"Kenapa semua orang mahukan Jian er menceraikan Mo Li Hua, Zumu?" tanya LI Yang JIan kesal.

"Salah zumu membuatkan Jian er serba-salah hinggakan Yuan Yuan yang menjadi kesayangan terpaksa akur dengan Zumu. Nah, sekarang Zumu mahu membetulkan keadaan. Tulislah surat cerai itu nanti," balas Lao Furen.

"Zumu, Jian er akui selama ini Jian er sangat kejam terhadap Mo LI Hua. Tapi sejak akhir-akhir ini, Jian er dapat melihat yang Mo Li Hua adalah wanita yang baik."

"Sejak akhir-akhir ini?" tanya Lao Furen. Li Yang JIan mengangguk. "Begini sahaja, Li Hua mahu pulang ke rumah ibubapanya seketika. Kamu izinkan dia. Mungkin dengan cara ini , kamu boleh mengambil hatinya semula," cadang Lao Furen. Li Yang JIan menghela nafas panjang. 'Ada betulnya nasihat itu kerana pada masa sekarang mereka berdua ketika bertemu akan bertegang urat,' bisik hati Li Yang Jian.

"Na, Jian er minta diri dulu Zumu. Jian er hendak pergi berbincang dengan Mo Li Hua sekarang. Zumu jangan bimbang. Jian er bersetuju dengan cadangan Zumu itu," kata Li Yang Jian sambil berdiri dan menunduk hormat.

"Baiklah. Ingat pesan Zumu," kata Lao Furen.

Sara berjalan bersama Xiao Lian ke taman. Sara hanya membisu sahaja dan itu menghairankan Xiao Lian.

"Kau kenapa ni?"tanya Xiao Lian lembut.

"Lagi aku lari, lagi dia mengejar. Lagi aku mahu menghilang lagi kemas dia memegang aku," jawab Sara sambil melepas keluhan.

"Furen bercakap pasal Daren?"tanya Xiao Lian perlahan. Sara mengangguk.

"Setiap kali dia depan aku, aku merasa dia sangat membencikan dengan apa yang dia telah buat kepada Li Hua selama ini. Segala hinaan, cacian. Walau Li Hua cuba tidak menghiraukan semua itu menyerap dalam hatinya," kata Sara. Dia sedang berempati dengan Mo Li Hua yang sebenar. 'Dan kerana kau menyakitkan gadis yang lemah dan baik hati itu, aku akan pastikan aku ajar kau cukup-cukup Li Yang Jian,'janjinya di dalam hati. Xiao LIan tidak merasa pelik dengan kata-kata itu cuba dia risaukan dendam itu menjadi lebih besar. Sara mengeluh. Sesungguhnya masalah ini lebih besar dari hari ke hari. "Xiao Lian aku nak duduk di situ menikmati keindahan kolam," kata Sara menunjuk kepada gazebo berbumbung yang menghadap tasik kecil buatan yang penuh dengan teratai pelbagai warna.

"Nak Xiao Lian temankan?"tanya Xiao Lian.

"Kau kan mesti mengemas barang untuk perjalanan balik kampung tak lama lagi. Kau pergilah. Aku boleh bersendiri seketika," balas Sara. Xiao LIan mengangguk dan terus berlalu. Sara berseorangan berjalan ke tempat itu dan duduk di bangku. 'Cantik sungguh tempat ini. Macam set drama sahaja aku menengokkan,'desis hatinya. Li Yang Jian melihat dia bersendirian di situ dan mengarahkan Zhu Wu meninggalkannya bersama Sara.

"Furen," panggil Li Yang Jian. Sara melepaskan keluhan berat. Baru sahaja dia hendak meringankan stress di minda suara itu menjelma tanpa diminta.Dia tidak menolehpun kerana dia tidak mahu melihat wajah Li Yang Jian.

"Kau nak apa?"tanya Sara masih lagi memandang ke tasik.

"Aku suami kau, tuan kau, kau faham?"balas Li Yang Jian dengan keras.

