■ 에잇 • 06 ■

32 14 1
                                        

Keesokkan harinya  , sekadar hari yang biasa bagi yeona 

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Keesokkan harinya  , sekadar hari yang biasa bagi yeona  .. Harini dia sampai awal ke tempat kerja  , ini pun nasib dia ada kunci penggera jika tidak memang lambat lah bangunnya  . Nasib ada akal ha  .

Yeona bersandar dikabinet ruang rehat iaitu dapur yang bersaiz sederhana sahaja  , untuk kemudahan para pekerja nak berehat .. Cermin tingkap lut sinar yang boleh menampakkan suasana luar menjadi tempat renungan lamanya sambil meneguk cawan kopi  . Cuaca yang sungguh nyaman dengan bunyi burung-burung berkicauan diatas udara juga dengan tiupan angin yang mula masuk melalui ruang jendela  . Sejuk sahaja cuaca pagi ni  , rasa tenang sahaja hati dan fikirannya  .

" hai  , yeona sshi-i  " tegur seorang gadis yang berambut gaya ponytail dengan berpakaian gaun biru berparaskan bawah lutut  . Menghadiahkan senyuman ceria pada waktu pagi  .

" oh hai somi  " yeona juga membalas sapaan rakan sekerjanya somi  . Turut saling membalas senyuman mesra  .

" hurmm  , apa cerita kau keluar dengan hyunjae  ? " tanya somi sambil dia mengisi air kopi ke dalam cawan plastik yang siap tersedia disitu  .

" biasa je  , but betul lah yang kau cakap tu  .. Dia sejenis yang playboy   .. " balas yeona bila kotak ingatannya teringat akan kelakuan hyunjae semalam  . Muka kacak tapi perempuan ramai ya amat  .

" aku memang bercakap benar  , setiap pagi mesti dia pergi usya pekerja-pekerja perempuan dekat unit lain  .. Dia memang tak berani nak kacau pekerja perempuan yang sama unit dengan dia macam kita ni .. Takut dia kena marah dengan ceo seungyoun tu  .. " jelas somi panjang lebar sambil meneguk secawan kopi yang dibancuh olehnya sebentar tadi  . Yeona sekadar mengangguk mendengar cerita somi tentang sikap sebenar hyunjae disebalik wajah kacak dia tu  . Yang memang boleh membuatkan para gadis-gadis cair gitu  . Serupa macam ais batu yang terkena pantulan sinaran matahari  .

" selain pekerja baru  " sambung somi lagi  .

" macam aku lah kan  ? Pekerja baru  ? Wait  , maknanya dia tu nak try goda aku lah  .. " yeona menundingkan jarinya menunjuk pada dirinya sendiri  , somi angguk dengan pernyataan yeona  .

" aku sarankan  , kau jangan rapat dengan lelaki spesis macam tu  .. Tak hidup kau bila kahwin dengan dia " kata somi lalu tersengih kambing  , k dia tengah merepek ni  .

" eh kau ni  , aku takkan pilih orang macam tu  .. Kalau sekadar kawan sekerja tu aku okeylah  .. Memang betul  , takkan hidup aku ni bila bersama sejiwa dengan dia..  "

" hehehe  .. Tapi dia kacak kan?  Aku teringin nak dapat boyfriend macam dia  , tapi aku tak suka ah sikap macam tu  .. Aku mahukan lelaki yang baik hati  , astu sweet macam asam  .. Astu—" belum somi nak habiskan kata-katanya itu .

" aku nak pergi sambung kerja  , kita berbual pasal tu lain kali ya  .. Rasa macam buang masa pula duduk lama-lama dekat sini  " lantas itu yeona memotong kata-kata berangan somi yang sudah sampai dekat planet marikh tu  . Malas nak layan orang cenggitu  , dia pun mempamitkan dirinya meninggalkan somi keseorangan di ruang rehat.

" wei  , aku belum habis cakap  .. Kau potong dah kenapa? " terian somi diruang rehat namun masih dapat didengari oleh seketul yeona  , tapi dia abaikan sahaja  .

