Episod 2

395 8 4
                                    

(Music: Good Life – One Republic 30 saat)


Aku naik bas pulang ke JB. See, aku jejak ke KL pun hidup tak semegah plu lain
kan.. tapi itu lah aku, mungkin dulu time diploma, agak nakal la, lepas putus
dengan ex aku, menonggeng doe kecewa.. lepas tu konon nak balas dendam
dengan flirty dan berscandal bagai. Tapi lepas beberapa ketika. Aku sedar balik.
Hidup plu bukan pilihan terbaik. So, kena juga lari dari kehidupan bodoh tu..


Baru 2 jam perjalanan. Tetiba phone aku berbunyi, lagu Ellie Goulding katanya.
Sumpah aku gila dengan lagu tu.


“you show the lights that stop me, turn to stone…” dah mula dah…


MESSAGE (1) AZWAN.

Open.


‘Hati-hati balik JB, aku rindu kau. Damn!’
From : Azwan Senget


(Music: Anything could happen – Ellie Goulding)


What the?? Biar betik si wan ni.. ini macam drama apa pulak ni.. korea? Puihh.
Aku benci korea. Patut time hantar aku tadi dia diam je. Pastu bas datang dia
terus blah. Salam pun tak. Apa kena mamat tu pun aku tak tahu. Eh, tak
mungkin apa yang aku baca ni. Ini semua poyo. Alaaaa… serabut.. sambung
tidur.


Eh, muka Azwan boleh wujud kat otak aku. Sialan. Tidur sambil senyum..


....................


(Music: Intrument: Howl Moving Castle . 1st - 50 s only.)


Jantung aku sumpah berdegup macam puaka. Lepas ni giliran aku, tarik nafas
Arri, tahan…. lepas. Orang sebelah pandang aku. Aku tenung balik, dia larikan
mata. Yes, kalah! Haha.


“Aidil Arriansyah Bin Hassan!”..


Gulp! Nama aku dipanggil. Mak aihh, laju bebenor jantung aku ni mengepam.


“Sila masuk”.


Seorang perempuan menyapa, mungkin secretary manager or whatever, I really
don’t care…


Aku masuk dengan tertib, dan senyuman tak lepas. Seorang daripada 2 orang
jemput aku duduk, dan aku pun duduk, still tak lepas senyuman. Senjata kata
Jimmy. Ok, 2 orang tua apa ada hal kan. Hilang gugup. 1 dari mereka mencatit,
1 dari mereka membelek kertas.. dan!!!!!!!!!!!! Oh my god. Oh my!!


(Slow Music: Somebody that I used to know)


Seorang lelaki yang oh my!! Dia keluar dari sebuah bilik, tak mungkin dia.. oh
my!!! Ingat tak mamat 2 ituari? Ala….yang BF dia meroyan sebab kena langgar
ituari. Tak ingat? Yang muka macam Afiq Muiz kacuk Dez Duron lah… habis aku!!! Sure tak dapat kerja ni… aku tengok tag nama, oh my, Zaiful Hakimi Bin
Dato’ Seri Khalid , Pengurus Pemasaran (Marketing Manager), Julung Sedia
Sdn Bhd. Aku semput. Dia boleh buat muka slumber.


Lelaki 1 : “Introduce yourself, errr….” Tersangkut kat situ
Aku : “Arrian” ringkas..
Lelaki 1 (sambil senyum) : “U can introduce yourself Mr. Arrian”
Aku : “Nama saya Aidil Arriansyah Bin Hassan, berasal dari Majidee,
berkelulusan Bachelor of Business Management in Marketing, err.. UiTM
Segamat”.
Lelaki 2 : “1st time bekerja kan.. praktikal before ni dimana?”


Orang tua ni aku belum habis cakap dah nak Tanya lain…


Aku : “Before ni praktikal di Johor Corporation...”
Lelaki 1: “Bukan calang-calang punya tempat. By the way, syarikat kami sangat
memerlukan Personal Assistant Manager yang bakal membantu anak saya, Hakim..


OMG! Lelaki 1 ni lah Dato’ Seri Khalid. Ok fine. Dari tadi hakimi hanya
pandang aku. Yes, dia merupakan penganalisis reaction. Perhaps. Aku dulu
belajar business communication time diploma, memang akan ada seorang yang
akan diam time interview.


Hakimi : “Grade dengan CGPA 3.72, 1 pencapaian membanggakan setakat ini.
We give the answer later, U may go now.”


Cepatnya?? Macam dah kena reject! Arghhhhhhhhhh~ ini semua pasal mamat ni
lah agaknya.


Aku : “Terima kasih tuan..”

Aku segera keluar. Hati bengkek.


....................


