45|Tiada Guna Merayu

Start from the beginning
                                    

“Nanti kalau saya dah kena pergi, awak nak duduk dengan siapa dengan Thailand tu? Hantu momok?” Tanya Jackson. Momo mencebik “Ishh”

Sana tiba di hadapan Mark. Hatinya berdegup laju memandang Mark di depannya. Senyuman tidak lekang di bibir masing-masing. Akibat rasa gemuruh, langkahnya menjadi tak teratur menyebabkan dia terjatuh namun segera Mark menahan belakangnya

Taehyung menggelengkan kepalanya “Dari dulu sampai sekarang clumsy” perlinya. “Comel ape” jawab Dahyun

“Comel betul la diorang tu” Jamie  menepuk tangan teruja. “Tak lama lagi, kita pula” Jaebum bersuara. Jamie menjelingnya “Kita kawan je lah Jaebum. Kau pun nak dah pergi.”kata Jamie lalu menjeling Sana dan Mark semula

“Awak tak teringin nak kahwin sebelum saya pergi?” soal Jaebum sambil tersenyum manis pada Jamie. Jamie melemparkan senyuman jijik “Motif?Awak pergi juga nanti. Tak ada gunanya” jawab Jamie

“sekurang-kurangnya kita sempat cipta memori sebagai suami-isteri sebelum saya pergi. Itu satu-satunya impian saya. Nampaknya, memang takkan berlaku untuk bina keluarga” Ujar Jaebum dengan sedih

Jamie turut merasai kesedihannya tapi apa yang boleh dia lakukan? Dia tak sanggup nak terima nasib macam Chaeyoung dengan Sana. Lagi pun dah tak ada masa. Tzuyu boleh pergi bila-bila masa je. Patut ke dia merayu untuk berikan masa lagi?

*****

Jamie duduk di kerusi cafè setelah memesan coffee di kaunter. Tzuyu masuk ke dalam cafè dan duduk berhadapan dengannya “Ada apa awak nak jumpa saya?” soal Tzuyu setelah menayangkan senyuman manis

Jamie membalas senyuman “perbincangan ni tentang masa depan saya dengan Jaebum” kata Jamie sedikit kekok. Tzuyu mengangkat kening meminta Jamie meneruskan tujuannya

“Jaebum memang pandai menghasut saya untuk sukakan dia dari ayat manis dia” kata Jamie lalu tertawa kecil mengingatkan Jaebum

Tzuyu masih menunggu jawapannya “Saya jadi bingung dengan permintaan dia. Dia nak melamar saya, tapi saya tak boleh kahwin buat masa sekarang ni.” ucap Jamie dengan pasrah.

Seorang pelayan meletakkan coffee di atas meja mereka. “Thanks” ucap Jamie lalu berbalik kepada Tzuyu yang masih ragu-ragu dengan tujuannya

“Tzuyu, boleh ke kalau awak tinggal lebih lama? Dalam 5 bulan?” minta Jamie. Tzuyu tersentak. Lama tuh.

“Haish.. Mesti aku dah gila, sukakan si setan tuuh.”Jamie mengetuk kepalanya setelah membuat permintaan tadi “Saya faham awak suka dia.” Tzuyu akhirnya bersuara.

“tapi maaf. Saya tak boleh menetap lebih lama lagi dekat sini. Saya kena pergi juga secepat mungkin.”jawab Tzuyu

“Mianhae.. Saya tak berniat nak hancurkan harapan awak” ucap Tzuyu bersalah

Jamie tersenyum pasrah "Tak apa lah Tzuyu. Saya faham” Jamie hanya menerima keputusannya. Nampaknya, dia memang takkan dapat berkahwin dengan Jaebum. Mereka cuma akan kekal sebagai pasangan couple sahaja.

*****

Jinyoung berjalan seorang diri di sepanjang lorong kedai. Seperti biasa, ahli got7 yang lain sudah pun bahagia dengan pasangan masing-masing. Kini tinggal dia sahaja yang kesunyian. Namun, lain pula jadinya apabila Jisoo melafazkan cinta padanya.

Langkahnya kakinya terhenti apabila terserempak dengan Jisoo yang sedang berjalan keseorangan juga. “Jinyoung..” Panggil Jisoo dengan senyuman manis. “Haihh minah ni lagi”Jinyoung berpaling semula. Segera Jisoo menahan langkahnya

“Yahh, Jinyoung, Saya suka awaklah. Terimalah saya. Awak buat apa sorang-sorang dekat sini? Awak tak ada teman? Biar saya teman awak” Jisoo memeluk lengan Jinyoung

“Jisoo, kau dah ada Taehyung” ujar Jinyoung dengan geram...

“Haish.. Berapa kali saya nak cakap yang saya tak suka dia? Awak ingat lagi kan dulu? Waktu saya beriakan dia. Dia palau saya habis-habisan, halau saya. Saya nampak awak yang layan saya dengan baik. Awak orang pertama yang makan makanan yang saya masak, tau tak” bebel Jisoo.

“Habistu kenapa awak tak gilakan saya dulu? Sekarang awak baru nampak saya?” Tengking Jinyoung lalu menepis tangan Jisoo dari memeluknya

Orang lalu-lalang kerap memerhatikan mereka bertengkar di situ

Jisoo mengetap bibirnya. “Sebenarnya, saya sengaja nak mainkan Taehyung dulu” jawabnya tanpa memandang Jinyoung kerana takut. Jinyoung terkejut dengan jawapan Jisoo “Huh? Kenapa pula?” Dia bertanya

“Sebab Taehyung patahkan hati Lisa. Dia curang dengan Tzuyu. Sekarang saya dah tahu, Tzuyu dengan Taehyung cuma kawan rapat. Memang rancangan saya untuk putus dengan Taehyung bila dia betul-betul sukakan saya”jawab Jisoo dengan mata yang berair. Kesal dengan perbuatannya

Jinyoung masih bingung, keningnya berkerut “Sekarang saya suka awak, ihklas saya cintakan awak. Saya nak hidup dengan awak, bukan Taehyung” Jisoo merayu sambil memegang kuat lengan Jinyoung agar mempercayainya

Jinyoung mati kata. Dia terus melangkah meninggalkan Jisoo

*****

Taehyung masih menunggu panggilan dari Jisoo. Dia bersandar di sofa ruang tamu dengan pasrah. “Oppa, dah makan?” soal Dahyun di meja makan “Belum” jawab Taehyung perlahan. “Makanlah.. Nanti nantilah fikirkan pasal Jisoo tu” arah Dahyun

“Kitorang nak dah kahwin, kenapa Jisoo buat macamni dekat oppa eh? Apa salah oppa?” Soal Taehyung pada Jisoo melalui gambarnya di wallpaper telefonnya. Dahyun menggelengkan kepalanya melihat Taehyung seperti orang gila.

Tzuyu masuk ke dalam rumah. Taehyung dan Dahyun menoleh memandangnya. Muka Tzuyu kelihatan monyok. Dia terus berlari ke biliknya. “Kenapa tu? Oppa? Sedih je Tzuyu tu?” soal Dahyun risau

Taehyung mengangkat bahu tak tahu. “Haishh Pergilah pujuk dia” arah Dahyun. Taehyung dengan pantas, melangkah ke tingkat atas untuk berjumpa Tzuyu

******

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now