Putera Serigala | BAB 1

125 8 0
                                    

Masrur menyentuh bahu Izz dan memanggilnya, "Tuan Putera...."

Masrur terkejut apabila melihat Izz menepis tangannya dengan kasar. Dia memandang kepada budak kecil itu.

"... Jangan berani kau panggil aku seperti itu...," ujar Izz.

Masrur terdiam.

"Kau pembunuh! Masrur, berani kau gelar diri kau sebagai pengawal peribadi kami selepas apa yang kau telah lakukan?"

"Kau telah biarkan salah seorang daripada Tuan kau mati begitu sahaja! Kau telah membunuh Azz!" marah Izz sambil merenung tepat pada mata Masrur.

Masrur terkedu melihat warna anak mata Izz bertukar menjadi warna terang. Apa yang dia tahu tentang mata itu, ia hanya akan berubah mengikut emosi pemiliknya.

"Maafkan saya, Tuan Putera... Arahan Raja dan Permaisuri adalah untuk membangkitkan kuasa yang tersembunyi disebalik mata Tuanku...," ujar Masrur.

Izz merenungnya.

"Kuasa?" tanya budak kecil itu. Izz mengertap giginya.

"Apa benda yang kau mengarutkan ni hah? Adakah dengan membiarkan semua orang yang aku sayang mati, kuasa itu akan bangkit? Apa gunanya kuasa itu bangkit kalau mereka semua telah mati?!" teriak Izz dengan rasa marah.

Air matanya turut mengalir dalam pada masa yang sama.

Masrur terdiam. Kata-kata daripada Izz itu dengan serta-merta membuatkan pendiriannya goyah.

Apakah betul semua tindakan yang dilakukannya selama ini demi membangkitkan kuasa yang terpendam dalam diri Izz? Atau sebenarnya dia telah...

Tsak!

Tiba-tiba sebatang anak panah muncul menembusi dada Masrur.

Masrur tergamam dan dalam pada masa yang sama darah tersembur daripada mulutnya manakala tubuh lelaki itu menjadi lemah lalu dia rebah ke atas tanah.

"Mus... Tahil... Aku telah... Diperdayakan olehnya..."

Izz yang berada di hadapannya terkedu melihat Masrur tiba-tiba sahaja rebah. Dia menyentuh wajahnya dan mendapati cecair darah Masrur terkena padanya.

"Mas... Rur...?" panggil Izz.

Dia segera melutut di sebelah tubuh Masrur lalu berteriak cemas,

"Masrur, kenapa ni? Hoi, bangunlah!"

Masrur hanya mampu menggerakkan kepalanya untuk menghadap ke satu arah.

Izz turut menoleh ke kiri dan terkejut apabila melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang merenung mereka dengan mata merahnya.

Wajah lelaki itu tersembunyi di sebalik bayang-bayang di bawah hud pakaiannya tetapi Izz dapat melihat lelaki itu tersenyum sinis.

Izz mahu bangun untuk melihatnya dengan lebih jelas tetapi lelaki itu terlebih dahulu melarikan diri.

"Hei, berhenti!" teriak Izz.

Dia mahu mengejar lelaki tersebut tetapi Masrur memanggilnya.

"Tuan... Putera...!"

Izz tersentak lalu dia menoleh.

Kelihatan Masrur memandang ke arahnya dan memaksa dirinya untuk bersuara.

"... Dia terlalu... Bahaya dan licik...," ujar Masrur dengan tersekat-sekat.

"Masrur, kau tak apa-apa ke? Kau boleh bangun?" tanya Izz.

Masrur menggeleng.

"Malangnya... Saya sudah tidak boleh bertahan lagi...," ujar Masrur.

Dia perlahan-lahan memegang anak panah yang menembusi dadanya itu dan cuba untuk menahannya sewaktu dia bangun dan bersandar pada dinding.

Putera SerigalaWhere stories live. Discover now