luahan;

158 2 0
                                    

Hati meronta inginkan kepastian

Tapi sehingga kini kau masih diam membisu

Lama kelamaan,
Kau hilang
Tak dapat dijejak

Dan aku
Berhenti
Berhenti dalam mencintai mu

Tak usah risau
Nama kau masih ada dalam ingatan ku
Kenangan kita masih aku ingat
Cuma
Wajah mu saja aku tidak dapat tatap

Kau tahu
Aku suka berangan
Angan ku ingin mengahwini mu
Aku tidak peduli
Apa orang bilang
Yang aku seperti
"Perigi mencari timba"
Aku usaha
Aku berdoa
Aku tawakal
Aku berserah semua kepada Tuhan

Tapi
Sampai satu tahap
Kau tidak juga memandang aku
Aku mengundur diri
Aku tidak tergilakan kau lagi

Aku tahu payah
Tapi aku kena teruskan
Buang perasaan ini jauh jauh

Sampai bila aku mahu berharap
Sampai kau sedar kewujudan aku?
Sampai kau sedar yang aku ini betul betul ikhlas mencintai mu?
Sampai kau sedar kesungguhan aku untuk dapatkan kau?

Kau tahu
Bila aku mula menulis
Sentiasa aku mengingati mu
Kerna
Kau juga suka menulis

Kau tak tahu aku benar benar ikhlas mencintai kau
Kurang apa pun kau
Aku terima kau dengan hati yang terbuka
Aku yakin kau bisa mengubah aku
Aku yakin semua itu

Cuma sekarang
Aku masih tak nampak
Apa perasaan kau terhadap aku?

*sudah habis secawan kopi aku, luah apa yang aku rasa sambil duduk di beranda. Lihat bintang terus aku merindukan kau, raut wajah mu, suara mu. Aku rindu, cuma aku diamkan saja. Selamat Malam kekasih

Puisi Jiwaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن