Episod 8

94 1 0
                                    

Pukul 1 pagi. Still belum lelap lagi. FB. Sambil-sambil siapkan segala kertas kerja untuk meeting di KL next week. 4 hari akan berada di sana. Nampaknya aku terpaksa lah bertahan dengan perangai Hakimi tu.

Kalau dipikirkan balik makin pelik dengan sikap dia, cepat angin, cepat pula cool. Lepas tu paling tak boleh tahan dengan senyuman dia. Susah doe hidup kalau asyik pandang senyuman dia. Haihhh....

Bangun. Tengok cermin. Emm.....ya, aku bukan seperti BF Hakimi, si Faris mangkuk tu. Jauh beza. Aku tak pakai kasut Hermes, just kasut Bata je lah mampu (if pergi kerja, kasut kulit hitam tu kan)..kalau jalan keluar lebih prefer selipar je. Ok apa. Peduli pula aku orang nak kutuk aku kampung. Puiiii...... Tapi apa yang berlaku petang tadi,itu semua hanya gurauan bos dengan pekerja sahaja kan. Sengih. Buka wallet, gambar Izzu dengan aku time honeymoon (katanya) di Bali. Indah saat bahagia dengan orang yang betul-betul kita cinta. Usap gambar Izzu.. rasa terlalu sebak. Tutup wallet. Pejam mata.

"Ya Allah, kuatkan lah hati ku.. andai dia susah, kau senangkan lah dia. Andai dia sedih, gembirakan lah dia. Dan andai dia duka, bahagiakan lah dia. Amin"..

Tak pernah sekelumit rasa pun untuk benci dia. Malah saat dia lepaskan aku, malam tu juga aku redha. Aku percaya, cinta itu tentang pengorbanan. Bukan banyak pun pengorbanan. Cuma relakan dia cintakan orang yang dia betul-betul cinta. Tak salah kalau Izzu cintakan Harris.

Senyum. Ya, itu kekuatan aku. Aku sentiasa akan senyum. Walau sedih macam mana pun. Tiba-tiba teringat kejadian petang tadi. Kenapa aku mudah menitiskan air mata depan Hakimi? Dan kenapa mesti depan dia?

"Bodoh"...

Mungkin ayat itu lebih sesuai untuk aku. Aku dah janji tak kan jatuhkan air mata
aku walaupun berat mana masalah aku. Sial punya Kimi. Lagu Rihanna 'Where Have You Been' memekak.

"Siapa pula call aku pagi-pagi gini...?"

Malas nak jawab. So, tak pandang. Eh, Azwan dengan Jimmy tak balik lagi. Dah pukul berapa. Buka pintu tengok ruang tamu. Seram. Tutup balik pintu. Aduiii.... Tak suka duduk sorang-sorang gini. Cepat lah diorang tu balik. Tahu lah dah jadi pasangan bahagia sekarang. Jeles?? Tidak ada maknanya. Dengan Jimmy je pun. Apa ada hal dengan mamat sutun tu. (Arri, sedar diri kau tak laku oiii).... Hahahahahahaha.

Phone aku berbunyi lagi... segera tengok screen phone.... 

Tuan Hakimi (Monster) calling.........

Dah kenapa pulak mamat ni call aku..... tadi pun dia kot..

Hakimi : "Aku ada kat bawah ni... kau turun kejap boleh?"
Aku : "Dah lewat malam dah pun ni tuan....." tersasul sebenarnya.
Hakimi : "Arahan!!" 

Ok, suka sangat guna taktik kotor dia tu... ini semua poyo....

Aku : "Baiklah...." Jawab denganlemah, ada gaya konon macam tersedar dari tidur. Drama habis.

Dalam masa 5 minit aku dah berada dalam kereta dia. Dia tekan minyak. Kecut perut aku. Kalau nak bunuh diri pun jangan bawak aku sekali. Aku belum solat isyak lagi kot....

Aku : "Kimi, slow sikit... kita nak ke mana?"
Hakimi : "Kau jangan banyak cakap. .ikut je.. kalau bunyi lagi suara, aku sumbat kasut aku kat mulut kau tu"..tak berapa kasar tapi memang dia kasar sentiasa kan.. so, better ko diam Arri... dalam hati mengucap je.... 

Dia berhenti kan kereta Mini Cooper dia di tepi laut.. emmm, Danga Bay.... Tak ramai kat situ lepak. Aikk, biasa malam sabtu gini ramai anak muda kat situ.. Alaaaa... kenapa lah tak ramai. Kalau dibuatnya si Kimi ni buat hal... at least ada juga orang keliling. Oh ye, mana tau dia nak balas dendam kat aku pasal petang tadi. Pikiran negatif saje yang ada dalam otak aku ni.... 

Dia keluar kereta. Aku pun ikut keluar. Dia sandar di hadapan kereta mewah dia tu. Pandangannya jauh. Mungkin ada masalah. Aku cuba biarkan. Lagipun dia suruh diam..... 

(Music – Yiruma – Kiss the rain)

Hakimi : "Belum masa lagi aku nak kahwin... kenapa papa tak pernah nak paham aku?"

Diam.... Oh, lupa... dia baru balik dari berbincang pasal perkahwinan dia. Kenapa pulak tak nak? Tak lepaskan Faris ke? Hahahahaha. Just dalam hati. Kalau cakap betul-betul mahu aku di rendam dalam laut ni.... Aku cuba buang pandangan aku pada kapal yang penuh dengan lampu.... 

