ICE SKATER & THE TRANSLATOR (BAHAGIAN 3)

Start from the beginning
                                    

"Ala, aku cuma nak buat baik je. Salah ke?" Adelia memuncungkan bibirnya.

"Tak salah, cuma agak pelik." Nadia mengenyit mata nakal. "Then?"

"Dia macam segan. So, aku offerlah dia drive. Manalah tahu, dia segan ke nak naik kereta perempuan drive." Adelia meletakkan bunga yang terakhir ke dalam kotak sebelum bersandar di katil. "Dia cakap kereta dia masuk bengkel sebab langgar lampu jalan. Kau tahu tak kat mana?"

Nadia hanya mendengar tanpa membalas. "Dekat area Bayan Baru. Dekat-dekat dengan simpang nak ke Balik Pulau tu."

Bulat mata Nadia. "Jalan tu luas gila. Jarang ada kereta. Dia mimpi apa boleh langgar lampu jalan?"

"Itulah, bila aku tanya, ingat girlfriend ke? Dia cakap, mungkin." Adelia menamatkan ceritanya.

"Tapi, kan..." Nadia mengalih pada Adelia di hadapannya. "Dia cakap mungkin je, kan? Yang kau nak feeling lebih-lebih ni kenapa?" Nadia tersenyum nakal. "Kau... minat dia eh?"

"Hish, merepeklah kau." Adelia segera membangkang.

"Dah tu, apasal kau macam sedih je?" Nadia mengangkat kening. "Boleh pulak kau tumpangkan dia?" Nadia masih sibuk mengusik sahabatnya itu.

"Ala, kawan je. Takkan tu pun girlfriend dia nak jealous, kan?" Adelia merungut sendiri. Nadia berdehem kecil namun Adelia mengeluh perlahan. "Kau tahu tak Nadia, dia bawak kereta comel gila. Skema nak mampus. Lampu isyarat

, dia dah berhenti. Nak masuk simpang, dia bagi lampu isyarat awal-awal lagi." Adelia ketawa kecil.

"Confirm!" Nadia mencapai telefon bimbitnya dengan senyuman nakal yang semakin mekar.

"Nadia, apa yang confirm? Tu kau call siapa pulak?" Adelia mengerut dahi.

Nadia membuat isyarat senyap sementara menanti panggilannya bersambut. "Waalaikumussalam. Awak, saya nak tanya sikit ni. Fasal Afiq." Bulat mata Adelia memandang Nadia. Namun, Nadia hanya buat tidak tahu sahaja.

"Dia dah ada girlfriend ke?" Adelia menjeling sahabatnya itu. Nadia ketawa. "Tak, Lia ni. Dia curious." Satu cubitan terus singgah di bahu Nadia. Nadia ketawa lebih kuat lagi. "Tak ada? Okay, thanks. Afiq datang kan, esok?" Nadia mengenyit mata nakal walaupun lengannya dicubit berkali-kali oleh Adelia. "See you tomorrow. Assalamualaikum." Talian dimatikan setelah mendengar salamnya disambut.

"Nadia!!" Adelia sudah menjerit kuat.

"Astaghfirullahal'azim!! Anak dara oii!!" Mak Wan muncul semula di muka pintu membuatkan kedua-duanya kembali menyambung kerja masing-masing, namun kemudiannya lebam jugalah lengan Nadia dikerjakan oleh Adelia.

"Weh, kau ada jumpa Adelia ke?" soal Nafiz pada Wafiq yang sedang menjamu selera.

"Ada, time aku pergi kursus hari tu. Dia tumpangkan aku balik." Wafiq memberitahu.

"Mangkuklah kau. Apasal tak cakap dengan aku?" soal Nafiz lagi.

"Kau kan dah cuti kahwin lepas tu." Wafiq menjawab selamba sambil menyuap nasinya.

"Ala, just make a phone call. Tak susah pun, kan." Nafiz menggeleng. "Kau cakap kau dah ada girlfriend ke dengan dia?"

"Mana ada." Wafiq mencapai airnya. "Mana kau tau segala benda ni?" Dia sudah rasa nak tercekik sebenarnya.

"Wife aku bestfriend dialah, encik Afiq oiii." Nafiz memandang Nadia yang sedang berbual dengan rakan-rakannya di meja tetamu. "Dia frust kau tau tak lepas kau cakap kau mungkin ada girlfriend tu?" Nafiz sudah ala-ala berbisik.

ICE SKATER & THE TRANSLATORWhere stories live. Discover now