:')

56 1 0
                                    

Aku selalu fikir dia yang terakhir, selepas apa yang aku kongsi aku harap dia akan balas segala budi aku cukup dengan menerima aku sepertimana aku menerima dia. Aku masih ingat janji-janji, aku yakin segala apa yang dirancang pasti menjadi, sampai satu hari dia bukan lagi apa yang aku impi selama ini, dia lain, dia seolah-olah bukan dirinya lagi. Asing, manusia yang paling aku sayang selama ini telah menjadi manusia yang paling kejam terhadap aku. Impian aku semalam makin lama makin membunuh aku, hari ini. Impian aku sendiri menjadi pembunuh diri, apabila apa yang aku bayang selama ini, melayang seolah-olah aku cuma bermimpi. Aku hilang dia dan paling teruk sebenarnya aku hilang diri, aku terlupa hargai diri sendiri, sebab aku terlalu sibuk fikir apa dia rasa. Aku asyik memberi sampai aku terlupa bagaimana rasanya menerima.  Kalau boleh aku minta Tuhan cepatkan pengakhiran aku. Dia bagi aku bahagia yang cuma sesaat tapi orang lain dapat bahagia abadi. Tuhan yang telah pinjamkan aku jasad, Tuhan yang hidupkan aku dengan sempurna tubuh badan, Tuhan yang pinjamkan aku keluarga dan sahabat yang tak jemu hadap aku, aku marah dekat Tuhan yang pinjamkan aku semua tapi aku masih ingkar, aku marah Tuhan yang cuma tarik satu nikmat daripada aku iaitu manusia yang langsung tak menghargai aku. Sedar tak sedar waktu masih hulurkan tangan untuk aku bangun dan bangkit, waktu masih bagi peluang dekat aku yang nak hidup pun tak mahu. Tuhan, kejamnya aku, ternyata aku lebih kejam daripada yang hilang, aku nak manusia hargai aku tapi aku sendiri terlupa hargai apa yang masih ada untuk aku, aku terlupa Tuhan yang masih memberi segala apa yang aku perlu, Tuhan yang macam mana buruknya aku dimata manusia dia tetap ada untuk aku. Tuhan yang gantikan setiap kehilangan dengan kebahagiaan, aku sendiri yang buta, yang sebenarnya bahagia itu hadir dari bermacam cara bukan hanya dari manusia. Penat type! Selamat membaca. 💝

cp: Telegram Channel

Puisi JiwaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz