CLH 1

59.3K 1.9K 86
                                    


WAJAH kebosanan jelas terpancar pada wajah wanita berusia 25 tahun yang sedang menanti kehadiran seseorang.

Aaira dah macam mak jaga berdiri di sebelah lif ini menanti kemunculan sahabatnya, Syafiqah Hani.

Janji pukul 1 nak jumpa, ni dah pukul 1.10 minit tengah hari.

Bayang wanita itu masih belum muncul, sudah la perutnya sedang rancak mengadakan konsert rock.

Dia sudah betul betul lapar selepas 2 jam bertapa dalam bilik pembedahan tadi

"sorry aku tahu aku lambat dan kau lapar jadi sebelum mulut kau nak lancarkan peluru berpandu dekat aku, jom kita turun pergi kafe dulu isi perut" tak tunggu balasan Aaira, Syafiqah sudah menarik tangan sahabat baiknya ke arah lif.

Kebetulan lif sedang terbuka dan beberapa orang manusia sedang melangkah keluar, maklum la sekarang waktu melawat.

Biasanya mereka akan menggunakan laluan tangga tapi memandangkan perut masing masing dah lapar, tak larat nak turun tangga jadi lif menjadi pilihan terakhir walaupun agak kurang sesuai menggunakan kemudahan itu pada jam jam sebegini.

Selepas bersesak sesak di dalam lif, mereka akhirnya sampai di kafeteria hospital.

Siapa kata makanan kafeteria hospital tak sedap, sedap je lagi lagi di hospital Rendova ini

"kau nak makan apa Aaira?" hampir terbeliak mata Aaira saat melihat kuantiti nasi yang terisi dalam pinggan Syafiqah

"kau bela anak jin ke apa, nasi kau macam orang tak makan sepuluh hari" gadis itu tayang sengih

"alaaa aku tak sempat sarapan la.pagi tadi tu yang kuantiti nasi aku lebih sikit" banyak la dia punya lebih sikit, ni kalau orang luar tengok mesti mereka juga sependapat dengan Aaira

"cepat la pilih lauk aku dah lapar ni" gesa Syafiqah.

Aaira menjeling geram ke arah Syafiqah, tak sabar sabar.



NASIB mereka baik kerana terdapat satu lagi meja kosong,

cepat cepat Syafiqah berlari ke arah meja tersebut.

Mereka berdua menadah tangan membaca doa dan mula menikmati makanan masing masing

"malam ni nama aku naik untuk oncall, haihh malas betul la" adu Syafiqah

"serius la, good luck babe" hanya itu yang mampu Aaira ucapkan.

Memang kalau nama dah tersenarai dalam list oncall tak ada siapa yang boleh lari kecuali ada alasan yang betul betul kukuh

"Aku harap akan ada miracle bakal terjadi yang buatkan aku terlepas dari oncall malam ni" sebaik sahaja Syafiqah selesai berbicara,

datang Darren ke arah mereka, gayanya nampak tergesa gesa

"gosh! dekat sini rupanya korang. Baik campak je telefon korang berdua dalam mangkuk tandas, dari tadi aku call sorang pon tak angkat" siapa tak kenal dr.Darren, raja membebel

"excuse me mr doctor, bukan ke kita dekat hospital jadi phone kami berdua ni dalam mode senyap" Syafiqah menjawab dalam nada sarkastik

"whatever girls, now lebih baik korang berdua habiskan makanan cepat. Dr Zainal nak jumpa kita dekat bilik dia" dengar saja nama dr. Zainal, mereka sepantas kilat menghabiskan makanan masing masing

"kau dah habis Iqa?" Syafiqah mengangguk sambil mengelap mulut menggunakan tisu

"kalau macam tu jom kita gerak cepat, Hafiz pon tengah tunggu dalam bilik dr. Zainal" langkah di atur selaju yang mungkin nasib baik Aaira dan Syafiqah harini memakai seluar,

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now