                    ▩▩▩▩

" selamat pagi encik seungyoun  " sapa pekerja-pekerjanya yang kebetulan lalu lalang di kaki lima  . Mereka semua menghadiahkan senyuman mesra .. Manakala seungyoun sekadar mengangguk kepala dan menayangkan pandangan kosongnya itu . 

Kakinya sibuk dihayunkan mengambil langkah satu persatu ingin menuju ke arah pejabatnya yang tidak jauh daripada situ  . Sekali sekala dia mengerling jam tangannya jika dia sama ada terlewat ke  . Mana tahu kan  , ni pun rasanya dah kira terlewat kot ..sebab kes semalam lah minum banyak sangat disampaikan mabuk teruk  .. Rasa mabuk dan pening pun masih tersisa-sisa lagi . Tapi dia tetap kena masuk kerja juga  , arghh lantaklah  .. Pening kepala je kot  , bukannya demam pun  .

" selamat pagi encik seungyoun  ! " sapa semua pekerjanya sambil berdiri tegak apabila tibanya kedatangan seungyoun  . Mereka menunduk hormat .  Seungyoun tidak memberi apa-apa reaksi malahan langkahnya lurus saja dihayunkan menghampiri ke arah bilik pejabatnya  .

" encik seungyoun , selamat pagi " sapa pembantu peribadinya , mira . Sambil menunduk hormat setelah tiba dihadapan seungyoun .

" harini saya ada meeting dengan siapa-siapa kah  ? " soal seungyoun , terus melabuhkan punggungnya diatas kerusi kerjanya yang sangat empuk itu  .

" harini  , encik youn tak ada meeting-meeting dengan sesiapa pun tetapi  .. "

" malam ni encik youn perlu wajib menghadiri sebuah majlis formal dekat dewan Gushan  .. Disitu mereka jemput orang-orang yang berpangkat tinggi-tinggi termasuklah encik youn sekali  .. " jelas mira panjang lebar sambil dia teliti melihat dan membaca jadual milik seungyoun .

" majlis formal malam ni  ? Siapa lagi yang hadiri selain saya  ? Awak  ? " soalan seungyoun ditujukan ke arah mira sambil melirik anak matanya memandang bayangan mira yang berdiri dihadapannya itu.

" hurmm  , pasal tu  ? Arghh  , saya minta maaf sangat-sangat dengan encik youn  . Saya tak dapat turut hadir dekat majlis tu bukan sebab saya tak nak tapi ada hal lain  .. "

" saya perlu selesai kan urusan saya malam ni , kalau boleh encik youn ajaklah pekerja-pekerja yang dekat luar sana tu  .. " cadang mira  , dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah suasana luar yang agak sunyi menyepi  .. Semuanya fokus membuat kerja masing-masing  .

" dan ni kad jemputan tu  , ada dua tapi saya tak boleh teman encik youn malam ni—"kata mira  , tangannya lurus menghulurkan dua sampul surat yang mewah ke arah seungyoun  .

" awak ni memang dah  bercadang dulu tak nak ikut saya  , alasan saja  " sindir seungyoun  , ni bukan kali pertama mira buat begitu tetapi setiap mereka dapat je kad jemputan mesti mira akan memberi pelbagai alasan . 

" hehe.. Encik youn janganlah marahlah saya " mira sekadar tersengih kambing  , kau ingat budak mira ni tak ada perasaan kah  ? Dia ni bukan spesis macam seungyoun tu  . Manusia lah juga .

" so  ? Siapa yang encik yeon nak ajak pergi bersama-sama ?"soal mira ingin tahu  , rasanya seungyoun ni nak ke ajak orang ikut dia sekali  .

" hurmm—"

" tolong bagitahu dekat pekerja tu " seungyoun menjuihkan bibirnya tunjuk ke arah figura gadis yang tengah fokus buat kerja  . Mira mengangguk lalu tersenyum nipis. 

" baiklah encik youn  "

           ■ to be continued























【C】eight : 에잇 |I 조승연 Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum