"Shu daren, kita jumpa esok di rumah. Kirimkan salam Li Hua kepada Shu Furen. Sekiranya tidak sempat berjumpa sampaikan pesan yang Li Hua mendoakan proses bersalin itu mudah dan kalian berdua dikurniakan anak yang comel dan sempurna," ucap Sara. Shu Wu Ji masih memandang tajam kepada LI Yang Jian. Dia sudah muak dengan kebiadapan Li Yang JIan terhadap Sara. Sara menarik lengan baju Shu Wu Ji sekali lagi dan Shu Wu JI memandangnya. "Dengar tak?"tanya Sara lembut. Shu Wu Ji mengangguk. "Balik dulu ya?"kata Sara lembut.  "Zhu Wu ambil barang itu dari Ah Chan," arah Sara. Dia menunduk hormat dan berlalu bersama Xiao Lian. Li yang Jian masih lagi memandang Shu Wu Ji kerana cemburu. Selang beberapa tapak, Sara berpaling. "Li Yang Jian," panggil Sara. Li Yang Jian menoleh ke arah Sara. Sara mengisyarakatnya supaya pergi dari situ. Li Yang Jian terus berpusing dan mengikuti Sara di belakangnya.

Mereka berjalan ke bangsal kuda tadi dan selepas membuat pembayaran, Sara dan Xiao Lian menaiki kuda masing-masing. 

"Zhu Wu nanti hantarkan buah2an kering itu ke bilik saya," arah Sara. Dia mengajak Xiao Lian untuk pergi dari situ.

"Tunggu, habis aku nak balik dengan apa?"tanya Li Yang Jian. Sara ketawa.

"Tadi datang macamana?"tanya Sara.

"Dengan kereta kuda," jawab Li Yang  Jian. 

"Dah tu baliklah dengan kereta kuda," ucap Sara. 

"Tapi aku dah hantar Yuan Yuan balik dengan kereta itu," balas Li Yang Jian. Sara menjeling ke atas. 'Lame excuse la bodoh,'Sara menyumpah dalam hatinya. Dia pergi kepada Xiao lian dan menarik Xiao lian untuk menunggang bersamanya. "Eh, ini kenapa?"tanya Li Yang Jian.

"LI Yang Jian. boleh berhenti jadi budak-budak tak. Aku fed-up. Kau boleh balik dengan Ah Bai,"jawab Sara.

"Xiao Lian kau turun sekarang," arah LI Yang Jian. Sara ketawa besar. "Apa yang kelakar sangat?"tanya Li Yang jIan jengkel.

"Kau!" tegas Sara. "kalau kau ingat kau boleh balik dengan menunggang bersama aku, baik lupakan sahaja," kata Sara. "Chah!" dia mengarahkan kudanya untuk berlari. 

"Li Hua!" panggil LI Yang Jian. Sedikitpun tidak dihiraukan oleh Sara.

"Li Hua, aku takutlah," kata Xiao Lian yang berada di belakangnya.

"Tak perlu takut, aku kan ada," balas Sara. Dia merasa sangat geram kerana LI Yang Jian seperti kanak-kanak 10 tahun yang berdendam kerana tidak mahu  bermain bersamanya. 'Sikit lagi Yang Jian, kau buat lagi, aku tak sure aku boleh menahan diri aku dari meluku kepala kau,'katanya di dalam hati. Sara tiba di pintu gerbang serentak dengan LI Yang Jian. Xiao Lian turun dari kuda dahulu dan diikuti oleh Sara. LI Yang Jian turun dari kuda dan menarik tangan Sara masuk ke kediaman. Sara sikit pun tidak melawan kerana dia penat. Li Yang Jian membawanya ke taman dan di tepi batu besar di tepi kolam jauh. Tempat itu sunyi. Li Yang Jian menolak Sara ke tepi batu. "Aduih," kepala Sara terkena batu. 

"Li Hua kau tak apa-apa?"tanya Li Yang Jian kerisauan. Sara seperti tidak percaya tadi seumpama gangster dan sekarang seperti lelaki yang bertamadun. "Kau cedera tak?" soalnya lagi memeriksa kepala Sara. 'Bipolar personaliti ini, aku pasti,'desis hatinya. 

"Haiya," keluh Sara. Dia melihat sahaja Li Yang jian di hadapannya. 

"Kau ke mana malam semalam?"tanya Li Yang Jian. Sangkaan Sara benar belaka. Li Yang Jian akan ke biliknya malam semalam.

"Tidur," jawab Sara pendek. Li Yang Jian merapatinya lagi. Sara hanya berdiam diri sahaja. 'Hai ingat dalam drama je kabedoom  ni,'bicara hatinya. Dia tidak bergerak walau seinci kerana dia hendak tengok sejauh mana Li Yang Jian akan bertindak.

"Kau jangan nak menipu, kenapa susunan bantal sahaja yang ada atas katil," beritahu Li Yang Jian terus merapatinya. Sara mengamati wajah itu. 'Aiseh handsome gila tapi dude, perangai kau serupa beruk , mulut kau serupa longkang,'kata Sara dalam hati. Semakin rapat tubuh LI yang jian kepada Sara.

"Hmm, tiada orang pun yang tahu aku tiada di bilik. Li Daren mengunjungi bilik Li Hua ke semalam?"tanya Sara semula. Wajah Li Yang Jian berubah. 

"Apa salah ke suami berada di bilik isterinya?"tanya LI Yang Jian.

"Tak salah," jawab Sara. 

"Kau ke mana semalam, huh?"tanya LI Yang jian memegang lengan Sara lembut. Wajahnya semakin rapat dengan wajah Sara. 'Oh, aiyah ini Sara lah. If I dont let you kiss me, you will never, dude,' desis hatinya. Sara menanti sahaja wajah Li Yang Jian berada dengan lebih dekat lagi. "Li Hua..." bisik LI Yang Jian. 'Ok this is the moment you will never forget LI Yang Jian,'kata hati Sara. Sara bersin dengan kuat sampai menghentak dahi Li Yang Jian. "Aduh," jerit LI Yang Jian terjatuh ke tanah.

"Daren, maaf hidung saya gatal tadi," ucap Sara seperti kesal dengan apa yang terjadi. "Li Hua balik dulu, mesti makan ubat takut melarat," kata Sara lagi sambil berlalu pergi. "Padan muka kau, dapat bonus hari ni...air liur aku dan hentakan kepala aku yang epik," kata Sara ketawa. Li Yang Jian sungguh tidak percaya yang dia dikalahkan lagi oleh Mo Li Hua. Dia mengurut kepalanya dan mengesat wajahnya yang penuh dengan bersin Mo Li Hua.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now