(Music: Intrument nocturne no 2 In Eb)


Sejak kebelakangan ni azwan selalu text aku. Aku tak tahu kenapa aku pun
layan. Tapi text dia sangat-sangat lain kot. Yalah, macam erghhh, aku tak tahu
nak cakap apa, tapi sangat lain dari apa yang aku kenal dia. Lagipun aku sedara
dia kan, so, sangat lain text dengan sedara sendiri. Apa ada hal. Dulu pun aku
tak rapat dengan dia, sejak degree lah aku rapat, bukan rapat. Kira kalau teman jimmy dating dengan dia, aku wajib ada. lagipun dia senior tempat aku study. So, dari situ aku lebih kenal dia. Sebelum ni memang tak. Sebab keluarga dia
kurang bercampur dan jarang sangat-sangat nak balik kampung.


Azwan call..


Azwan : “How interview tadi? Ok?”
Aku : “Ish, nope! Kau nak tahu tak, mamat yang langgar aku ituari kat Pavi
merupakan Marketing Manager tempat aku interview tu, dah tu anak CEO pulak
tu”.
Azwan : “Kerja gila. Apa pun aku harap kau dapat kerja tu. Aku bakal pindah
JB mungkin”.
Aku : “Eh, kau dah gila? Bukan bapak kau punya syarikat pelancongan tu ada
kat KL dengan Melaka je kan? Asal pindah JB?”
Azwan : “Mak aku ada restoran kan kat sana. Manager kat sana bakal berhenti,
jadi mak aku mintak aku jaga di sana. Boleh jumpa kau selalu. Stay dengan aku
lah kalau gitu. Nanti aku hantar kau kerja. Kau pun bukan ada transport. Tak kan
nak susahkan mak kau tiap-tiap kali hantar.”
Aku : “Alaa… aku baru je nak mula hidup weh. Nanti aku dah 3x gaji, aku buat
la down payment untuk kereta viva ke”.
Azwan : “Haha. Kalau aku ada duit saving lebih aku dulukan untuk kau down
payment tu. Senang kau bergerak. Ok lah, aku nak tidur. Ngantuk. Nite sayang”.


Tutttt tutttt tuttttt


Wan ni dah kenapa? Sayang bagai. Dah tu nak dulukan down payment untuk
kereta? Haaa gila kot? Ala.. bergurau tu. Tapi serious tak lawak kan.. ish, Jimmy
kata dia memang sweet talker. Macam ni lah kot. Ok fine. Wan..wan…


....................


2 hari kemudian..


Meriah betul lagu Rihanna – Where Have You Been. Ish, nasib aku ni tak ada
duit banyak. Kalau tak, aku dah baling je phone ni. Pagi-pagi dah memekak.


Calling…


Girl : “Assalamualaikum, Encik Arriansyah ke?”
Aku : “Ye saya” (apehal pulak ada minah call aku pagi-pagi ni. Nak ngorat ke?
Aku hot. Cehh, keji kau ni Ri.)
Girl : “Saya dari Julung Sedia Sdn Bhd, anda diterima untuk mendapat jawatan
sebagai Personal Assistant Manager di Marketing Department kami. Sila, hadir kan diri untuk mengambil borang pada hari esok dan membuat pengesahan.
Terima kasih.”


(Slow to loud: A great big world – This is the new year)


Segera bangun. Mak!!!!!! Jerit aku. Eh lupa, mak aku kerja. Hahaha.


Calling Azwan..


Aku : “Aku dah dapat kerja kat tempat tu weh!”
Azwan : “Congrate, aiseh, nampaknya boleh lah kau kenyit-kenyit mata dengan
bos kau.”
Aku : “Aku rasa 1 hari je aku boleh kerja dengan dia. Dia kan mulut puaka.”
Azwan : “Kau jangan gitu, tersungkur nanti hati kau..melepas aku. Hahahahaha”
Aku : “Apa lah kau ni.. jadi betul lah kata Makcik Ju kat mak aku yang kau nak
pindah sini?”
Azwan : “Yap, aku nak mula life baru kat sana. Ok kan. Dekat dengan kau. Kita
stay 1 rumah nak?”
Aku : “Ok, tapi kau pujuk bapak aku.”
Azwan : “Settle la tu . Jangan risau lah sayang.”
Aku : “Ok lah bye.”
Azwan : “Ok, muahhhh…!”


Aku matikan telefon. Erghhh, apa lah jadah mamat sekor ni. Aku sendiri tak paham, sama ada dia sengaja nak bagi harapan, atau dia main-main. Aku tak paham.. maybe dia main-main. Tapi dah cukup lama kot tak ada orang panggil aku sayang. Melayang lah aku macam ni. Wan.. wan… No way! Sedara kot.

TENTANG KITA SEASON 1Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin