"Hah?!! Kenapa boleh jadi macam tu?"tanya Sara tidak percaya.

"Li Daren memang suka melepaskan marahnya kepada Zhu Wu. Tolonglah Xiao Lian menolong Zhu ge Li Hua," rayu Xiao Lian. Sara mengeluh panjang.  Dia melihat wajahnya di cermin.  'Ok tak pa, kau tengok aku nak ajar kau apa malam ni Li Yang Jian,'bisik hatinya,.

"Baik, Xiao Lian. Kau keluar dulu sekejap," arah Sara. Xiao Lian menunduk dan terus berlalu. "Ok ,ini baju tidur aku. Ini kurang seksi,"katanya kepada dirinya sendiri.  Dia mengambil keputusan untuk memakai baju lain yang lebih cantik dan 'menggoda'. Dia memakai baju lapisan pertama iaitu anak baju yang berwarna biru seumpama tank top tapi bertali. Dia memakai seluar lapisan pertama dan kedua berwarna putih, dan baju lapisan ketiga yang nipis dan jarang berwarna biru muda. Rambutnya dibiarkan mengurai dan dia memakai pewarna bibir berwarna merah terang. Dia menilik dirinya dalam cermin panjang. "Standard KL ni kira sopan jugalah boleh pergi Starbucks,'fikirnya. 'Tapi zaman ini diibarat tidak pakai baju langsung,'katanya dalam hati. Dan dia ketawa besar. "Ambik LI Yang Jian!" kata Sara sambil ketawa besar. Xiao Lian dan Zhu Wu yang berada di luar merasa hairan kenapa Mo Li Hua boleh ketawa seperti itu. Tiba-tiba pintu terbuka dan Sara berdiri di pintu. Zhu Wu terpegun melihat Sara berpakaian seperti itu. 

"Haiiiah, LI Furen," tegur Zhu Wu terketar-ketar.

"Zhu Wu," tegur Sara memberikan jelingan manja. 

"Err...sila," kata Zhu Wu menjemput Sara mengikutnya. Xiao Lian yang ternganga melihat Sara begitu menahannya.

"Li Furen , ini baju tidur," tegur Xiao Lian.

"So? Aku nak tidur, dia panggil aku sekarang, tak kuasa aku nak bersiap-siap. Dah kau terima aku begini atau aku tak pergi langsung,"bentak Sara.

"Lian er..." tegur Zhu Wu. "Silakan Li Furen," jemput Zhu Wu. Sara mengangkat keningnya kepada Xiao Lian. Xiao Lian dalam kebimbangan masih boleh tertawa kerana dia tahu Sara berbuat begitu hanya untuk mengenakan Li Daren.

"Li Hua di sini," tegur Sara melangkah masuk ke rumah besar itu. Rambutnya yang tersisir kemas apabila berjalan beralun lembut, bajunya yang jarang dan panjang turut beralun mengikut langkahnya. Kulitnya yang putih dan tanpa cela itu lebih terdedah. Semua di situ terkejut melihat Sara atau Mo Li Hua melangkah masuk.  "Lao ye, Da Nyang Zi, Daren, Zumu," ucap Sara sambil menunduk hormat. LI Yang Jian berdiri dan merasa sangat bengang melihat keberanian Sara berpakaian begitu ke rumah besar.

"Kau pakai apa ni?!!"tegur LI Yang Jian. Sara memeriksa pakaiannya. 

"Baju tidur," jawab Sara. "Kenapa tak cantik?" tanya Sara berpusing menunjukkan kecantikan baju itu. Lao Furen tersenyum melihat Sara yang cuba mencabar kesabaran Li Yang Jian. Li Yang Jian berjalan menuju ke arahnya dan mengangkat tangan kanannya bersedia untuk menampar Sara.

"Jian er!" panggil Lao Furen,

"Zumu," ucap Sara berlakon ketakutan dan dia berlari ke arah Lao Furen. "Zumu, ini bukan salah Li Hua. Li Hua sudah hendak melelapkan mata bila Zhu Wu datang. Li Hua ingat sekejap saja, jadi Li Hua datang begini saja," terang Sara memeluk Lao Furen.

"Kau!" tegur Li Yang Jian menyinga.

