50|Happen 𝗘𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴

Start from the beginning
                                    

Selesai melengkapkan borang, dia memerhatikan sekeliling ruang kedai itu, mencari kelibat lelaki yang dia jumpa menyanyi depan bangunan SM

Tiada.

Dia kembali pulang dengan pasrah. Seperti biasa, Got7 menunggu kehadirannya. Tzuyu terlebih dahulu menunduk pada mereka, bersedia untuk di dera lagi

"Kalini kami takkan dera" ujar Jaebum. Tzuyu memandanya pelik "Kitorang nak tengok sejauh mana Kelab Mencari Jodoh tu boleh tolong kau." jawab Yugyeom pula. Sedangkan niat mereka ternyata jahat untuk membuatkan orang lagi menjauhkan diri dari Tzuyu kerana di rasuk 7 setan

Pertemuan keduanya dengan Taehyung di kelab Jodoh membuatkan hatinya berdegup kencang. Melihat ketampanan Taehyung mampu menggugupkan ia. Namun dia kawal perasaan itu.

"Saya baca ciri ciri lelaki yang awak nak, dan saya dah dapat yang hensem untuk awak. Kim Mingyu"

Tzuyu tersenyum.

Walaupun sebenarnya, lelaki yang dia nakkan ialah Taehyung. Dia terpaksa terima. Dia sedar bahawa dia hanya orang asing yang tetiba muncul dalam hidup Taehyung. Bukan mudah baginya untuk terus terang.

Dia hanya terima semua lelaki yang Taehyung tawarkan padanya sehinggalah sekarang. Dia masih tak dapat pasangannya.

Sia-sia, tapi asalkan dia dapat luangkan masa dengan Taehyung, lelaki yang buat dia jatuh cinta selepas dia trauma untuk bercinta lagi.

Perasaan tu perlu dibuang bila dia anggap kau cuma kawan baik.

End


Setibanya Taehyung di bilik Tzuyu, dia dapati pintu terbuka luas. Senyumannya terus luntur apabila dia menyedari ketiadaan Tzuyu. 2 Surat dan gelang 'persahabatan' Tzuyu di atas katil menjadi tumpuannya.

Hatinya kurang senang

'Selamat tinggal,...... Taehyung'

"Huh?" Dia buntu. Satu lagi surat tertulis
'Selamat tinggal,..... Dahyun'

Taehyung

Tzuyu dah pergi?

Aku menghidupkan telefonku untuk memeriksa mesej daripada Tzuyu.

Tzuyu
Terima kasih untuk segala kenangan kita. Saya hargai walaupun kita tak bersama tapi saya tetap jadi orang penting untuk awak. Saya nak gerak balik kampung ni. Awak takkan tahu lokasi saya dekat mana lepasni. Saya pun akan mulakan hidup baru macam awak. Goodbye forever.

Aku tergamam membaca mesej terakhir daripada Tzuyu. Ye, dia dah balik kampung dan belum tentu akan kembali. Kenapa dia tak jumpa aku sebelum pergi? Aku tak perlukan surat ni. Aku nak jumpa Tzuyu sekarang. Aku nak terus terang dengan dia.

Dia jodoh aku.

Dia yang aku cari selama ni. Dia yang selalu ada dengan aku. Waktu aku sedih, dia yang datang pujuk aku. Dia yang buat hati aku bolak-balik. Selamani aku paksa diri suka orang lain sedangkan jauh di dalam sudut hati aku terukir nama dia, Chou Tzuyu.

Aku duduk di atas katil miliknya dengan pasrah. Surat yang tertulis namaku, aku tenung lama sebelum membaca isi dalamnya

Wahai si Taehyung!
Tahniah sebab berjaya jumpa jodoh kau.
Saya minta maaf sebab terus balik kampung tanpa jumpa awak.
Saya tak kuat.
Lepas baca surat ni, saya nak awak bakar atau buang supaya Jisoo tak dapat jumpa dan baca.

Taehyung, saya tak sanggup lagi nak terima semua calon yang awak tetapkan dan saya tak dapat terima lagi tengok awak dengan perempuan lain

Aku tergamam. Maksudnya, Tzuyu pun selama ni sukakan aku? Aku ingatkan cuma aku yang sukakan dia

Sebenarnya, saya dah lama sukakan awak sejak pertama kali saya nampak awak  menyanyi dekat depan bangunan SM haha.

Jadi sekarang awak dah tahu, kenapa saya bawak awak pergi sana haritu waktu saya tengah sedih sebab saya nak wujudkan balik perasaan gembira saya sewaktu pertama kali nampak awak dekat situ tapi...

Cuma sementara sebelum awak mula berbual pasal Jisoo dekat saya haritu

Sorry, saya kena luahkan juga perasaan ni sebab saya dah tak tahan berdiam lagi. Setiap kali awak ada girlfriend, saya cuba sedaya upaya untuk cintakan boyfriend saya macam saya cintakan awak tanpa sengaja.

Lepas saya break dengan Younghoon haritu, perasaan cinta saya dekat awak kuat balik sebab saya dah buang Younghoon seratus peratus dari hati.

Untuk selamatkan hubungan awak dengan Jisoo, saya kena pergi cepat. Jangan risau, saya akan mulakan hidup baru dekat kampung. Mungkin kahwin dengan Jungkook macam rancangan omma dengan appa.

Gelang persahabatan kita tu. Itu bukan gelang persahabatan asalnya. Itu gelang untuk pasangan bercinta dan ia membuatkan saya lebih jatuh dekat awak. Jadi saya tak dapat nak simpan. Saya kena move on dan lupakan awak. Awak bagilah Jisoo gelang tu sewajarnya.

Terakhir sekali, jangan call, mesej atau jumpa saya lagi. Tolonglah saya untuk move on dari awak. Bukan saya tak nak kenang jasa tapi ini demi kebaikan kita berdua.

Taehyung, suatu hari nanti bila emosi saya stabil dengan tak cintakan awak lagi. Saya akan kembali dan jadi kawan baik awak yang sebenar-benarnya. Di masa depan, keluarga kecil awak dengan keluarga kecil saya akan jadi sahabat baik. Saya tak sabar nak tunggu saat itu akan tiba.

Yang benar,
Kim Tzuyu

Tanpa aku sedar rupa-rupanya aku menangis sewaktu membaca isi surat ni. Jadi dia tetap akan kahwin dengan Jungkook, ex dia. Setelah apa yang Jungkook dah buat dekat dia? Aku takkan biarkan.

Lantas aku berlari keluar semula untuk mendapatkan Jaebum bagi mengesan lokasi Tzuyu sekarang.

Kalau perkahwinan aku dengan Jisoo terhenti di sebabkan Tzuyu, jadi aku akan buat perkahwinan Tzuyu dengan Jungkook juga terhenti di sebabkan aku.

Chou Tzuyu, kau Jodoh aku.

****

Yeyeyeye selesai sampai 50 ^^
Thank you semua yang menambahkan read!!

Yang vote °¬°❤️

Yang comment ^¬^❤️✨❤️❤️

Silent reader?
....
Asalkan korang menambahkan view HAHAHHA >^<

Aku tak sangka ada yang tunggu cerita ni di update :') dah la merapu HAHA

AGAIN

THANK YOUU!!! ❤️❤️❤️

Singgahla profile aku untuk cerita lain._.

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now