Episod 4

108 3 0
                                    

Sejak pagi lagi Azwan dah keluar. Aku sedar pun dalam pukul 10 pagi, subuh bangun dia masih terbongkang kat ruang tamu. Dengan tv pun tak tutup. Lupa yang malam tadi ada perlawanan bola Manchester United vs Newcastle. Jantan sangat Azwan kan. Well, aku pun tengok bola ok. If Liverpool main la.. minat gila dengan Steven Gerrard. Tapi bukan taste aku la. By the way, aku lupa nak cerita yang kat rumah Azwan ni aku stay bilik asing dengan dia. Mesti kalian pikir aku tidur bilik sama kan. No way, mencegah itu lebih baik kawan-kawan. Haha.

Lagu Ellie Goulding bernyanyi, menandakan ada message.

Segera baca...

MESSAGE (2) Azwan..

Eh, bila masa mamat ni text aku tadi. Means 2 message masuk daripada dia. 

1 – Morning sayang. Aku tengok kau syok je tidur, so aku malas nak kejut kau bangun. Ingat nak ajak sekali. 8.25am. From : Azwan Senget

2- Jangan bawak jantan masuk rumah. Aku dapat tahu aku rogol kau. Hehe gurau. Jangan lupa breakfast. Jimmy asyik tanya pasal kau je. 10.14am. From : Azwan Senget

Hummmm.. menaip.. emmm, padam balik. Biarlah. Sengih. 


Buka lappy. FB. Bosan sial. Apa aje yang ada kat FB. Ok, kalau PLU, yes, mereka menggunakan kemudahan ini untuk mencari. Tapi pada aku, sangat tak perlu. Aku dah tanam hidup-hidup bahawa semua PLU adalah sama. Yes. Sama. Why not kita jadi mahal sikit rite? Aku bukan nak tunjuk aku ni baik, atau mungkin jual mahal. Tapi untuk kebaikan diri aku. See, life aku sangat bosan. Untuk membuat hari minggu aku ceria, aku pikir nak ke city square, check movie dulu. Hantu Kak Limah. Well, aku tak tengok cerita melayu. Eww. 

Sampai di CS. Segera ke tingkat 5. Beli tiket dulu. Stop!! Argghhh. Si Azwan dan Jimmy boleh pula ada sini. Ok, turun balik. (if kalau nampak orang naik and then turun escalator tu, please anggap dia normal. Dan bukan gila. Yes. Aku kan comel. Tetiba!!) Emm, aku cuma malas nak ganggu mereka berdua. Bukan aku cemburu, cuma aku tak tahu nak kata apa. So, please let it be.. lalalala. 

Bukkkkk!!! 

"What the fuck!" 

Oh my.. oh my god. Ok, aku just tak mampu nak kata apa. Kenapa perlu dia je aku selalu langgar????? Tak ada orang lain ke???

Hakimi : "Kau memang tak boleh nak pandang depan ke bila berjalan??" 

(dah kau pun tak reti nak pandang depan ke bila berjalan?..sumpah annoying doe mamat ni. Aku nak cepuk je mulut dia. Pa'kal kau bos aku and kau teramat handsome. Tetap tak dikira ok. Aku tak pandang rupa, janji hati baik. See, betapa mulia hati aku. Pitam!) Sambil terbongkok, capai segala beg plastic yang aku rasa dia sengaja nak jatuhkan. Then, nak suruh aku kutip satu-satu. Ok, semua 9 beg plastic. Apa jadah mamat ni, kalau nak melabur pun bukan dengan membazir gini. Peduli pulak. Duit dia kan. 

(Slow Music: Abba – Chiquitita)

Aku : "Maaf tuan. Saya tak perasan"
Hakimi : "Itulah kau, ada mata letak lutut. Eh, aku pikir baik kau buta je lah, atau kau bagi je dekat orang yang lebih memerlukan mata tu"

Aku just tunduk. (sumpah! Aku bet kalau korang mesti dah smack-down kan)
Hakimi : "Dah tak ada mulut pulak? Dah jadi bisu. Bagus lah tu. Ok, akibat kau buat kesalahan hari ni, kau kena denda"
Melopong... apa jadah aku kena denda. Lagipun waktu bekerja aku isnin hingga jumaat je kot. 
Hakimi : "Pegang semua barang-barang aku ni, tercicir kau siap. Follow aku shopping. Dan jangan lari. Kau tengok apa aku buat kat kau kalau lari"
Aku : "Baik tuan". Malas aku nak layan lebih. Ikut saja!"

1 jam lebih. Ok, cukup lama pada aku membuang masa. Yes, dia kaki shopping. Penat sial. Dia berjalan menuju ke Sizzling Stone Grill, tingkat bawah. Mak aihh, poket aku lopong kau nak bawa tempat mahal.

Hakimi : "Kau tak nak order ke?" cakap macam gangster. 
Aku : "Tuan, saya diet" sambil sengih. Padahal berkeroncong. Apa ada hal kalau makan kat food court je. Kan murah. 
Hakimi : "Kau wajib makan. Tak kan aku nak makan solo. Order! Aku bayar" Sumpah garang weh. 
Aku : "Bagi saya ice lemon tea. Dan mee hoon tom yam." 
Hakimi : "Nanti aku tolak dari gaji kau." Selamba dia cakap sambil pandang Iphone dia tu.

Melopong lagi....... 10 minit berlalu. Tanpa bersuara. Makanan pun dah terhidang.
Hakimi : "Aku nampak kawan kau tadi".

Aku hanya buat muka blur.

Hakimi : "Kawan yang ituari kat Pavi kau langgar aku tu lah. Asal kau lembap?" 
Aku : "Ohh...kenapa dengan dia"
Hakimi : "Kenapa kau tak jalan dengan dia?"
Aku : " Saje...emmmm, mana kawan tuan tu, tak teman sekali?"
Hakimi : "Kau jangan masuk campur hal aku." 

Melopong. Dah dia pun masuk campur hal aku. Nak aje aku siat-siat muka dia. Nasib handsome yang teramat. Tapi mulut puaka pun tak guna. Suasana sunyi. Better gini je doe. Dari keluar ayat dari mulut dia.

Hakimi : "Dia ada hal. Dan bukannya aku tak boleh hidup kalau dia tak ada kan"..

Perlu ke aku menjawab ya. Memang kena pelempang makannya. Tapi jawab pula mamat ni. 

Hakimi : "Kau tinggal majidee kan?"

Aku mengangguk.

Hakimi : "Kau ada transport ke?"

Aku : "Naik cab je" (nak perli tak beragak)
Hakimi : "Aku hantar kau balik." 

Melopong lagi......

(Music ends...)

Dalam kereta Mini Cooper Hakimi. Terasa kaya aku. Kau jangan nak perasan Arri! Ok lah dari kereta Persona Azwan. Memilih!

Hakimi : "Kenapa kau tak bawa balik ipad tu sekali, kenapa perlu tinggal kat office?"

Oh ye, ipad untuk kegunaan kerja tu.

Aku : "Itu kan office punya. Tinggal je lah kat office"

Hakimi hanya gelak besar.Dah kenapa. Aku buat lawak ke?

Hakimi : "Kau memang lurus macam ni ke apa? Ipad tu memang untuk kerja, tapi sekali untuk kau lah. Hak milik company. Tapi kau wajib pegang, sebab urusan kerja serta peribadi serba-serbi aku kau wajib tahu dan catit. Paham budak?"..

1st time aku tengok dia ketawa. Dan 1st time juga aku dengar dia cakap baik-baik. Permulaan yang baik ke untuk sesi perkenalan dengan bos aku ni. 

Aku : "Tuan, hantar saya kat Condo Straits View ok. Bukan di Majidee."

Ok giliran dia pula melopong. Still comel ok dia.

Hakimi : "Kenapa pula?"
Aku : "Saya tinggal situ sekarang"

Melopong lagi...tak percaya lah tu.

Aku : "Rumah sedara saya, yang ituari tuan jumpa kat Pavi tu. Saya tumpang situ."
Hakimi : "Boleh tak aku mintak sesuatu?"

Ok. Tetiba. Tapi aku dah pikir benda lain dah. Apa yang aku pikir kalian tak perlu nak tahu.

Aku : "A.... apa dia?" gugup di situ. 
Hakimi : "Jangan panggil aku tuan kalau di luar waktu pejabat."

Phewwww..........tapi tak sangka pulak makhluk sebengis dia mampu berbaik dengan aku. Syukur. Now, kehandsoman dia tu dari 100% bertukar jadi 500%... aku just nak gambarkan kat sini memang dia handsome. Lalalala

Dinner aku just order Mcd. Bagus la ada delivery tu, lagipun mana ada gerai makan terdekat sini. Lapar! Esok lepas balik aku nak beli barang dapur. Masak kat rumah kan lebih jimat. Apa? Ingat aku tak reti masak. Ok apa. Well, aku memang kasar sikit. Tapi apa ada hal kalau lelaki memasak. Bapak aku kalau
mak aku tak masak, dia lah yang masak. So, aku belajar dari bapak aku kot, lelaki sentiasa perlu belajar berdikari dan tidak mengharap sesiapa pun. Perlu setuju ok? 

Jam menunjukkan pukul 12 malam. Apa si Azwan ni tak reti balik ke? Esok kerja. Nak call. Tapi memang aku tak ada mood nak kacau dia dengan Jimmy. Kenapa ya? Kalian tak perlu tahu. Sebab aku sendiri tak tahu. Cemburu?? Arghhh. Please... setakat Azwan.. petik jari 10 datang. Memang aku tahap yang perlu di humban dari tingkat 10 juga. Sudah-sudah la Arri.. Emmmm.... Wan, wan....

Pintu bilik diketuk. Aik? Bila masa mamat ni balik? Tak dengar bunyi dia masuk pun. Segera tutup lappy, erus berdrama..tidur. Dia masuk...

"Ish budak ni, tidur tak reti nak matikan lampu. Mentang-mentang aku bayar api, air semua".. Azwan membebel. Aku sengih. Serious comel.

Tetiba.... dia pegang pipi aku.

Ok, kau jangan main-main Wan. Aku pejam je mata. Dia ulas lembut. Ahhh... nyaman.... Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini. Amin. Dia tarik selimut untuk selimutkan aku. Kalau aku jahat. Dah tarik dia masuk selimut sekali. Tapi aku kuat tahan nafsu ok. See, aku memang bukan murah kan? Dia keluar bilik aku... lena aku tidur malam ni punya. Haaa... jangan lupa subuh.

TENTANG KITA SEASON 1Where stories live. Discover now