"Jian er, sabar. Betul cakap Li Hua tu. Dah memang dia bersedia hendak tidur dan Zhu Wu memanggilnya macam ada kecemasan di sini," tegur Lao Furen. "Sudah Hao Haizi mari duduk di sini,"pujuk Lao Furen.

"Lao Ye, Da Nyang zi, Zumu, maafkan LI Hua," kata Sara sambil duduk di sisi Lao Furen. "Kenapa panggil LI Hua ke mari. Selalunya LI Hua hanya makan di bilik sahaja," tanya Sara kepada ayah mertuanya.

"Err, Lao ye...Nyang zi...bukankah kita sekeluarga. Kita mestilah makan bersama," kata ayah mertuanya.

"Oh...tapi Li Hua betul tak tahu yang Li Hua mesti makan di sini sebab rasanya Daren melarang Li Hua berada di sini semasa makan malam," balas Sara. Dia memandang Xiao Lian di pintu. Nasib baiklah Xiao LIan menceritakan segalanya yang terjadi kepada MO LI Hua kepadanya semula. Li Yang Jian yang sedang meneguk air untuk menenangkan hatinya tersedak.

"Sudahlah bercakap tu, makanan ni hampir sejuk," tegur Lao Furen. "Mari makan ya LI Hua. tak mahu makan banyak makan sikit ya?"kata Lao Furen lembut.

"Baik Zumu," jawab Sara tersenyum. Dia mengerling kepada Li Yang Jian yang duduk di hadapannya. Sara mengalihkan rambutnya ke sisi kiri supaya rambutnya tidak masuk ketika dia menyuap makanan. Mata Li Yang Jian hanya tertacap kepada Sara tanpa kerelaannya. Rambutnya dibawa ke sebelah, bibir yang merah dan kulit yang putih terserlah membuatkan Li Yang  Jian terpana seketika. Sara perasan akan pandangan Li Yang Jian itu. 

"Zumu, memang panas ke malam ni?" tanya Sara kepada Lao Furen di sisinya.

"Musim panas sedang bermula, memang malam akan terasa hangat,"jawab Lao Furen. 

"Eii tak selesalah," kata Sara menurunkan baju luarnye ke siku. Terbeliak mata Zhu Wu dan Xiao Lian.

"Li Hua!" jerit Li Yang Jian. Itu mengejutkan semua yang ada di situ. Li Yang JIan bangun dan pergi kepada Sara. Dia menarik baju yang dijatuhkan ke siku ke tempat asalnya.  "Ini meja makan, bukan rumah pelacuran,faham?"bentak Li Yang Jian. Sara terkelip-kelip.  Dia menitiskan airmatanya di situ lalu bangun. 

"Zumu," dalam tangisannya memandang Lao Furen. "Li Hua minta diri dulu," ucap Sara dalam tangisannya tetapi sempat mengenyitkan sebelah mata kepada Lao Furen. "LI Yang Jian, kau memang biadap. Salah apa aku pada kau hah?! Kau mahukan Yuan Yuan menjadi isteri rasmi, sudah aku turutkan. Sekarang kau kata aku ini pelacur?!!!" jerit Sara seperti orang gila. Dia menolak Li Yang Jian jatuh ke lantai. "Lao Ye, Da Nyangzi, Li Hua pulang dulu. Li Hua tidak layak duduk di sini," ucap Sara teresak-esak. Dia berlari keluar dan diikuti oleh Xiao Lian.

"Li Furen, Li Furen, tunggu Xiao Lian," panggil Xiao Lian berlarian di belakangnya. Li Yang Jian yang terpinga-pinga bangun dari lantai dan mengebas-ngebas debu dari pakaiannya. Lao Furen memandangnya dengan marah.

"Hilang selera Zumu, ayoh Yoo Momo, kita balik," beritahu Lao Furen sambil berlalu.

"Nyang, Nyang," Li Lao Ye cuba memujuk. "Hai! kenapa jadi begini sekarang di rumah ini?"tanya Li Lao Ye. "Tiye pun sudah tidak mahu makan, haih," keluh LI Lao Ye. "Nak makan pun umpama nak pergi berperang," tambahnya lagi. Da Nyang zi juga turut mengikuti Li Lao Ye pergi. Yuan Yuan dan Han Mei di situ hanya tersenyum. Tak lama lagi tiada Mo LI Hua di rumah itu. Yuan Yuan merasa sangat bahagia pada malam itu.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now