13;Jyu san(十三)

191 36 0
                                    

Seonghwa pov~

Aku meneguk air soju dengan rakus sebab apa aku minum?

Sebab aku nak hilang perasaan ni

Dah empat botol aku minum tanpa orang halang aku

Aku suka dengan dunia aku sendiri tapi otak aku masih lagi berfikir tentang Ji hyo

Yeoja yang pernah buat aku berubah sedikit demi sedikit tapi sayangnya dia membuatkan perasaan aku hancur apabila dia sudah mempunyai teman lelaki

Iaitu kawan aku sendiri

Dan mata aku mula terpejam perlahan-lahan

Dah tiba masanya untuk ke alam mimpi dengan sisa airmata

Seonghwa pov end~

☁☁☁☁☁☁☁

🌞8pagi🌞

Ji hyo mendongak langit di beranda sambil menikmati angin yang agak sedikit kuat dengan mata terpejam

Dan sepasang tangan memeluk pinggangnya membuatkan dia terkejut sedikit

Dia tahu yang memeluknya adalah Wooyoung...dah kalau mereka berdua je dalam rumah

"Kau buat apa disini?"

Kata Wooyoung merehatkan dagunya pada bahu kanan Ji hyo

Ji hyo hanya berdiri dan biarkan sahaja apa yang Wooyoung lakukan

"Kau fikirkan apa lagi?"

Soal Wooyoung memerhati Ji hyo dari jauh dan mengambil kesempatan untuk memeluk Ji hyo bagi meredakan masalah dalam kepala teman wanitanya itu

"Saya fikir betul ke kita boleh bahagia bersama?"

Itulah fikiran yang dikatakan Ji hyo

Dia juga terfikir bolehkah mereka bahagia bersama?

"Kenapa kau cakap macam tu?Mestilah kita boleh bahagia bersama"

Balas Wooyoung lembut sambil-sambil itu dia menghidu aroma yang wangi datang pada tubuh Ji hyo

Ji hyo hanya statik sahaja mungkin dia sudah biasa dengan apa yang Wooyoung sedang lakukan

"Saya harap apa yang awak katakan itu betul"

Ucap Ji hyo dengan senyuman yang tipis

"Apa kata kita pergi jalan-jalan...rasa macam dah lama tak spend time together"

Sudah lama dia tidak bersama Ji hyo,jadi dia ingin mengambil masa untuk bersama dengan orang yang dia sayang

"Macam mana awak nak spend time dengan saya?Sedangkan awak ada kelas"

Soal Ji hyo hairan,takkan Wooyoung mahu ponteng kelas kerananya

"Memanglah aku ada kelas tapi kau tak bosan ke duduk rumah sorang-sorang tanpa aku?"

Jawab Wooyoung dan menyoal kembali pada Ji hyo

"Bosan tu memang bosan"

Jawab Ji hyo dengan sengihan comel mampu membuat para jejaka melting dengan senyumannya itu

"Sebab tu aku nak ajak kau spend time"

"Saya rasa awak pergi je kelas,kalau awak ada masa cuti kita spend time"

☁☁☁☁☁☁☁

🌜10 malam🌛

"Kau dengan Encik Wooyoung tu ada apa-apa hubungan ke?"

Kata rakan sekerja Ji hyo yang suka mengambil tahu tentang orang

"Kalau saya kata ye,awak nak buat apa?"

Balas Ji hyo sambil mengelap meja sebelum pelanggan masuk

"Tak adalah sebab hari tu Encik Wooyoung hari-hari suruh boss jaga awak,itu pun saya dengar jelah"

Cerita kawannya itu

"Awak ni dengar je bualan orang"

Kata Ji hyo ketawa perlahan melihat perilaku kawan sekerjanya itu

"Mestilah aku ni kan seorang pendengar yang handal"

Kata kawannya sambil menepuk dada yang mengatakan dia bangga dengan apa yang dia katakan

"Yelah,awak"

Balas Ji hyo ringkas,setelah dia menyelesaikan mengelap meja dia terus beredar pergi ke arah bar

"Encik Seonghwa pun kau pikat ke?"

Soal kawannya cemburu,dia tahu yang Ji hyo sangat cantik sebab tu ramai lelaki dalam kelab ni nak try Ji hyo tapi sayangnya Ji hyo tolak

"Encik Seonghwa tu hanya sekadar kawan tak lebih dari tu"

Jawab Ji hyo malas ingin mengambil tahu tentang itu

Jadi dia hanya berbasa-basi sahaja apa yang dikatakan

"Ji hyo ada orang nak jumpa kau"

Kata seorang pelayan lelaki dengan keluhan yang halus

"Kenapa awak tak layan je dia?"

Soal Ji hyo hairan,kenapa perlu dia yang layan?

"Dia mengamuk lepastu dia suruh aku panggil kau pergi dekat bilik dia"

Jawab pelayan lelaki itu seram melihat perubahan pelanggannya itu

"Yelah-yelah,awak jaga kaunter bar ni, biar saya yang pergi"

Ji hyo keluar dan pergi ke bilik dimana pelanggan mengamuk itu berada

Ji hyo dengan berhati-hati mengetuk pintu sebelum masuk tapi sayangnya tiada respon pun dari orang dalam

Dengan beraninya Ji hyo masuk kedalam dengan perlahan-lahan

"Finally,I jumpa juga you...Ji hyo"

To be continued 💜

©Feelings✔Where stories live. Discover now