Putera Serigala | BAB 4

94 8 0
                                    

Setelah berjaya keluar daripada Kerajaan Snow White Kingdom itu dengan selamat, Izz mengambil keputusan untuk melihat rupa pisau tersebut. Dia terkejut apabila menyedari bahawa gelang yang selalu dipakai oleh Ellisya berada dalam balutan kain itu. 

"Alamak," ujarnya. "Kena patah-balik lah ni."

Izz segera berlari anak untuk kembali ke kerajaan itu tetapi langkah dia terhenti apabila menyedari suatu asap hitam yang besar dan banyak muncul di udara daripada arah pusat bandar kerajaan itu. 

Dadanya tiba-tiba berdegup kencang lantas dia berlari dengan laju untuk kembali ke kerajaan itu. Di dalam kepalanya hanya memikirkan tentang seorang sahaja. 

"Ellisya!"

Dia berusaha untuk sampai secepat yang mungkin tetapi malangnya apabila sesampai sahaja dia di sana, bangunan di seluruh pusat bandar itu sudah berada dalam keadaan yang terbakar.

Izz melangkah menuju ke laluan utama dan tergamam apabila melihat begitu banyak mayat manusia bergelimpangan di seluruh laluan itu dan dipenuhi dengan darah. 

Tubuh Izz terasa menggigil kerana situasi itu mengingatkannya pada kerajaannya yang telah hilang itu. Bau busuk menyengat hidung tetapi ditahan dan digagahkan dirinya itu terus berjalan sehinggalah dia tiba di pekan. 

Izz masih dapat bertahan pada ketika itu kerana hatinya berdoa dan berharap bahawa Ellisya terselamat.

Setiba sahaja di pekan, dia terkejut apabila menemukan sekumpulan serigala sedang mencarik tubuh para penduduk di kampung itu. 

Izz mahu berundur tetapi kumpulan serigala itu telah pun mengesan kehadirannya. Serigala-serigala tersebut segera meluru ke arah Izz sambil melolong memanggil kawanannya yang lain.

Izz dengan panik melarikan diri ke arah pekan. Dia mengelak beberapa ekor serigala jadian yang mahu menerkamnya dengan menggunakan kotak-kotak kayu ditepi jalan sebagai halangan.

Sedang dia menghampiri pintu gerbang bandar, seekor serigala besar muncul dihadapannya. Izz terkedu melihat makhluk itu sedang merenungnya dengan mulut dan taring yang berlumuran darah, malah di dalam mulutnya masih lagi mempunyai tubuh seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa. Makhluk itu menggigit tubuh lelaki itu dengan kuat sehingga Izz dapat dengar bunyi tulang-belulang lelaki itu patah riuk.

Dhum!

Izz yang bagaikan tidak bernafas melihat serigala jadian itu melepaskan tubuh lelaki yang sudah menjadi mayat itu jatuh ke atas tanah dihadapannya. Ia perlahan-lahan menghampiri Izz tetapi dia tidak berbuat apa-apa. 

Malah makhluk itu menolak mayat lelaki itu kepadanya, membuatkan Izz keliru.

"Apakah?"

Izz menoleh dan mendapati kelihatan lima orang lelaki dewasa berpakaian seperti seorang pemburu sedang menghampirinya. Wajah mereka kelihatan terpegun sambil memandang tepat pada wajahnya.

"Ini pertama kali dalam sepanjang hidup aku sebagai Hunter melihat sekumpulan kawanan serigala tunduk pada seorang manusia."

"Jangan jadi bodoh, budak itu bukan manusia. Dia mesti salah seorang daripada mereka. Serigala Jadian boleh berubah menjadi manusia," ujar salah seorang daripada mereka.

"Oh ya, aku lupa pulak pasal tu hahahah!"

Izz hanya mampu terkedu mendengar perbualan kumpulan lelaki itu yang kelihatan sungguh tenang walaupun berada dalam situasi tersebut. Entah mengapa dia berasa tidak sedap hati.

"Lagipun, jika dia benar manusia kita kena bunuh dia. Jangan tinggalkan sebarang bukti ataupun saksi," ujar lelaki tadi sambil tersenyum sinis. Rakan-rakannya turut tertawa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Putera SerigalaWhere stories live. Discover now