BAB 2 : BAHAGIA ?

5 2 0
                                    

Aku merebahkan badan di atas katil. Tiada sebaris ayat pun yang aku berjaya tulis sepanjang di cafe tadi. Masa aku buang begitu sahaja dengan berbual kosong dengan lelaki asing itu. Lelaki itu benar-benar membuat aku selesa.

Due date yang diberikan oleh syarikat penerbitan sudah semakin hampir. Aku kekeringan idea, aku cuba melelapkan mata apabila aku mendengar bunyi derapan kaki yang semakin menghampiri bilikku.

Pintu bilikku di ketuk, aku membuka pintu dan wajah ibu ku, Puan Hani sedang berdiri di muka pintu ku pandang. Aku cuba meneka apa yang akan dibicarakan oleh wanita itu.

"Boleh ibu masuk?" Lembut suara itu menyapa telingaku. Aku bangun dari pembaringan, ibu mengambil tempat disebelahku. Aku memerhatikan tingkah laku ibu ku, dia seolah-olah cuba mencari ayat untuk menyampaikan hajatnya.

"Cakap je ibu, Lea dengar? Siapa pulak kali ni yang datang meminang?" Aku cuba meneka, dan sememangnya tekaan aku tepat.

"Ingat tak anak bongsu Mak Usu Som, Thariq yang kerja JPJ tu. Lea kenalkan?" Aku hanya membiarkan soal ibu itu tidak berjawab. Siapa lelaki itu pun aku tidak kenal.

Ini bukanlah kali pertama ada rombongan yang datang untuk meminangku, sudah ada 2 3 rombongan sebelum ini tapi tiada satu pun yang aku terima. Aku belum bersedia.

"Ibu tak kisah sama ada Lea terima atau pun tolak, ibu nak Lea bahagia je." Pujuk Ibu lembut.

"Lea tak jumpa lagi lah lelaki yang boleh buka hati Lea," Jawab aku ringkas. Ibu mengengam tangan ku, aku merasakan kehangatan tangannya.

"Ibu tahu tapi sekurang-kurangnya ibu nak Lea cuba keluar dari hidup yang macam sekarang ni. Ibu rindukan Lea yang dulu, Lea yang selalu tersenyum, yang nakal. Lea yang selalu sakat semua orang dalam rumah ni. Ibu paling rindu lesung pipit bila Lea senyum." Pujuk ibu, dia mengelus lembut tanganku.

Aku cuba menahan diriku dari mengalirkan air mata.

"Sekarang ni Lea senyum," Aku memberikan senyuman yang terbaik yang aku ada.

"Ibu nak Lea senyum ikhlas, senyum dan bahagia yang lahir dari hati dan bukannya paksaan. Ibu tak mendesak Lea tapi ibu tak sanggup nak biarkan Lea macam ni. 5 tahun Lea macam ni, mungkin Lea okay pada zahirnya namun hakikatnya, ibu tahu Lea tak okay." Tegur ibu. Aku hanya mendengar keluhan ibu itu.

Aku sedar yang sejak peristiwa itu aku banyak berubah seolah-olah aku yang sekarang bukanlah aku yang dulu, aku suka mengasingkan diri dan suka bersendiri. Apa yang dikatakan ibu tu memang semuanya benar.

Malam itu kata-kata ibu membuatkan aku sukar untuk melelapkan mata. Aku berdiri di depan cermin, cuba mengukir senyuman namun semunya terasa kekok dan aneh. Aku terlupa cara untuk tersenyum, cara untuk bahagia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MILEA MAYSARAWhere stories live. Discover now