"Kau nak apa sebenarnya ni? Aku tak ada tenaga hendak melayan perangai budak-budak macam kau ni," kata Sara bersandar ke tiang.

"Benci sangat kau pada aku Li Hua," ucap Li Yang Jian lebih lembut. Untuk pertama kalinya Li Yang Jian memanggil nama Mo LI Hua kalau tidak selalunya hanya Furen. Sara menoleh kepada LI Yang Jian. Li Yang Jian mengambil tempat di hujung bangku yang sama diduduki Sara. Angin petang itu menyamankan. "Aku datang hendak berterima kasih kerana kau menjaga aku dengan baik ketika kau sakit," katanya lagi.

"Sama-sama. Aku tak perlukan terima kasih dari kau. Apa yang aku buat, kalau bukan kau sekali pun benda yang sama akan aku lakukan," ucap Sara masih lagi menikmati tempat yang cantik itu. Li Yang Jian terdiam mendengar kata-kata itu."Kalau itu sahaja sebab kau ke mari, tolong pergi sekarang."

"JIka kau mahu pulang ke rumah ibubapa kau aku izinkan. Kau tinggallah di sana sehingga urusan kau selesai."

"Aku takkan balik semula ke sini," kata Sara memandang LI Yang Jian. 'Sangat kacak orangnya, wajah bersegi, lesung pipit di kiri kanan, mata yang comel tapi sayang perangai macam lahanat,'bisik hati Sara.

"Mo Li Hua!" tengking LI Yang Jian. Wajahnya kemerah-merahan menahan marah dan matanya seperti boleh menembusi Sara.

"Kau ingat aku pekak nak jerit-jerit macam ni? Sebab itu aku cakap kau ni perangai budak-budak," komen Sara.

"Kau jangan besar kepala ya!"kata Li Yang Jian memberi amaran

"Cuba kau fikir, Yuan Yuan akan melahirkan dalam masa 3 bulan lagi. 3 bulanlah aku akan berada di rumah ibubapa aku. Dan, memang perancangannya Yuan Yuan melahirkan kau akan menceraikan aku. Jadi aku rasa tak perlu buang masa pergi balik macam tu," balas Sara. Li Yang Jian berdiri dan mendekati Sara.

"Hah,Zumu mahukan aku mengizinkan kau balik untuk kau menenangkan fikiran bukannya menghalau kau balik," tegas Li Yang Jian. Sara pun berdiri dan mereka berdepan.

"Tak guna menipu diri sendiri Yang Jian. Hubungan kita sampai di sini sahaja," kata Sara dan cuba untuk berlalu tapi ditahan oleh LI Yang Jian.

"Berikan aku peluang," perlahan sahaja Li yang Jian berkata. Sara memandang lelaki itu di hadapannya. Tiada lagi kekerasan di matanya, Sara menggelengkan kepalanya.

"Terima kasih kerana selama ini keluarga Li mengasihani MO Li Hua, memberi makan pakai yang cukup, rumah yang besar untuk berteduh, status yang tinggi dalam masyarakat. Kita tidak mungkin akan boleh berbaik sebagai suami isteri. Nasi sudah menjadi bubur. Susu yang tertumpah tidak mungkin boleh digunakan lagi. Jadi aku minta, kasihanilah aku. Ceraikan aku seperti yang kau rancang tapi sebelum itu, izinkan kau keluar dari rumah ini secara terhormat sebagaimana aku datang," beritahu Sara sambil menepis tangan Li Yang Jian yang memegang bahunya. "Mo Li Hua meminta diri Daren," katanya sambil memberi hormat dan terus berlalu. Li Yang Jian masih lagi tidak percaya dengan apa yang telah berlaku pada dirinya.

Belum pernah mendengarkan wanita meninggalkan lelaki dan merasa begitu tenang di zaman itu. Li Yang Jian mengurut belakang lehernya. 'Mo Li Hua menolak aku?'tanya hatinya yang masih lagi tidak percaya. Dia terduduk di situ seberapa ketika.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now