47|Tentang Perkahwinan Kita

Start from the beginning
                                    

Dia tersenyum. "Tengah tidur pun cantik" katanya perlahan tapi mampu mengejutkan Tzuyu dari tidurnya "Kau bawa aku pergi mana?" Dia terus menyoal sambil meregangkan otot badannya

"Tempat kita bertemu buat pertama kali" jawab Jungkook lalu menguntumkan senyum kecil. Tzuyu melihat sekeliling. Dia kenal sangat tempat tu. Tempat malang baginya kerana mengenali Jungkook.

"Bawa aku balik" dia menyilangkan tangan di dada dengan wajah bengang

Jungkook melepaskan keluhan kecil "Saya nak mulakan balik hubungan kita" ujar Jungkook

Tzuyu mencebik "Aku takkan jatuh cinta dengan kau buat kali ke dua" Tzuyu bertekad tak akan kembali pada Jungkook

"Tapi awak cakap, awak nak balik kampung dan terus kahwin dengan saya, pilihan omma dengan appa."Jungkook bingung

Tzuyu tersentak dan terkejut"Kau ni stalker yang berjaya. Semua perkataan aku kau tahu. Tch.." Tzuyu menjeling Jungkook atas bawah

"Ya, betul. Tapi perasaan tu takkan sama macam dulu. Perkahwinan terpaksa. Aku tak akan jatuh cinta dengan kau" jawab Tzuyu tegas cukup menyakitkan hati Jungkook

"Susah sangat ke awak nak terima saya balik?" Dia bertanya dengan geram. "Susah" balas Tzuyu. Jungkook terus keluar dari keretanya lalu bergerak ke pintu Tzuyu dan menarik Tzuyu keluar juga

"Ish kan hujan ni, kau nak tarik aku pergi mana?" Soalan Tzuyu di palau Jungkook. Dia tetap menarik Tzuyu ke sebuah pokok  bersebelahan taman permainan kanak-kanak.

"Kita dah ukir nama kita dekat pokok tanda cinta kita takkan mati." Jungkook menunjukkan ukiran nama mereka di pokok.

𝖳𝗓𝗎𝗒𝗎+𝖩𝗎𝗇𝗀𝗄𝗈𝗈𝗄
𝖳𝗓𝗎𝗄𝗈𝗈𝗄

"Aku tahu lah. Aku bukan hilang ingatan tapi sekarang perasaan tu dah mati. Kita tak ada apa."jawab Tzuyu

Jungkook mengetap bibir geram"Tak rasa sia-sia ke hubungan kita? Kenapa awak susah sangat nak terima saya balik?
Dulu awak cakap saya je yang boleh buat awak bahagia. Saya je yang awak sayang. Awak takkan lepaskan saya tapi sekarang semua dah berubah.
Awak tak boleh terima saya lagi. Kenapa?"Jungkook mengalirkan air matanya

Hujan makin lebat membasahkan mereka berdua sehingga lencun

Tzuyu turut mengalirkan air matanya. Bukan kerana kesian tapi kerana sakit

"Kau tanya aku kenapa?  Semuanya salah kau. Aku takkan berubah kalau bukan kau puncanya. Kau hantar 7 ekor setan dekat aku!
Kau hancurkan hidup aku. Kau pisahkan aku dengan keluarga aku. Kau puncanya. Hidup dengan diorang bukan senang.
Aku rasa macam dah gila dilayan buruk oleh diorang. Aku dikurung, di pukul, di rasuk sakit sangat tapi aku tak salahkan diorang.
Sebab aku anggap semua kesakitan tu dari kau. Kau puncanya!
Dan sekarang, aku dah patahkan hati ramai orang sebab aku pentingkan diri semata-mata nak lepas rindu dekat omma dengan appa.
Aku dianggap kejam kerana tak berpihak dekat 7 setan kau.
Apa lagi lepasni? Aku kena kahwin dengan kau. Macam mana aku nak serumah dengan lelaki yang musnahkan mental aku?! "Tzuyu pecah dalam tangisan.

Dia cangkung di situ dan menangis setelah mengimbas semula segala yang dia lalui sepanjang bersama Got7

Jungkook tersentak mendengar luahan Tzuyu."Saya minta maaf. Saya tak tahu jadi seteruk ni. Saya menyesal. Mianhae Tzuyu" Dia memeluk Tzuyu bagi menenangkannya

*****

Dahyun tersandar di atas sofa sambil menukar siaran Tv "Bosan bosan bosan" Semua siaran dianggap bosan. "Dah makan?" Jinyoung di sebelah tetiba menegurnya. "Tak ada selera"jawabnya

"Mana boleh macamtu sis. Bahaya. Anak tu lapar" Tegur Jinyoung risau. "Tak boleh bangun lah. Tak larat" Dahyun mengeluh. "Jom" Jinyoung menolong Dahyun bangun untuk ke meja makan.

Kebetulan pula Jimin pulang dari kerja "Woi asal kau sentuh bini aku!" tengkingnya pada Jinyoung. Jinyoung gugup melihat Jimin. Beg kerjanya di campak tepi lalu dia segera mendekati Dahyun

"Dia tolong saya je. Jangan la cemburu sangat" Kata Dahyun sambil duduk di meja makan dibantu Jimin "Betul tu" Jinyoung mengangguk betul.

"tak boleh. Apa-apa masalah awak saya je boleh tolong" Tegas Jimin. Dahyun menjelingnya tajam "Awak kan pergi kerja" katanya dengan wajah bengis

"Tzuyu mana?" Jimin menoleh sekeliling mencari kelibat Tzuyu "tetiba petik nama Tzuyu. Kata dia je boleh tolong" Dahyun memerli Jimin pada Jinyoung. Jinyoung mengangguk dengan wajah serius.

"hehh okeylah kalau macamtu saya cuti seminggu terus untuk jaga awak" ucap Jimin membuatkan Dahyun tersenyum "okey then. Thank you sayang" dia memberi flying kiss pada Jimin.

Panas pipi Jimin "Ish comel la.. Bahaya kalau jatuh dekat lelaki lain awak ni" Jimin memeluk bahu Dahyun lalu menghadiahkan pandangan maut pada Jinyoung

*****

"Kau dengan Taehyung dah putus ke belum?" Lisa menyoal Jisoo yang dari tadi menunjukkan riak wajah sedih "belum. Aku tak sampai hati la" jawab Jisoo kecewa.

Lisa menggelengkan kepala "Mana boleh tak sampai hati dari merelakan hati. Merana nanti. Melepas Jinyoung kau" tegur Lisa

"Aku nak dah kahwin pun. Tak sempat nak patah balik." balas Jisoo kecewa.
"Kalau macamtu............" Lisa tersenyum nakal memikirkan idea jahatnya untuk Jisoo

*****

Tzuyu masih menangis teresak-esak pulang ke rumah. "Tzuyu, kenapa? " Jinyoung mendekatinya dengan risau "Panasnya badan kau" katanya terkejut. (eleh kau pun panas)

"Aku naik atas du--" Langkah Tzuyu terus lemah. "Biar aku bawa kau naik" Jinyoung memapah Tzuyu ke biliknya

*****
Stay tuned guys. Sikit lagi ke penghujung, heh ;]
Aku dah salin dalam buku conteng aku pasal ending dia huhu sedih ah juga HAHAHA

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now