6

61 3 0
                                    

"Embun tu bukan siapa-siapa pun. Dia cuma perempuan yang menolak pinanganku. Sebelum aku bawa dia berjumpa Permaisuri, aku sudah potongkan lidahnya terlebih dahulu, sebab itu dia tidak dapat membetulkan namanya di hadapan Permaisuri," balas Jahid tanpa perasaan bersalah.

"Sebab dia tolak pinangan kau saja, kau buat dia macam tu?" tanya Daniel seakan tidak percaya.

"Iya. Dia dah sakitkan hati aku, bukan? Apa salah aku buat macam tu?" balas Jahid lagi.

"Binatang," kata Daniel ringkas.

"Jadi kau mahu atau tidak Camelia semula?" Jahid bertanya kepada Daniel.

Daniel tidak terus menjawab, dan dia memalingkan muka ke arah Bendahara cuba berfikir tentang solusi terbaik. Setelah beberapa ketika yang sunyi sambil berbalas pandangan, Bendahara pun berkata, "Kalau Tuanku tanya pada patik, patik akan memilih Camelia."

Daniel memusingkan kepalanya ke arah pohon-pohon hijau. Masih mencari jawapan. Dia tidak mahu melepaskan takhtanya kepada Jahid, tetapi dia juga tetap mahukan Camelia. Kedua-dua adalah penting baginya. Saat ini, seluruh dunia seakan menentang dan berperang dengannya. Ketidakadilan amat benar dirasai.

"Aku tidak ada banyak masa untuk menunggu jawapan kau," kata Jihad memecahkan kesunyian.

"Camelia," jawab Daniel ringkas.

"Tandatangan di sini, kau dan Bendahara," balas Jahid sambil mengeluarkan sekeping surat bersama sebatang pena dan memberikannya kepada Daniel.

"Kau sudah rancang ini berapa lama? Aku mahu melihat Camelia terlebih dahulu," tanya Daniel kepada Jahid sambil membaca surat itu.

"Aku seorang yang berpegang pada janji. Tandatangan dahulu," balas Jahid. Daniel terus menandatangani surat itu dan memberikannya kepada Bendahara sebagai saksi.

"Bagus," kata Jahid sambil membaca surat itu buat kali terakhir dan menjerit "Bawa dia ke sini!".

Tiba-tiba, muncul satu cahaya bulat dari langit yang turun perlahan-lahan mendekati tanah. Apabila cahaya itu sampai ke tanah, ia membesar perlahan-lahan sehingga menjadi bentuk manusia. Dari situ, Camelia berjalan keluar dari cahaya itu dan dia tidak berseorangan, tetapi dia kelihatan membawa bayi di dalam perutnya. Cahaya tadi pun ghaib.

"Kanda," Camelia menyapa Daniel sambil senyumannya yang manis.

"Camelia!" Daniel bingkas bangun dari duduknya sambil berlari ke arah Camelia, lalu dia memeluk tubuh wanita itu.

"Anak kita, kanda," kata Camelia sambil mengusap perutnya. Daniel amat terkejut dengan keadaan Camelia itu. Tidak semena-mena tangannya laju membuai dan menghinggap pipi Camelia hingga terjatuh dibuatnya.

"Kanda!" Camelia terus menangis sambil memegang pipinya yang panas ditampar kencang.

"Itu anak siapa?! Adakah kau curangi aku?! Aku selamatkan kau, dan ini balasan yang aku dapat?!" bentak Daniel kepada Camelia.

"Apa yang kanda cakapkan ni? Ini anak kita, kanda! Anak kita!" balas Camelia seakan tidak percaya.

"Aku tidak boleh ada anak! Aku dah berkahwin dengan Hasna 80 tahun dan kami tiada seorang anak pun. Masalah itu bukan daripada Hasna, tapi daripada aku!" bentak Daniel lagi. Sejurus itu, Daniel menoleh ke arah Jahid dan cuba menerkamnya sambil berkata, "Adakah ini angkara kau?". Camelia seakan tidak percaya kerana Daniel sanggup menfitnahnya sedemikian.

"Pengawal! Tangkap orang ini!" kata Jahid kepada pengawal-pengawal yang ada di sana. Daniel kemudiannya ditangkap dan Jahid berkata lagi, "Akan aku sumbatkan kau ke dalam penjara, seumur hidup engkau."

"Lepaskan aku!" Daniel cuba memberontak tetapi dia tidak berdaya melawan pegangan pengawal-pengawal itu. "Bendahara, tolong lepaskan aku," rayu Daniel kepada Bendahara.

"Hahaha. Kau bukan lagi seorang raja, Daniel," balas Bendahara.

"Bendahara, beta akan beri kau satu wilayah, seperti yang beta janjikan dulu," kata Jahid sambil menoleh ke arah Bendahara.

"Terima kasih, Tuanku. Tak sia-sia patik cerita semuanya tentang Daniel ini. Patik setia dengan Daniel tapi satu apa pun patik tak dapat. Patik setia dengan Tuanku sekejap saja, tapi Tuanku sudah anugerahkan satu wilayah. Kesetiaan patik kepada Tuanku tidak akan hilang, ampun Tuanku," ucap Bendahara menunjukkan kesyukurannya kepada Jahid. Jahid semakin tersenyum bangga kerana rancangannya bersama Bendahara menjadi realiti.

"Bendahara, sanggup kau menikam aku dari belakang!" balas Daniel kepada Bendahara.

Dengan kekecohan yang terjadi ketika itu, tiba-tiba muncul Hasna yang sudah lama memerhatikan memerhatikan mereka dari jauh. Hasna mula berjalan rapat ke arah mereka. "Siapa perempuan ini?" tanya Hasna kepada mereka.

"Permaisuri Hasna. Selamat datang. Mari beta kenalkan, inilah Camelia sebenar, isteri kedua Daniel yang sah. Camelia sekarang ini mengandungkan anak Daniel. Daniel juga sudah berikan takhta kepada beta kerana dia amat mencintai Camelia. Kerajaan ini beta yang perintah sekarang. Beta sudah penjarakan Daniel seumur hidupnya. Jika kau tidak mahu mengikutinya, berpisahlah dengannya, dan kahwini beta. Beta akan jadikan dikau permaisuri terindah dan terbahagia yang pernah langit dan bumi saksikan," kata Jahid tanpa berselindung lagi.

"Apa.. Apa yang berlaku. Kenapa kau tipu aku? Siapa perempuan yang kau serahkan pada aku dulu?" tanya Hasna tergagap dek kerana banyak perkara yang tidak diketahuinya.

"Tidak mengapa, Hasna. Setiap malam akan beta ceritakan kepadamu di atas katil kita. Tetapi, sudikah dikau menjadi isteriku?" kata Jahid tanpa segan-silu.

Hasna masih terkejut dengan keadaan itu dan dia memandang Camelia dengan pandangan yang tajam. "Benarkah yang dikatakan Jahid, itu?" tanya Hasna kepada Camelia.

Camelia hanya tertunduk dan mengangguk kecil, menunjukkan rasa serba salahnya kepada Hasna.

Hasna mengalihkan pandangan ke arah Daniel yang sudah dipegang erat oleh pengawal, dan dia berkata, "Sampai hati kanda buat dinda begini."

"Dinda, itu bukan anak kanda! Tidakkah dinda ingat Tok Pawang pernah berkata yang kanda tak mampu mengandungkan dinda?!" jawab Daniel ingin menafikan anak yang dikandungkan itu.

"Di saat ini, aku lebih mempercayai kata-kata Jahid walaupun dia telah menipuku. Sekurangnya Jahid hanya menipuku sekali. Tapi kau telah menipuku berapa tahun? Akan ku bunuh perempuan ini dan anaknya supaya tiada darah kau!" kata Hasna kepada Daniel, sebelum dia beralih ke arah Jahid, "Tuanku! Titahkan Daniel untuk menceraikanku!".

Camelia terkejut dengan kata-kata madunya itu dan dia bingkas bangun dan cuba melarikan dirinya. Jahid yang melihat kejadian itu terus mengarahkan pengawalnya mengejar Camelia. Namun, langkah mereka terhenti apabila di hadapan mereka berdirinya Laksamana. Camelia berselindung di sebalik tubuh kekar Laksamana itu.

"Akan aku perangi sesiapa yang cuba menyakiti adikku ini! Sudah cukup kamu semua menyakitinya," tegas Laksamana.

Pengawal-pengawal itu pun berundur kerana kekuatan fizikal Laksamana telah dikenali di seluruh kerajaan itu.

"Oh, hatinya yang tersakiti saja kau berfikir? Hatiku ini macam mana? Di aniaya oleh suamiku dan dia! Tapi tidak mengapa. Lindungilah dia jika kau mahu. Aku, Hasna yang teraniaya, bersumpah! Andai benar anak yang dikandungnya itu anak Daniel, kau, Camelia, akan hidup melarat sebagai manusia biasa! Dan kau, Laksamana, aku sumpah kau menjadi pokok di bumi manusia! Jika mahu sumpah ini diangkat, genap usia anak itu 18 tahun, bawa dia berjumpa denganku!" balas Hasna.

Sejurus selepas itu, kilat sabung-menyabung menyerang kawasan taman itu. Satu pancaran kilat tepat mengena Laksamana dan Camelia yang sedang berdiri. Mereka berdua ghaib dari pandangan. Sumpah itu berkesan. Anak yang dikandungkan itu anak Daniel. Daniel menyaksikan kejadian itu dengan rasa yang tidak percaya.

Putera RahsiaWhere stories live. Discover now