¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
" ha , bagaimana hari pertama kau kerja dik ? Ada yang seronok kah dekat sana ? " soal unnienya seora bertubi-tubi apabila yeona sudah pulang daripada kerja . Seora menarik yeona supaya duduk diatas kerusi , tak sabar sangat nak dengar cerita daripada adiknya ni . Manakala adik bongsunya sunghoon sibuk dengan bermain permainan video dan mengabaikan sahaja unnie-unnienya itu , haish budak tu memang .. Sejenis yang tak suka bergaul dengan adik beradik . Tabah sajalah dapat adik bongsu yang dingin gitu .
" tak seronok dan lebih lagi bosan ya amat " balas yeona ringkas , dia menayangkan muka betapa bosannya syarikat yang dia kerja tu . Sunghoon yang curi-curi dengar itu sekadar menggeleng kecil saja .
" bosan ? Serius dowh , bukankah tempat kerja kau tu mewah mesti seronok kot .. Dan aku dengar lah makanan dekat situ semua sedap-sedap belaka , lagi-lagi dekat situ ada banyak tempat yang seronoklah .. Mustahil lah bosan apalah kau ni " kata seora dalam nada menjengkelkan saja . Dia pun tak percaya kata-kata yeona tu , mana ada bosan .
" kau tak percaya sudah , 100% aku kata bapak bosan nak mampus dekat sana , lebih lagi orang-orang dekat sana semua tak ada perasaan langsung tetapi diorang semua lawa-lawa siot .. " kata yeona sambil tersenyum sinis membayangkan wajah-wajah lelaki-lelaki kacak seperti lee hyunjae tu .
Eh jap !
Cakap pasal lelaki yang bernama hyunjae tu , baru yeona teringat bahawa lelaki itu ada ajak dia tengok wayang sama-sama .. Oh maigod ! Takkan harini kot , serius dowh diorang baru sahaja berkenal tapi bila tengok macam dah kenal lama saja .. Haha pelik sudah ..
" kau ni dah kenapa tiba-tiba tersenyum serupa macam kerang busuk ni , beranganlah tu kan .. Angan-angan berkahwin dengan putera kacak-kacak dekat kayangan tu .. " menyakat seora lalu dia menghadiahkan senyuman paling bermakna , bermakna ya . Terus senyuman yeona pudar bila seora kata macam tu dekat dia . Haish , unnie dia ni memang suka sangat menyakat orang saja .
" eh—aku masuk bilik dulu lah , dan satu lagi .. Aku nak minta duit sikit , boleh tak ? " yeona mencuit-cuit lembut lengan seora sambil tersengih-sengih kambing , bibirnya dimuncungkan kehadapan seperti tengah membodek orang ingin meminta sesuatu .
" Amboi kau pandai pula nak membodek orang ni eh , guna lah duit sendiri .. Aku tak ada duitlah , kedai aku tak maju bulan ni .. Maaf ya , dik " seora menonjol perlahan kepala yeona yang macam nak bergesel-gesel dekat dia je . Yeona menayangkan muka hampa separuh mati , sedih sebab umpan dia tak termakan langsung .
" alaaaaa , harini aku nak keluar dengan kawan aku lah takkan kau tak ada sedikit pun duit wey , hohohoho .. Sedihnya hidup jadi miskin ni , kau tak kesian dekat aku ke ? .. Takkan aku nak keluar dengan tangan kosong saja .. " yeona menayangkan muka penuh minta bersimpati , habis kata-kata merepek semua dia main lemparkan saja . Alahai , inilah cara gadis itu ingin meminta sesuatu dengan memberi ayat-ayat yang menusuk hati seseorang tu .