangan yang dipenuhi darah itu di usap lembut, perlahan lahan Aaira bangun dan menuju ke paip berdekatan untuk membasuh sapu tangan yang di penuhi dengan darah miliknya.

Setelah di bersihkan baru dia perasan terdapat nama yang terkait pada sapu tangan itu 'Luth Haiyyan'

'jadi nama panjangnya Luth Haiyyan' kata Aaira dalam hati.

Lama dia memandang nama yang terkait pada sapu tangan itu, tiba tiba jantungnya berdegup laju

"ha kau buat apa tu!" sergah Syafiqah.

Cepat cepat dia sembunyikan sapu tangan di belakang badannya,

tak mahu Syafiqah tahu tetang sapu tangan itu

"hesy kau ni kalau tak buat aku terperanjat bukan kau kan" geram Aaira

"hehehehe... sorry lah kau tahu kan aku memang macam ni" Syafiqah sengih

"jom lah makan dari pagi tadi kita tak isi perut nanti sakit pula lagipun banyak tenaga kita habis tadi" ajak Syafiqah.

Tangan Aaira di tarik untuk ke khemah menjamu selera


PERUT pun sudah kenyang, mereka keluar dari khemah menjamu selera

"eh, dari tadi aku tak nampak Bifern. Dia tak makan sekali pun dengan kita?" baru dia teringatkan Bifern

"dia berehat dekat khemah, masa kau rawat luka tadi dia ada ajak aku makan tapi aku temankan dia je sebab aku nak tunggu kau" cerita Syafiqah.

Aaira hanya mengangguk.

'Boom' bunyi letupan mengejutkan semua yang berada di sini,

mereka berdua lihat ramai orang kampung bertempiaran lari keluar dari khemah.

Terus mereka berlari ke khemah mencari Darren dan Hafiz

mereka berempat bertembung ketika ingin masuk ke dalam khemah

"tolong kitaorang angkat patient patient yang tak boleh jalan ni, kita bawa mereka semua pergi ke tempat berkumpul yang dah di arahkan oleh tentera tadi" Darren memapah seorang lelaki keluar dari khemah.

Tanpa banyak cakap mereka memaut seorang lelaki berumur yang tidak boleh berjalan akibat ditembak pada kaki.

Sampai sahaja di tempat berkumpul  mereka meletakkan lelaki tersebut untuk duduk di atas tanah.

Agak jauh juga mereka berjalan dari khemah ke tempat berkumpul ini

"ada lagi ke patient dekat sana?" tanya Aaira

"tak ada ni saja patient yang tak boleh berjalan. Lain lain semua aku dengan Darren dah lepaskan dulu" yakin Hafiz

"are you guys okay?" Bifern datang ke arah mereka berempat

"we good, how about you?" Syafiqah melihat keadaan Bifern

"I was okay but now I afraid" wajah Bifern jelas ketakutan.

Lalu Aaira terus memeluk Bifern untuk menenangkan wanita itu

"It's okay, we fine now. The soldier will keep us safe" pujuknya.

Selepas keadaan Bifern agak sedikit tenang Aaira melepaskan pelukan.

Tiba tiba seorang wanita warga Thailand menghampiri mereka.

Dia bercakap sesuatu dengan Bifern yang pasti perbualan mereka tak satu yang Aaira dan yang lain faham.

Apa yang mereka nampak wanita Thailand itu menangis teresak esak

"this woman want to find her son who was about three years old, she said she panicked and left her son in the tent" terang Bifern.

Mereka berempat berpandangan sesama sendiri dalam masa yang sama Luth Haiyyan dan empat orang tentera datang mendekati mereka

"kenapa ni?" soal Luth kepada mereka berlima kerana riak risau terpamer pada wajah masing masing

"puan ni tak sengaja tertinggalkan anak dia dalam khemah, tolong carikan anak dia, tuan" pinta Aaira

"yang lain jaga dekat sini biar saya yang pergi cari" arah Luth kepada tentera yang lain, terus dia berlari semula ke arah khemah untuk mencari anak wanita Thailand itu.

Aaira tanpa berfikir panjang terus mengikut langkah Luth Haiyyan tanpa sempat di halang oleh mereka yang lain.

Belum sempat mereka sampai terdengar bunyi tembakan di kawasan khemah tersebut

Aaira yang mahu meneruskan lariannya itu ditegah Luth lalu mereka menyorok di sebalik khemah

"kenapa awak ikut saya?" Luth terkejut bila gadis ini tiba tiba ada di belakangnya

"saya nak tolong awak cari anak wanita Thailand tu takkan awak nak cari sorang sorang kalau jadi apa apa dekat awak dengan budak tu macam mana" walaupun risau akan keselamatan wanita itu pada masa yang sama dia bersetuju dengan kata kata Aaira.

Tak dapat dibayangkan kalau dia pergi sorang diri kemudian sesuatu tak di ingini terjadi, nasib baik wanita ini sudi membantunya

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now