" bolehlah unnie kesayanganku seora yang sangat tercantik dekat dunia ni kalah puteri dekat kayangan tu kerana kecantikkannya yang sungguh luar biasa "
" lepas—"
" nah , ambil ni dan blah sana .. Malas aku dengar benda-benda merapu tahap babun kau tu , macam bana je " seora pasrah dan dia mencampak duit tepat mengena wajah yeona yang serupa macam orang tepi jalan minta derma je . Itulah dia .
" terima kasih bidadariku " yeona mencium dahi seora sebelum dia menaiki anak tangga mahu ke tingkat atas kerana biliknya terletak dekat sana , disebabkan sekarang dia berada dekat rumah unnienya . Terasa malas nak balik rumah sendiri pula .
" tulah yang noona manja kan sangat budak tak guna tu , dia tu memang suka membodek .. Menyampah—" kata sunghoon sambil anak mata masih merenung skrin permainan video .
" haish , kau cakap orang je tak guna .. Kau pun sama asyik-asyik main benda yang sama je , patutlah otak tu tak berfungsi nak belajar .. " sindir seora lalu menyiku perut sunghoon .
" eh—" sunghoon menjeling sekilas noonanya . Sedih kena sindir .
▩▩▩▩
" huhu , okey tak pakaian aku ni .. Nampak menonjol sangat tak ? Aku taknak lah nampak macam orang beria-ria sangat nanti .. Pergi tengok wayang je lepastu balik .. " omel yeona sendirian sambil membelek-belek dirinya dihadapan cermin kereta orang entah siapa-siapa dia main tumpang pakai je , nasib tak ada orang didalam kereta kalau tak memang malu nak mampus lah dia nanti .
" oh ya , dimana dia eh ? Takkan tak jadi kot , jangan lah bagi fakehope kesian aku nanti .. " anak mata yeona sibuk melihat sekitar kawasan panggung wayang yang dia berada sekarang . Bayangan hyunjae pun dia tak nampak langsung . Ke hyunjae tengah tunggu dekat dalam kot , kalau macam tu dia kenalah masuk dalam , kan ?
Tanpa membuang masa yang lama , yeona mula menghayunkan langkahnya menghampiri bangunan panggung wayang itu . Dia akhirnya menjejak kaki melangkah masuk ke dalam bangunan .. Kelihatan ramai orang yang berada disekeliling dia .. Ramai orang yang tengah beratur menunggu giliran dan ada juga yang tengah menunggu .
Manakala yeona sibuk melilau matanya memandang sekeliling kawasan , hampa bayangan hyunjae masih lagi dia tidak dapat melihat , dimanakah lelaki yang bernama hyunjae itu berada . Hatinya berasa takut saja jikalau lelaki itu hanya sekadar memberi fakehope saja . Tapi mustahillah , lelaki tu nampak macam orang baik kot . Takkan wey ..
" ahh bodohnya aku , patutnya masa petang tadi aku perlu minta nombor telefon dia . Barulah senang .. Aishh " yeona memaki hamun dirinya sendiri sebab bodoh sangat tak guna otak .Tulah asyik jadi orang penganggur saja disampaikan otak masih beku lagi . Entah lah bila nak cair .
" yeona sshi-i " panggil seseorang membuatkan tubuh yeona automatik menukar posisi menghadap insan yang baru sahaja memanggil namanya .
" saya dekat sinilah "
Yeona melirik anak matanya menangkap susuk tubuh lelaki yang tengah berjalan menghampiri ke arahnya , terus senyuman manis mula terbit pada bibir merah jambu milik yeona . Ya , lelaki tu tak bagi fakehope ..
" hyunjae .. " kata yeona perlahan apabila hyunjae sudah tiba dekat dihadapan pandangannya .
" minta maaf sebab terlewat , kesian awak kena tunggu saya "hyunjae menggosok tengkuk belakangnya yang langsung tidak terasa gatal pun .
" gwenchana "
" jomlah masuk mesti cerita tu dah mula kot " ajak hyunjae . Mereka berdua berjalan seiring menuju ke arah kaunter untuk memberi tiket dan juga sedikit snek-snek untuk dimakan nanti .
" saya rasa bosan bila bersama dengan orang macam awak ni . Tak banyak cakap lepastu tak ada perasaan langsung "
Gegendang telinga yeona menangkap suara seorang gadis yang tengah bercakap dengan seorang lelaki . Dengan hati yang ingin tahu , yeona melirik anak matanya menangkap dua bayangan lain jantina yang berdiri dekat pintu keluar . Hanya yeona sahajha yang perasan manakala hyunjae pula tengah membeli tiket .
" itu bukan .. Tuan cho seungyoun ke ? " omel yeona perlahan bila dia perasan akan wajah lelaki tersebut , memang benar itu adalah Ceo yang selambar badak tu . Bagaimana dia boleh kenal ? Hyunjae yang tolong perkenalkan lelaki tu , kalau tak memang dia tak kenal langsung lah . Yeona memerhatikan sahaja dua situasi disana tu tanpa situasi tidak dijangkakan apabila iris mata yeona bertembung dengan iris mata lelaki yang bernama cho seungyoun itu .
Lantas itu dia melarikan pandangan ke arah lain iaitu memandang ke bawah lantai , dia hanya takut jikalau lelaki itu dapat cam wajah dia . Jantung ni pula dah berdebar-debar sahaja .
" yeona gaja " tersentak yeona bila hyunjae menegurnya .
" ahh okey " mereka berdua beredar meninggalkan kawasan situ .
Bayangan yeona dan hyunjae hanya diekori dengan iris mata seungyoun daripada situ sehingga lah bayangan mereka berdua mulai menghilang daripada pandangannya .
" kalau rasa saya ni terbeban bagi awak , lebih baik awak cari orang lain .. Saya tak sesuai " kata seungyoun kepada gadis dihadapannya itu , lalu dia meninggalkan kawasan situ tanpa mendengar kata-kata gadis tersebut .
■ To be continued
■ 에잇 • 04 ■
Start from the beginning
