6;Roku(六)

238 41 2
                                    

"Dia balik dengan siapa lah agaknya?"

Soal Seonghwa ingin tahu tentang si gadis itu pulang dengan siapa

"Kau fikirkan apa ni?"

Yeosang yang baru sampai di kolej menegur Seonghwa yang asyik termenung memikirkan sesuatu

"Aku tak fikirkan apa pun"

Jawab Seonghwa mematikan lamunan apabila ditegur oleh Yeosang

"Aku nak tanya ni...kau ada nampak Wooyoung tak?"

Seonghwa tertanya-tanya kemana kawannya lagi sorang pergi?

"Sejak kebelakangan ni dia kan dah ada yeochin...mana nak ingat kita"

Ucap Yeosang telah mendatangkan kebingungan pada diri Seonghwa

"Sejak bila dia ada yeochin ni?Aku tak tahu pun"

Soal Seonghwa bingung dan dia baru sahaja tahu yang kawannya itu sudah berpunya

"Takkanlah kau tak tahu...tulah kau tak habis-habis dengan perangai playboy kau...mana nak tahu yang kawan dia tu dah berpunya"

Ujar Yeosang seperti seorang pakcik yang banyak mulut

"Dia ada tunjuk tak yeochin dia?"

Soal Seonghwa ingin tahu lagi membuatkan Yeosang rimas mendengar banyak persoalan yang datang pada mulut Seonghwa

"Yang kau nak sibuk ni kenapa?"

Soalan dibalas soalan,kenapa si Seonghwa nak tahu sangat tentang yeochin orang ni?

"Aku tanya ni jawab lah"

Seonghwa malas mahu menjawab soalan Yeosang terus dia ingin jawapan yang ditanya pada mula itu

"Dia tak tunjuk yeochin dia pun...puas...kalau kau nak tahu lebih lanjut lagi...pergilah tanya dia"

Geram sahaja Yeosang dengan perangai Seonghwa ingin tahu

Selama ini dia tidak pernah mengambil tahu tentang kawan dia yang lain

Sama ada kawannya itu sudah berpunya ataupun tidak

"Wehh...aku rasa ada orang nak jumpa kau lah"

Kata Yeosang nampak kelibat seseorang ingin mendekati mereka

"Siapa?"

Seonghwa memusingkan kepala memandang kearah yang dikatakan Yeosang

Tiba-tiba matanya membulat besar melihat kelibat orang itu

"Pura-pura tak nampak"

Bisik Seonghwa dan memandang ke tempat lain

"Baby...you ni saja buat-buat tak pandang I"

Marah gadis itu dengan hentakkan kaki secara lembut dan bibirnya termuncung kedepan tanda dia protes dengan perangai Seonghwa

What...seriously?Baby?

Yeosang yang mendengarnya pun ingin muntah

"You datang sini...nak apa sebenarnya?"

Seonghwa tersenyum palsu dan suaranya cuba dilembutkan agar gadis ini tidak memukulnya

"Semalam I nampak satu beg...jenama baru...jadi I ingat nak beli tapi bila I fikirkan balik...lebih baik I ajak you keluar bersama"

Ucap gadis itu,Seonghwa ingatkan apalah tadi...gadis ini datang berjumpa dengannya disini semata-mata mahu katakan itu...buang masa

Yeosang yang mendengar pun sudah mula geram dengan gadis itu

"Kalau satu hari tak minta duit pada Seonghwa tak boleh ke?"

Sampuk Yeosang geram, sampai bila dia mahu mendiamkan diri lebih baik dia berterus terang

Dia tahu yang Seonghwa ini kaya takkan setiap hari kawannya itu berikan duit pada gadis ini

"Yang you sibuk ni kenapa?Suka hati I lah...dia ni my boyfriend"

Jawab gadis itu yakin apa yang dia katakan

"Chunseo...cukuplah I dah pernah bagitahu benda ni lama...yang I cuma mainkan you je tapi kenapa you nak anggap I ni namchin you sedangkan I pernah mainkan you dan kita ni tak ada apapun hubungan"

Ucap Seonghwa panjang lebar kadang-kadang dia penat melayan kerenah Chunseo yang suka mengambil kesempatan

"You dah tak sayang I ke,baby?"

Kata Chunseo dengan suara manja agar Seonghwa termakan dengan kemanjaanya

"Dahlah Chunseo...I malas nak layan you lagi...jadi tolong jangan dekat dengan I lagi"

Kata Seonghwa dan berlalu pergi meninggalkan Chunseo sendirian

Chunseo yang geram mengetap gigi

"Lain kali kau kena cerminkan diri kau dulu baru kau boleh dekat dengan kawan aku"

Ucap Yeosang sinis dan mula melangkah pergi mengikuti jejak Seonghwa

"Yahh!!"

Jerit Chunseo geram tanpa dia sedari ramai mahasiswa dan mahasiswi melihat kearahnnya dengan pandangan pelik

Chunseo yang berasa malu beredar pergi

☁☁☁☁☁☁☁

"Hebat betul kau layan dia sampai macam tu sekali"

Kata Yeosang suka melihat apa yang dilihatnya sekarang dengan perubahan Seonghwa

"Takkan aku nak kena layan macam bidadari...tolonglah"

Tawa Seonghwa tidak suka layan Chunseo seperti dia layan bidadari yang lain

"Ke kau nak layan bidadari pelayan dekat kelab yang jaga bar tu?"

Yeosang mengangkat alisnya sedikit dan tersengih nakal

"Kalau aku kata ye apa kau buat?"

Jawab Seonghwa selamba

"Biar betul...kau ni...selama aku berkawan dengan kau,kau petik je jari beribu yeoja yang datang pada kau tapi kalini petik jari sekali pun yeoja kasar tu takkan datang pada kau"

Kata Yeosang panjang lebar tapi Seonghwa lebih suka mendengar apa yang kawannya katakan

"Entahlah...aku tak pernah rasa macam ni"

To be continued 💜





Chunseo👇

Siapa yang minat kumpulan Kaachi?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Siapa yang minat kumpulan Kaachi?

Saya nak minta maaf sebab buat chunseo dalam watak jahat dalam story saya

©Feelings✔Where stories live. Discover now