7;Nana(七)

234 39 3
                                    

Ji hyo pov~

Aku ingin bersiap untuk ke tempat kerja tiba-tiba ada satu suara memanggil aku dengan agak garau

Aku dengan pantas melulu kearah suara tersebut

"Ada apa awak panggil saya?"

Soal aku apabila nampak dia sedang rehat di atas sofa panjang

Mungkin penat,orang baru habis dari kolej mestilah penat

Aku memang teringin nak pergi kolej tapi dia kata aku tidak perlu ke kolej dan hanya bekerja sahaja...tapi aku hanya ikutkan sahaja kalau tak dia marah pada aku

"Aku nak minta maaf pasal semalam...aku ni terlalu emosi sangat...aku harap kau maafkan aku"

Katanya membuatkan aku bingung...memang patut aku kena marah dengan dia tapi bila aku teliti muka dia seperti yang dia betul-betul ikhlas meminta maaf

"Awak tak salah pun...saya yang salah sebab melawan cakap awak dan rapat dengan lelaki lain"

Ucap aku sambil mengukir sebuah senyuman yang manis buat si dia

"Harini kau tak payah kerja,aku ingat nak bawa kau pergi makan dekat tempat yang baru buka"

Katanya walaupun tiada secelit senyuman yang ada dibibirnya

"Kalau boss saya marahkan saya macam mana?"

Soal aku,aku takut je kalau boss aku marah pada aku sebab tak kerja

"Kau tahukan yang boss kau tu kawan aku jadi aku dah bagitahu dia yang kau cuti untuk hari ini"

Apabila aku mendengarnya terus tersenyum lebar

"Kau pergilah tukar pakaian kau takkan nak pakai baju macam ni"

Tegurnya melihat cara pemakaian aku dari atas hingga bawah

Ye tak ye juga takkan aku nak pakai macam ni lalu aku tersengih malu ke arahnya,dia hanya menggelengkan kepala melihat perilaku aku,maybe

Aku terus pergi ke bilik untuk menukar pakaian

Ji hyo pov end~

☁☁☁☁☁☁☁☁

🌜7petang🌛

Seonghwa pov~

Mata aku asyik melihat kearah bar sahaja,takkanlah dia tak masuk kerja harini

Tanpa aku membuang masa aku berlalu kearah bar

"Hye...boleh I tanya sesuatu pada you?"

Tegur aku pada seorang pelayan disitu,lalu pelayan itu tersenyum malu

Mungkin sebab aku ni terlalu kacak,aku tahu tu

"Encik tanya jelah"

Jawab gadis itu malu-malu,aku hanya pandang dia pelik

Kau ingat aku nak goda kau? Tolonglah aku cuma nak cari Ji hyo je

"Boleh I tahu kawan sekerja you tu pergi mana?"

Soal aku ingin tahu jawapan wanita ini

"Song Ji hyo ke?Dia tak masuk sebab ada hal penting katanya"

Hal penting?Dia tak bagitahu aku pun yang dia tak masuk kerja

Buat apa dia nak bagitahu aku sedangkan nombor telefon aku pun dia tak minta

"Kenapa nak cari dia?"

Soalnya pelik memandang kearah aku

"Saja"

Jawab aku sepatah dan beredar keluar dari kelab tersebut dengan hembusan nafas kasar

Lain kali aku tak patut keluar awal sangat atau lebih tepat,tak payah datang

Wait a minute...adakah aku salah nampak?

"Itu bukan Wooyoung ke?Tapi dengan siapa?"

Aku mula mengecilkan sedikit mata agar dapat melihat dengan jelas siapa wanita itu

Tapi aku tak dapat lihat dengan jelas walaupun aku mengecilkan sedikit mata

Mungkin yeochin dia sebab Yeosang pernah bagitahu aku

Aku ingat nak pergi kearah dia tapi tulah aku taknak kacau hubungan diaorang dengan itu aku pergi meninggalkan tempat itu

Seonghwa pov end~

To be continued 💜

©Feelings✔Where stories live. Discover now