BAB 30

47 5 13
                                    

Sorry mungkin bab ni berselirat gila dan mungkin banyak yang tak masuk akal apa yang saya tulis. Tapi, biasalah sekarang memang tak ada mood sangat nak menulis. Apa-apapun enjoy dan jangan lupa vote and comment. Thank you.

Irene melangkah masuk ke dalam rumah dengan muka masam mencuka. Di ruang tamu dia bertembung dengan omma dan adiknya, Jisung.

Muka Jisung sudah berseri-seri ketika melihat Irene pulang, kerana mereka mahu membuat kek malam ini. Tetapi, riaknya berubah saat melihat Irene menonong saja berjalan melepasi ruang tamu ingin naik ke atas.

Jisung pandang Puan Bae yang juga memandangnya. Hairan juga mengapa Irene tidak menegur mereka dan mengapa muka Irene kelihatan seperti sedang marah.

Matanya berkelip-kelip dan kepalanya sudah tersenget memikirkan mengapa kakaknya itu. Entah apa sudah berlaku pada si kakak pun dia tidak dapat meneka.

Puan Bae mendekati anak lelakinya dan memegang bahu itu lembut.

"Noona ada masalah kot kat pejabat, biarkan noona berehat dulu. Kejap lagi turunlah tu dia,"

Jisung mengangguk. Tapi, dia tetap pelik dengan kakaknya. Takkanlah ada masalah, dengan dia dan omma pun terkena tempiasnya sekali.

Nak terjah tanya kenapa, takut kang kena maki sia-sia kejap lagi. Jadi, dia ambil biarkan dahulu Irene sejuk terlebih dulu.

Irene di atas sudah terbaring atas katil, dia baring mengiring menghadap meja belajarnya. Tidak sampai berapa saat air matanya mengalir membasahi bantal.

Air mata tersebut pantas di hapuskan kerana dia tidak mahu turun dengan keadaan begini. Nanti Jisung nampak dia akan mempersoal pelbagai soalan kepadanya.

"Okey Irene, kau pergi mandi. Berhenti fikir benda-benda sekejap. Segarkan badan ni dulu, lepas tu makan apa yang kau beli tadi kat luar." Irene menasihati dirinya sebelum bangun mengambil tuala yang tersangkut kemas.

Usai mandi, Irene keringkan dahulu rambutnya. Dia akan turun sebentar lagi hanya untuk mengambil pinggan dan minuman. Dia akan makan di dalam bilik, tidak betah rasanya mahu menjamah di tingkat bawah.

Irene ambil telefon di dalam beg tangan lalu menghidupkannya. Ada mesej yang belum dia baca. Sebenarnya dia tidak perasan pun ada mesej. Entah bila mesej itu diterima pun dia tidak pasti.

"Jungkook?"

Mesej itu di buka.

Jungkook:
Saya mintak maaf. Bukan niat saya nak cakap macam tu dengan awak tadi.

Irene menaip.

Irene:
Awak tak perlu mintak maaf. Semua tu bukan salah awak, tapi saya yang mendesak. Saya faham.

Mesej di kirimkan. Tidak sampai seminit dia sudah menerima balasan.

Jungkook:
Sebab tu saya berkeras tak nak bagitau awak. Tapi... Awak degil, asyik mendesak saya sampai saya...

[✔] I'm Still Love YouKde žijí příběhy. Začni objevovat