"Sebelum pergi tolong ingat kau tu isteri orang," kata Li Yang  Jian bersahaja sambil tersenyum kepada Yuan Yuan.

"Haih, sudah tentu sebab tak lama dah pun jadi isteri orang. Kan Yuan Yuan?" balas Sara melambai mesra kepada Lao Furen. Dia berlarian bersama Xiao Lian. Mereka tiba di pintu gerbang dengan pantas dan sudah ada kereta kuda tersedia. "Chan Chan," panggil Sara pemandu kereta kuda itu. 

"Ya Furen," jawab lelaki 2oan itu. 

"Saya hendak ke pekan dengan menunggang kuda sahaja, begitu juga Xiao Lian. Berikan saya dua ekor kuda," arah Sara kepada Chan Chan.

"Baik, Furen. Tunggu sebentar," selang seminit dua, dua ekor kuda dibawa ke hadapan. "Furen silakan. Ini Ming, Ini Bai," kata Chan Chan memperkenalkan dua ekor kuda itu. Satu berwarna coklat berkilat bernama Ming dan putih bersih bernama Bai. Kuda itu baka yang tidak terlalu tinggi dan sesuai ditunggang oleh wanita.

"Xiao Lian kau ambil Ah Bai, aku menunggang Ah Ming," arah Sara. Dengan pantas mereka berdua menaiki kuda itu. 

"Furen, kalau LI Daren bertanyakan kenapa, Nuchai-"

"Beritahu yang sebenarnya. Saya yang meminta untuk menunggang. Faham?"jawab Sara. Chan Chan mengangguk. Tanpa berlengah, Sara dan Xiao LIan menunggang ke pekan. Sampai di Pekan mereka meletakkan kuda mereka di bangsal yang disewa.

"Li Hua, setahu aku kau tak pernah memesan apa-apa kain," tegur Xiao Lian turun dari kuda.

"Dah sampai sini baru bertanya? Bagus boleh simpan rahsia," puji Sara ketawa. 

"Kita nak ke mana ni?"tanya Xiao Lian.

"Aku nak makan di kedai situ. Hari tu tak sempat makan datang mamat gila mana tah mengacau selera aku," jawab Sara selamba. 

"Hah?Kau cakap apa ni Li Hua. Aku tak faham," tanya Xiao Lian.

"Hai, RAM rendah sungguh," balas Sara perlahan. "Aku kata aku lapar nak makan mi di kedai itu," kata Sara menunjuk ke arah kedai Shu Wu Ji. 'Aku harap aku dapat bertemu kau Wuji hari ini,'doanya di dalam hati.

"Ah...kau belanja kan?"tanya Xiao Lian.

"Sudah tentu!" jawab Sara memeluk bahu Xiao Lian berjalan ke gerai yang sibuk itu.

Li Yang Jian yang baru selesai bersarapan menemani Yuan Yuan ke Pekan untuk mencari persediaan saat akhir sebelum pewaris Keluarga Li dilahirkan tak lama lagi. Dalam kereta kuda dia meninjau-ninjau keluar tingkap mencari kelibat Mo Li Hua. 

"Err lang cari apa?"tanya Yuan Yuan yang perasan kegelisahan Li Yang Jian.

"Tak cari apa-apa. Cuma, Err lang pelik hari ni orang lebih ramai membeli-belah,"jawab Li Yang Jian berbohong.

"Mungkin hari ini cuacanya baik jadi lebih ramai yang boleh keluar berjalan-jalan," beritahu Yuan Yuan sambil menyingkap tirai tingkapnya. Memang ramai orang di jalanan hari ini, fikirnya.

"Mi udang dua! Nai cha dua juga laoban," jerit Sara gembira.

"Li Hua, kau tu puan besar bukannya tidak berkahwin lagi," tegur Xiao Lian. Sara membuat muka kepada Xiao Lian.

"Muda lagi dah suka membebel. Aku tak boleh bayang kau tua mesti tak berhenti membebel," usik Sara. Xiao Lian menarik muka diusik begitu. Makanan mereka sampai dan Sara makan dengan penuh berselera.

"Li Hua," panggil satu suara yang dirindui oleh Sara. Tersedak Sara di situ. "Aiyoh Li Furen, makan tu senonoh sikit," usik Shu Wu Ji lalu duduk di sisi dan  menepuk-nepuk belakangnya. Dia memberikan teh untuk diminum oleh Sara.  Shu Wu Ji ketawa. Sara menampar kepala Shu Wu Ji. "Heih, aku pegawai besar di sini  tolong jaga airmuka aku sikit ya,"kata Shu Wu Ji memegang kepalanya. Tidak sakit pun sengaja dia mengusik Sara. Ah Chan yang berdiri itu melihat sahaja Shu Wu Ji dan Li Furen di hadapannya.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang