✨🐝🌻

82 0 0
                                    

Sayang,
Maaf andai aku buat kau terluka
Berkali-kali aku buat kau terluka
Berkali-kali juga aku memohon maaf
Dan
Berkali-kali juga aku buat kesilapan
Sayang,
Aku tak tahu apa masalahnya
Aku tahu pasti kau penat bukan dengan aku
Aku tahu pasti kau sakit tika aku mengatakan perkataan itu ""
Sayang,
Andai waktu aku bisa putarkan
Aku tidak akan sesekali melukakan hati kau
Aku mahu lihat kau lah yang paling bahagia
Senyuman kau buat aku bahagia, sayang
Sayang,
Maafkan aku
Sebanyak mana pun aku melakukan kesilapan
Pasti kau akan tetap menyayangi aku
Pasti kau akan terima kekurangan aku
Sayang,
Aku lah wanita yang paling beruntung
Kerna aku ada kau disisi
Aku lah wanita yang terbahagia
Kerna menemu kamu adalah satu keajaiban yang tak pernah aku bayangkan
Sayang,
Saban hari
Hari berganti minggu
Minggu berganti bulan
Bulan berganti tahun
Sayang aku terhadap mu semakin bertambah
Tidak sedikit pun kurang
Kerna kau sudah cukup sempurna untuk ku
Sayang,
Maafkan aku
Mulut aku tidak pernah mahu menyenangkan kau
Pasti ada saja pisau yang keluar dari mulut ku membunuh mu dari dalam
Sayang,
Maafkan aku
Untuk kali ini
Aku cuba jadi yang terbaik
Walaupun banyak mana pun aku bilang mahu jadi yang terbaik
Tetapi masih saja buat kesilapan yang sama
Aku cuba untuk perbaiki
Aku sayang kau
Aku tak mahu kau tinggalkan aku
Tidak dapat aku bayangkan jika kau tinggalkan aku
Aku sayang kau
Sayang sangat sangat ❤️

Puisi JiwaWhere stories live. Discover now