Hakimi : "Aku belum bersedia lah...." Sambung dia lagi... nampak sugul... ya, dia beratkan perkara ini sampai dia pikir ia satu masalah. Bebanan. Nampak urat dikepala dia. Ada air mata yang mengalir dipipi dia.

'awak jangan macam ni, buat saya pulak yang sedih'...

Hanya mampu cakap dalam hati. Ya, aku kasihan apa yang dia lalui. Walaupun aku tidak tahu apa yang benar berlaku dalam hidup dia. Tapi aku dapat rasakan ia cukup berat... 

Tiba-tiba.....dia rentap tangan aku....sakit!! cengkam... 

Hakimi : "Manusia memang kejam kan...!" bentak dia.....

Aku cuma relakan tangan aku kesakitan. Biar dia lepaskan geram dia.... Cuba tahan. tapi ia terlalu sakit. Apa tak potong kuku ke apa mamat ni... cuba tarik, tapi kuat cengkaman dia... terlalu kuat. Dan aku seperti relakan.. tak tahu kenapa..... 
Dia peluk aku... melopong.............. sunyi, walaupun ada suara-suara sekitar itu.

Lama...... aku biarkan tak juga membalas balik pelukan dia.... Ada renungan dari orang lain yang ada di situ. Aku cuba buang pandang di tempat lain. Tak juga menolak pelukan tu.. sekurangnya dia mampu tenang dan tak cengkam tangan aku lama-lama. Sakit oii..... tangisan dia makin kuat. Kenapa dengan dia...? Masalah apa yang dia tanggung? Kecewa yang bagaimana? Aku seperti mahu tahu sangat... dalam hati aku cuma mampu berdoa untuk ketenangan dia.

Dia lepaskan rangkulan. Seperti ada yang menolak tangan aku untuk lap air mata dia. Usap sedikit pipi dia. Mungkin dia akan lebih tenang. Tak tahu kenapa aku berani buat gitu....

Hakimi : "Maaf... apa yang berlaku pada kau hari ni...ia amat tragik kan.."

Dia mula senyum...

Hakimi : " kau tak bersuara dari tadi... kenapa diam?"
Aku : "Dah kau tak kasi cakap tadi.. kalau aku cakap kau nak sumbat kasut kau dalam mulut aku...tak nak lah... kesian mulut aku..."

Dia gelak dengan kuat. Aihhh, tadi kau nangis, ni kau gelak macam orang senget. 

Hakimi : "Kau ni memang lurus eh?...Comel...tapi lembap sikit la..." sempat perli... blushing. Nasib lah kulit aku ni gelap and memang suasana malam.. kalau tak nampak merah kot muka aku... haihhh.. melayang...... turun balik Arri... jangan over...

Hakimi : "Kalau sumbat ehem... ok tak?" hakimi pandang tepat pada mata aku...

?????

Blur.... 

Aku : "Sumbat apa? Tak paham".. garu kepala yang tak gatal...
Hakimi : "Sah kau memang lembap tahap cipan.."

Hahhhhh????? Aku tak paham... kenapa cipan? Kesian binatang tu... 

Suasana senyap kembali.. hanya dengar bunyi radio didalam kereta Hakimi. 
Aku : "Hakimi....."
Hakimi : "Yap.."
Aku : "Kau ego.. kau tak pernah pikir orang lain sekeliling kau..papa kau nak kau bahagia... tapi kau? Kau bawa kecewa kau makin melarat. Kau lupa orang keliling yang sayang kau. Yang lebih penting dalam hidup kau.."

Dia pandang aku... tak kelip... aku takut. Aku alih pandangan aku....

Hakimi : "Ego ke aku untuk salahkan diri aku? Mungkin aku tak layak untuk mencintai orang..."...

Aku tak paham sangat apa yang dia cakap.....

Aku : "Jangan pernah salahkan diri kau. Semua tu ujian. Itu semua dugaan dari Allah.. DIA hanya uji hamba yang DIA sayang. Kau kena ingat tu.."

Dia tunduk............
Jalan ke arah pantai... aku hanya lihat...

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!!"

tiba-tiba....

Dah kenapa mamat ni. Gila ke apa menjerit kat sini. Aku pandang sekeliling... ok, malu...eh, aku pun pernah jerit juga kat tempat awam..... paku dulang, paku serpih...kata orang, Arri yang lebih.... Over kau ni Arri.... Hahahahahaha

(Music ends...)

Hakimi : "Jom minum....kau belanja ok?"

Aikk... kau loaded kot, nak suruh aku belanja... ok fine!!

Aku : "Baiklah bos....."

Restoran Aliff... di BBU.... 

Hakimi : "Aku selalu lepak sini..."
Aku : "Dengan BF ko ke?" saje nak duga...
Hakimi : "Aku dengan Faris tak ada apa-apa lah beb.... Hahahaha. Lagipun dia yang tergila-gila nak aku...last-last dia main dengan kawan aku jugak.. bodoh budak tu..."

Aku hanya melopong...sah hidup PLU... 

Aku : "Oh tu yang sampai lari London... frust la tu..." aku cuba nak korek sikit-sikit hidup dia.... 

Dia tunduk.........lama...ok, aku rasa dia masih sayangkan Faris kot. Aku tak patut cakap macam tu. Rasa nak tampar je pipi aku sekarang. Apa kau dah buat Arri!! Dia dah baik-baik happy, kau cari nahas ni... 

Tiba-tiba...............(asyik tiba-tiba je kan)

Satu simbahan air sejuk tepat ke muka aku..mak aihhh... basah..... air milo.. emmm, sempat jilat bibir.... 

Faris : "Kau memang sial. Kau tak pernah nak cermin diri kau ke haaa??? Dasar PLU murahan..."

Aku ketap gigi.... geram yang teramat. Sabar Arri... depan orang.. malu nanti... Entah mana wujud dia ni... ada sahaja. Tak boleh tengok orang senang sikit ke?

Hakimi : "Hoiiiii!! Kau dah kenapa? Kau better blah, sebelum aku terajang kau... kau pun sama" sambil tuding jari ke arah sorang lagi lelaki, mungkin kawan Faris.... Entah! 

Aku bangun, nak ke toilet...Faris tarik tangan aku , kasar... 

Aku : "Apa ni??" darah aku dah tahap mendidih.... tepis dengan kuat... sure sakit tangan kau tu pukimak.. 
Faris : "Aku belum settle dengan kau.. kau tunggu..."
Hakimi : "Dah. Aku muak dengan drama kau... and lagi satu. Kau jangan nak kacau dia.."..
Faris : "Kenapa? Dia bersama kau sekarang?"
Hakimi : "Ya... dia now bersama dengan aku..."

Aku tak mampu berdiri lama.. segera berlari ke toilet.... Cuba untuk tahan rasa sakit dada... kenapa? Apa yang aku dengar tadi tu hanya mimpi....cuba untuk lupakan. Tak boleh, aku sekarang di situasi ini... Izzu!! Kau kejam... kau tinggalkan aku malam tu, tanpa patah balik atau satu pun penjelasan..... kenapa aku perlu sebut nama dia, kenapa perlu ingat dia..ya, dia lah punca buat aku fobia dengan 'cinta'.......

Tarik nafas... tahan... lepas.. keluar toilet.....senyum. Ini semua hanyalah satu bahan gurauan si Kimi mangkuk tu.
Yap...... Kelibat Kimi ada di pintu kereta...  Aku segera berjalan... terus masuk kereta... Dalam kereta hanya diam.........

Sampai di condo.... Hakimi pegang tangan aku.. aku tepis.... tapi dia lebih kasar.... pandangan dia sangat garang...aku tunduk, takut untuk lawan balik.. kenapa aku macam ni depan dia..

Dia makin hampir.. hampir.... dekat.... dan... bibir dia cuba untuk menggapai bibir aku. Aku alih...tangan dia pegang pipi aku. Kemas dan kuat. Kini bibir aku bersatu dengan bibir dia.... lama..... aku mula merelakan...hilang bayangan Izzu.. semakin rakus ciuman dia... bergalih ke leher, seperti melayang... aku mula sedar..tolak dia dengan kuat... keluar dari pintu kereta...

Hakimi : "Arri!!"

(Music: A thousand years part 2, Christina Perri ft Steve Kazee)

Aku berhenti.. kaki tak nak bergerak... Dia keluar dari kereta. Menghampiri aku..

Aku : "Jangan dekat..!"
Hakimi : "Tak, aku janji... aku hanya nak kau pandang aku sekali..."

Aku teragak-agak...

Hakimi : "Arri .. please...."

Aku pandang.... tenang hati...indah pandangan dia.... Ya, aku mula memandang dia dari hati... tak! Tak semudah ini..

Hakimi : "Aku.... aku.. cintakan kau..."

Cis...mudahnya....

Hakimi : "Arri aku betul-betul tak tahu Arri... kau bantu aku. kau perlu......" ada kedengaran getaran dari suara tu... seperti sebak... sayu... sungguh, mengalir air mata... bahagia, takut, sedih.. silih berganti... tak terkata...

(Music Pause...)

Jimmy : "Arri tolong aku!".. terkejut....

Aku toleh sambil lap air mata aku dengan baju, kelibat Jimmy cuba untuk keluarkan Azwan.. Azwan seperti dalam keadaan mabuk...

'bila masa pulak si Azwan ni belajar minum? Setahu aku tak pernah dia minum.. sure si Jimmy ni ajar...tak lain tak bukan'..

Jimmy memang dikenali sebagai 'social person'.......kecik je mata aku pandang Jimmy... sumpah geram... apa aku nak jawab dengan Mak Ju (mak Azwan)... kalau dia tahu perkara mesti dia sedih..anak dia dah pandai minum minuman setan... geram gila dengan Jimmy... Aku cuba untuk memapah.. bau tengik....erghhhhhhhh

Hakimi : "Awak tepi...biar saya tolong.."

Hakimi tolak aku ringan... aku terpanar... emmm. Awak???

Hakimi : "Awak naik atas dulu buka pintu...." Aku mengangguk....

Selesai memapah Jimmy. Dah terlentang atas katil . Siap kau Jimmy! Pandangan geram aku pada Jimmy.. dia buat muka tak bersalah...

(Music continue...)

Hakimi : "Saya balik dulu..."

Aku angguk....

Dia cuba pegang tangan aku... aku biarkan... cium pipi aku... aku segera elak..

Aku : "Malu lah kalau Jimmy nampak..hishhh!" ketap gigi. Geram.... 
Hakimi : "Eleh. Peduli pula saya... hahahaha" kau gelak lah....

Selepas mandi dan solat isyak.... Yelah dah mandi air milo tadi kan...

Ada message..

'Awak...saya bahagia' 3.01 a.m..
from : Tuan Hakimi (Monster)

Aku senyum.... Balas

'Saya pun....'
Sent....

'saya dah gila...gila kan Arriansyah!' 3.05 am
from : Tuan Hakimi (Mosnter)

Malas layan......hahaha, dia comel.

Mata pejam...wajah Hakimi muncul... segera buka image dalam phone. Ada gambar dia... dia sempurna..................

(Music ends..)

Kebiasaannya hari minggu aku bangun lewat. Pukul 12 tengahari baru celik.. tapi pagi ni aku terjaga awal. Suara Azwan dan Jimmy memekak menyebabkan aku perlu keluar.. bergaduh ke budak dua ekor ni... buka pintu bilik.....

Azwan : "I selama ni percaya yang U dah berubah Jimmy... that's why I ready untuk bersama dengan U.. I tahu perangai U dulu yang suka scandal sana-sini... I bagi masa untuk U berubah... U gunakan kesempatan yang I percaya U sekarang ni,.... Kalau Nabil tak bagitahu pasal U, I sentiasa ditipu.. how come Jimmy.. U buat I macam ni..." keras suara Azwan. Nampak kesedihan di wajah dia. Aku tahu yang Azwan amat menyayangi Jimmy.. pernah aku lihat gambar-gambar Jimmy di laci meja belajar dia... 

Aku pandang Jimmy... ya, aku kenal kawan aku yang sorang ni...hidup dia seperti PLU yang lain. Tak pernah cukup sorang. Dulu aku agak geram, mana tak nya.... Berapa ramai lelaki di kolej tu dia bawak masuk bilik... manja-manja... last-last dia suruh aku keluar kejap.. nak memantat lah tu. Bodoh! Puas aku tegur... makannya aku yang kena balik. Katanya aku ni tak laku, cemburu yang dia mampu dapat ramai lelaki dengan mudah.. ya, aku sedar yang tu.. tapi janganlah terlalu murah.... 

Agaknya kerana ni yang membuatkan Azwan mengambil tindakan drastik sampai mabuk pagi tadi... Bodoh tahap babi juga Azwan ni... frust pun jangan sampai gitu. See, aku tak baik. And aku pun pernah lakukan kesilapan waktu kecewa dengan Izzu. Dan aku tak nak ia berlaku pada kawan aku juga, opppsss... sedara ok!.. susah nak telan, tapi kita perlu telan supaya ia tidak menjadi rumit lagi. Perhaps. 

Jimmy : "I dah cakap, yang I tak ada apa-apa dengan Farook tu. I just jumpa dia as friend, lagipun itu semua benda lepas, I jumpa dia untuk berbincang perkara tu..." aku cuba perhatikan mata Jimmy... mencari kejujuran dari mata dia. Walaupun dia kawan aku, tapi aku perlu pertahankan kebenaran. Dan Azwan perlu tahu perkara sebenar. Jangan main hentam. Mungkin tu cara aku. lebih suka mencari kebenaran... mungkin pahit sementara.. tapi lama-lama kita mampu terima kan... 

Azwan memegang kepalanya dengan kedua belah tangan.. mungkin terlalu tertekan atau mungkin cuba menerima ia sebagai kebenaran... apa yang sebenarnya berlaku? Farook tu tak silap ex-BF Jimmy, dah lama kot diorang putus. Kata Jimmy, Farook jumpa someone better than him... Nabil tak silap aku BF Farook lepas Jimmy....

Aku : "Wan..kau perlu bertenang... apa kata kau tanya Farook sendiri.. tanya Nabil juga apa yang betul... kau tak boleh ambil jalan mudah untuk terus menuduh..."
Azwan : "Kau diam Arri... kau patut diam.. kau pun sama!" bentak dia.... 

Dia keluar dari rumah tu. Hempas pintu. Nampak yang dia betul-betul marah dan tertekan.  Aku hanya mampu telan air liur. Ya, aku mudah mengalah kalau diherdik. Dari dulu kot.... Lebih baik diam dari melawan...

Jimmy : "Kau tak patut masuk campur hal kami Arri... kau tu siapa nak nasihatkan dia.... Aku dengar kau ada hati kat Azwan kan? Kau berani nak rampas dia, kau tunggu nasib kau. Kau cermin diri kau, kau tu dulu dibuang dengan laki sendiri. Eh, kalau aku malu lah..." dia juga keluar dari rumah tu...

Aku hanya mampu melopong. Garu kepala. Kalau ikut hati yang sakit..memang aku hentak je kerusi kat kepala Jimmy tu.. aku memang sentiasa sedar diri. Tapi jangan terlalu menghina aku la sial... tapi aku harus sabar. Mereka berdua dalam keadaan tak tenang. Jangan simbah minyak pada api. 

Selepas mandi aku segera buka latop.. buat kerja yang berbaki.. esok dah nak gerak ke KL. Ayah aku cakap nak ambil. Dah lama tak jalan dengan parents aku. Rindu. Tapi apa yang aku bangga dengan mereka,mereka berdua tu still nampak muda dari usia mereka... ya, mungkin pergaulan mereka atau cara
mereka sendiri, dress-up.. aku lebih selesa dengan cara mereka. Dan yang penting, parents aku besarkan aku dengan cara lebih dewasa dari umur aku.. macam kawan dengan kawan.. itu yang membuat aku lebih manja dengan mereka. Maklum, anak sorang kan..

(Slow Music: A thousand years part 2, Christina Perri ft Steve Kazee)

Buka FB.. Eh, aku tak pernah ada pun FB Hakimi. Kejap, malam tadi.. apa yang berlaku tu betul-betul terjadi ke? Buka inbox phone... message Hakimi.. ya, betul... ia berlaku. Senyum sorang-sorang... tapi pagi ni tak ada pula message atau call dari dia. Emmm...dia main-mainkan aku ke? Cuba tolak pikiran negative tu. Ya, hati aku mula terima dia.. aku pandang dia dari hati aku. bukan sebab dia indah di mata. (sangat handsome weh dia..terlampau, menggila, yang amat, semuanya lah!) tapi sifat dia yang beza dari lelaki lain yang membuat aku tergugat. Dia sempurna. Tapi aku perlu sentiasa sedar diri kan... tak apa lah... sampai bila aku nak hidup dengan bayang-bayang Izzu... tak kan ke mana Arri!

Tuan Hakimi (Monster) Calling.....
(uisshh, dia tahu ke aku rindu dia. Mesti dia ni memang psycho kan. Hahaha)

Hakimi : "Ehem....."

Aku diam.... Malu nak menjawab...

Hakimi : "Awak dah bangun ke?"
Aku : "Kalau belum sure tak jawab call awak ni.." belagak biasa.. walaupun dia tak berada di depan aku tapi jantung aku sumpah pam dengan laju.... 
Hakimi : "awak terlupa sesuatu....?"

Aku terlupa sesuatu? Haaa? Tak paham.....

Hakimi : "Mesti awak tengah melopong kan... comel la awak buat muka macam tu. Muka jujur. Saya suka...kalau depan saya sure saya dah cubit-cubit pipi awak...."

Blushing..... tak payah nak pakai blusher... memang dah cukup merah pipi aku. haa? Tak nampak?? Ok fine, memang aku dilahirkan berkulit gelap. Ok,ok fine!

Aku : "Saya tak paham..."
Hakimi : "Kalau saya cakap gambar awak dengan seorang lelaki ada pada saya sekarang... awak nak cakap apa?"....

Gelabah. Wallet aku! ok fuck.... Serabut meraba seluar yang aku guna semalam. Ok, sure tertinggal. Itulah padahnya guna wallet yang panjang tu... aduiiii..... Aku just mampu diam. Takut untuk menjawab apa-apa....

Hakimi : "20 minit pastikan awak dah ada kat bawah... saya ambil awak..."
Aku : "Haaa??? Awak....... Maaf, saya tak boleh keluar dengan awak hari ni.." gugup.... gagap.. semua ada...
Hakimi : "Kenapa? Nak saya sebut arahan ke kat awak?" lembut suara dia... ya, dia tidak sekasar dulu.... 
Aku : "Awak.. saya dah janji dengan parents saya nak keluar dengan diorang hari ni... sorry... dah lama tak keluar dengan diorang. Saya rindu pulak." Tak bersuara simpati. Tapi aku jujur... ya, aku lebih suka dengan kejujuran. Dengan kejujuran kita mampu lihat bagaimana orang lain menerima kita.... 

Hakimi : "Wahhhhhh! Ok, kalau gitu, awak siap-siap...20 minit saya tunggu awak, kita keluar terus"...

Aku melopong lagi........ 

Hakimi : "Kita keluar sama...nak juga kenal parents my baby ni...boleh kan? Ke nak buat alasan yang baru.."

Aku melopong lebih besar. Garu kepala....

Aku : "Suka hati..... saya nak siap-siap dulu.."
Hakimi : "tengok tu. Tak ikhlas!"
Aku : "Laa...... dah dia bagi kita masa 20 minit siap-siap."
Hakimi : "Ahahahahahahahahahaha, awak ni memang sentiasa peka dengan apa yang saya cakap kan, couple yang soleh. Bagus,bagus!"

Couple?? Dia dah anggap aku couple dia ke??????????????????? 

Malas nak layan.... segera siap-siap.

(Music ends)

20 minit kemudian... ok, tepat 20 minit dia dah sampai. Naik kereta Saga FLX... Aikkk? Oh, mungkin hari ni dia tak nak tunjuk loaded dia.. atau mungkin dia nak perli..yelah, jalan dengan budak kampung macam aku.... peduli pulak aku pasal kereta kan... 

(Background Music: First time ever I saw your face – Celine Dion)

Naik kereta....

Hakimi : "Lawa tak kereta ni..." sambil sengih...

Aku pandang dia, tak paham..... Emmm.... Ok, aku tak boleh pandang lama-lama..telan air liur je.. aishh, ok, dia just pakai singlet sendat, mampat.. sardin... aduii, menilai kejap, emm, toleh sikit Arri... ok dapat.. mak aihhh... body, tuff sial..... phewww.... bonjol dia.. fuhhhh...... before ni tak menilai sangat kot. Aishhh, korang bayangkan je lah Dez Duron tu... sebiji sejiban.... cuma rambut je warna hitam...
Hakimi : "Ehem....." nampak dia gugup... "jangan pandang saya macam tu... saya segan".... Dia perli ke? Puiiii.... Tapi nampak dia sendiri macam gugup. Tak kan lah...... petik jari sure dia dapat 100 orang lebih baik daripada aku... tak kan dengan aku dah gugup.. hipokrit la tu... puiiii....

Hakimi hulur wallet aku... aku hampir lupa.... 

Hakimi : "Saya tak nak tanya siapa dia dalam wallet tu, malah saya tak nak paksa untuk awak cerita. Saya percaya awak sepenuhnya.. dan saya harap awak tak kan pernah khianati kepercayaan saya..." tegas....

Dia toleh sekejap kat aku... aku balas pandangan dia... Ya Allah... sungguh aku pandang dia dari hati... tak mampu untuk bersuara..... dia pegangg tangan aku. kuat genggaman dia... aku balas genggaman dia... itu sahaja yang aku mampu beri. Sekurangnya dia mampu rasa keikhlasan aku.

Hakimi : "Awak, kita nak pergi mana??"
Aku : "Parents saya tunggu kat Jusco Bukit Indah...saya lupa nak cakap"
Hakimi : "Eh budak ni, dah nak kena patah balik".... genggaman tangan dia makin kuat. Ya, aku dah jatuh sepenuhnya untuk dia...

......................

Mak (mak aku lah oiii) : "Arri, lewat betol. Naik berjanggut mak tunggu..." sambil pandang ke arah Hakimi.. "Arri, siapa ni?".. sambung mak aku... 
Hakimi : "Zafrul Hakimi, rakan kerja dia... kawan sedara dia juga..." ahahahaha, dia gugup... comel sial.
Mak : "Oh, kawan Azwan... ok,ok...ala, jangan segan-segan kot dengan aunty.... Chill la.." aha, itu mak aku.. memang macam akak-akak je gayanya...
Aku : "Errrrr... ni bos Arri mak... sebenarnya lah... Arri kerja bawah dia.." aku lebih suka jujur... 
Mak : "Laaaa..... bos Arri rupanya..." 
Aku : "Mak.. ayah mana?"
Mak : "Kat Padini tadi.... Dia tengok baju-baju kat sana...mak tengok-tengok kat kedai Brands Outlet, lawa scarf dia...." erghhh.aku cakap je aku budak kampung, tapi emmmm, tak perlu kot nak cerita havoc sangat kita macam mana kan.. hehehehe.. tengok parents aku la...
Hakimi : "Wah rugged gila uncle... ni yang syok layan.. boleh join shopping sekali ni..." sambil kenyit mata kat aku.. what the?? Depan mak aku..nak kene seligi ni...

.....................
Seharian berjalan dengan parents aku.. and of course dengan Mr. Handsome aku ni... Malam tu kami lepak di Anis Sup Utara kat Bazar Karat..tempat favourite parents aku.. and Hakimi juga..aku tak pernah sangka yang Hakimi selesa tempat begini....aku tabik orang macam dia. Walaupun loaded tapi mampu selesakan diri di mana-mana saje...and aku sangat happy bila dia mampu biasakan diri dengan parents aku... dia cepat mesra dengan orang.. beza kot yang aku kenal dia dulu. Sangat beza.. tapi aku nampak yang dia ikhlas.... 

Ayah : "So, esok korang berdua dah bertolak ke KL lah?"
Hakimi : "Yap... banyak yang perlu saya settlekan uncle.... nasib ada Arri, kalau tak tonggang tebalik kerja yang saya buat...."

Puiiii.... Semua kerja aku yang settlekan kot... kau? Bawa diri je nanti.... Grrrrrrr.........

Ayah : "Uncle sangat manjakan Arri ni Kimi, kalau boleh nak sentiasa ada depan mata uncle. Rasa macam kecik je budak ni lagi. Padahal dah 24 tahun pun umur dia...." Terharu dengan apa yang ayah aku kata....rasa sebak pun ada... Ya, ayah dan mak aku lah yang paling penting dalam dunia ni.... 

Hakimi : "Patutlah manja je uncle... ada dulu kena marah dengan saya, menangis..." dia pandang aku...

Aku siku rusuk dia. Geram. 

Aku : "Mana ada ayah.. ni tipu je ni... over eh nak fitnah"....parents aku tergelak termasuk Hakimi...

Kecik je mata aku pandang si Kimi ni.... Hahaha. Tapi aku cukup bahagia... 

Hakimi : "Haha.. tak apa uncle, dia sangat baik di tempat kerja saya..."
Mak : "Habis, awak pergi kerja si Azwan tu hantar ke Arri ?"

Belum sempat jawab............ 

Hakimi : "Arri tak bagi tahu yang dia dah ada kereta ke?"

Kereta???????????????? Bila masa???? Aku belum terpikir nak beli la... tak beragak mamat ni nak fitnah...

Ayah : "Bila masa awak ada kereta Arri?" nampak wajah tanda tanya dari mak ayah aku...

Belum sempat lagi jawab..... aku nampak macam bodoh depan mak bapak aku...

Hakimi : "Laaahh.... Kereta saga tu dia punya lah...." 

Aku melopong.. bukan aku je, mak ayah aku sekali melopong.....

Blur.....................

Dalam perjalanan menuju ke parking kereta... biasa, memang aku suka parking kat depan kuil singh... depan Galleria.... berjalan sikit.. tapi senang nak dapat parking...

Aku : "Bila masa pula saya ada kereta? Awak tak payah nak main-mainkan mak ayah saya macam tu lah... saya tak suka".. aku cuba bersuara kasar.. Ya, aku memang tak suka dan aku jujur... 
Hakimi : "Laaa...bila masa pula saya main-mainkan parents awak. Saya cakap betul la tu... kereta ni kereta awak...ok, now drive, hantar saya balik..."

Segera dia duduk di kerusi penumpang sebelah pemandu...

Aku : "FUCK!.."
Hakimi : "Haaa? Apa? Awak nak saya fuck awak ke? Ok je... hehehehehe" sengihan kurang ajar namanya tu...

Aku mula start enjin. Malas nak menjawab soalan bangang tu. (sebenarnya aku malu. Mati kau Arri!)

Aku : "Saya tak paham.." cuba tukar topik.. tegas sikit suara... 
Hakimi : "Saya bagi kereta ni untuk awak... kawan saya memang ada buka kedai kereta, cash ok saya beli.. Ok lah, murah-murah je bagi awak... mahal-mahal nanti awak bawak laki lain pula duduk dalam kereta tu.."
Aku : "Awak boleh tak jangan buat macam ni???" aku mula tinggi suara... tangan dia yang meraba peha aku dari tadi segera alih... 
Hakimi : "Kenapa? Nak pegang pun tak boleh?"
Aku : "Itu satu hal... kalau saya memandu tangan duduk diam. And saya tak suka awak buat saya macam ni.. yelah, beli kereta untuk saya bagai. Saya tak nak! Tak perlu lah nak bagi-bagi macam ni...please.."

Dia diam....tegang muka dia....

Hakimi : "Jadi kau tak suka lah aku nak bagi apa yang aku rasa patut untuk kau?"
Aku : "Satu perkara yang awak perlu tahu.. dan perlu paham! Jangan bagi kemewahan sebagai tunjuk rasa sayang awak pada orang. Silap! Mereka akan gunakan awak. Cinta tak boleh dibeli dengan kemewahan. Ia hanya perlukan hati!" aku kena keras, sebab aku tak suka..dan amat tak suka....

Diam...aku berhenti di tepi jalan depan Hospital Sultanah Aminah.. menghadap laut.. cuba untuk tenangkan perasaan... geram, dan amat geram....

Hakimi : "Maaf..." dia cuba tarik tangan aku...

Tepis... kuat..... aku perlu tunjuk ego aku... dia tak boleh selamanya ego... Aku nampak mata dia mula basah.... Tergamam....

Hakimi : "Awak...... saya mintak maaf.." 

Apa kau buat Arri...? Cuba untuk menarik lengan dia.... dia relakan..... kepala dia, dia sandar pada bahu aku.... cuba untuk tenangkan perasaan dia....lama menyepi...tak nak bersuara...

Hakimi : "Saya hanya nak awak senang ke tempat kerja.."
Aku : "Awak, selama saya kerja dengan awak, pernah ke saya datang lewat?" aku pandang tepat ke arah mata dia...
Hakimi : "Pandai eh menjawab..." dia cuit dagu aku...

Dia mula tenang....

Hakimi : "Ok, kita buat perjanjian... awak akan bayar kereta ni bulanan pada saya, saya akan tukar nama awak.. tapi satu je saya mintak.." 

Aku mengangguk..... 

Hakimi : "Jangan naik kereta dengan Azwan... saya tak nak awak naik kereta dengan dia. Saya cemburu lah awak"......

Macam budak-budak.....

Aku : "Itu je puncanya??? Macam-macam... kalau nak tahu, saya memang tak naik kereta dengan dia pun... saya naik cab je... lagipun dia kena hantar BF dia kan pergi kerja"...

Oh ya, bercakap pasal dia, apa lah cerita mamat dua ekor tu.... Ok ke tak... 

Hakimi : "Kan susah tu.... terpaksa naik cab, dah ada kereta kan senang! Tengok... Hubby awak ni prihatin tau..!" ewww..... hubby?? Hahaha.. comel sial dia ni... ok fine..

Hakimi : "Awak balik rumah saya je lah. Esok kan dah nak gerak pergi KL... esok tak payah pergi kerja awal tu.." ada sengihan yang korang paham-paham jelah....

Errghhhhhh.... tak berani oi nak balik rumah dia. Means kalau tidur rumah dia, aku tidur bilik dia.. erm, tidur atas katil dia.. ok, tak mampu aku nak kawal nanti...

Aku : "Eh, tak boleh.... Saya belum kemas satu pun barang saya wak...kena balik juga malam ni... sorry ok!" alasan.. terbaik lah Arri kau punya alasan. Perlu doe jual mahal gini... aku kan hot. Kau ada??? Hahahaha
                    
Sesudah hantar Hakimi balik. Aku segera ke rumah aku. rumah dia, bapak gila besar! Fuhhhh.... Tu hidup berdua dalam tu... membazir kot... banglo di Straits View.. memang gedabak kot... 

Buka pintu... sunyi, eh, tak kunci... tapi asal senyap... buka pintu bilik...tiba-tiba Azwan muncul. 

Azwan : "Kau dari mana??" rapat dengan aku.. mula undur... kenapa pula mamat ni...
Aku : "Aku baru balik dari jumpa Kimi.."
Azwan : "Dah ada balak sekarang..?" perlahan, tapi dalam nada perli...

Aku diam, nak masuk bilik... dia tarik... kasar... cengkam muka aku dan bibir dia menggapai bibir aku... cuba mengelak, dia lebih tangkas.... Maklum, dia presiden silat di kolej aku dulu...

Aku : "Wan, kau buat apa ni?" aku cuba untuk melawan... 

Tangan dan kaki dia kunci segala anggota aku... now, seperti aksi rogol...ni bukan cobaan, ini betul-betul! Rentap baju kemeja aku.. tertanggal butang... ciuman dia sangat kasar... bibir, pipi silih berganti... dia menindih badan aku... meramas badan aku.... masih melawan.... pusingkan badan aku ke belakang...

'Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu'.. nafas aku sudah tersekat... ya, aku semput, asma.... Oksigen kurang... dia buka seluar aku dengan kasar...aku masih melawan...dan, ya aku tumpas untuk terus melawan.. sumpah! Aku seperti tidak bernafas.... Seluar aku terlondeh sedikit... 

Aku : "Wan.... bawak mengucap wan...." air mata aku tak boleh tahan mengalir.... Gelap...... tiada udara...

Pegangan dia mula longgar.... dia lepaskan aku... aku berlari ke bilik aku, kunci... bilik air.... cuci muka.... keluar. Buka tingkap. Ambil udara... tarik nafas dalam-dalam.walaupun semput aku mula teruk..aku cuba untuk kawal...

Azwan : "Arri, buka pintu ni... aku nak mintak maaf... aku tak sengaja! Arri.... Please!" rintihan dia...

Aku takut.... 

Aku : "Kau jangan ganggu aku Wan..."

Dia buka pintu bilik aku, guna kunci dia... babi!

Azwan : "Arri, maafkan aku, aku tak sengaja.. aku buntu...." Dia cuba menghampiri aku...

Aku menahan....tak bersuara, masih lagi dalam proses baik pulih semput aku.. 

Azwan : "Arri please..."
Aku : "Aau diam kejap boleh tak!" bentak aku....

Diam.... Aku duduk di birai katil, dia berdiri di pintu.... pandang aku..

Aku : "Ok now, explain...." Itu aku.. ya, setiap perilaku mesti bersebab...
Azwan : "Arri, aku mintak maaf, aku tak sengaja. Tak ada niat pun aku nak buat sesuatu yang teruk kat kau Arri.. Sumpah! Aku tadi tak waras.."

Kadang-kadang, bila kita cukup tertekan, kita akan bertindak seperti orang tak waras. Perhaps...

Azwan : "Arri, jangan diam.. hukum aku Arri..."

Aku tarik nafas. Dalam. Alhamdulillah dah ok..

Aku : "Kenapa Wan, kau ada masalah ye dengan Jimmy?" aku bersuara simpati... mula untuk tenangkan hati aku.... 

Azwan mengangguk lemah. Tak bermaya aku tengok dia.. tertekan yang amat... 

Aku : "Cerita kat aku wan..."
Azwan : "Nabil bagi aku rakaman video sex Jimmy dengan Farook... Arri, kau tahu yang aku terlalu cintakan Jimmy... kenapa dia sanggup buat aku macam ni.."
Aku : "Kau dah selidik belum..?"
Azwan : "Apa yang aku nak selidik, bukti dah ada depan mata! Entah sekarang dia tengah berfoya-foya dengan si Farook babi tu..." kasar...

Aku tarik tangan dia.... menghadap dia...

Aku : "Aku tak kenal Azwan yang ni.. selama aku kenal Azwan, dia amat kuat.. Eh, aku nak Azwan yang dulu... yang kuat, yang sangat bijak bertindak! Mana dia....kau sembunyi kan eh?"

Aku cuba untuk bergurau. Dalam pada masa yang sama aku nak dia tenang dulu...

Azwan : "Arri, aku betul-betul ni... kau buat main-main pulak!" nampak senyuman dia... ya, dia kembali tenang...
Aku : "Dah call Jimmy"
Azwan : "Dia tak jawab"
Aku : "Dah la tu, buruk lah lelaki menangis. Aku kenal Jimmy, dia tak lah sejahat mana, (errrrrrrrr mungkin lah kan, konon nak bagi dia tenang)... kau perlu selidik Wan...kau berhak tahu kebenaran dahulu sebelum menghukum...."

Tiba-tiba dia peluk aku...mula-mula aku nak tolak.tapi aku pikir positif... biarlah.. bagi ketenangan pada dia....

Balas pelukan dia...

Tiba-tiba lagi.. Jimmy masuk ke dalam bilik aku... 

Jimmy : "Memang aku dah agak kau Arri.. kau teruk! Sanggup kau buat aku macam ni.. eh, kau tak beragak ke apa...Wan ni BF aku sekarang... ! kau memang sial..."

Dia tarik rambut aku... cuba untuk tumbuk aku, tapi aku tepis dengan kasar... berang..dia segera ke dapur...... ambil pisau...

Jimmy : "Kau lebih baik bunuh aku Arri... dari kau sengaja tak nak tengok kebahagiaan orang"... 
Aku : "Astaghfirullah, Jimmy, ingat Allah Jimmy.. apa kau ni... cuba bertenang!"
Azwan tangkas. Pisau dia rentap dari tangan Jimmy.. dan terpelanting.. dan zappppp.. kena tangan aku... Sakit. Darah. Ok, aku mabuk darah. Gelap.

.................... 

Sedar....

Suara Hakimi kedengaran.. aku mimpi ke?

Hakimi : "Awak ok tak??"

Aku buka mata perlahan... masih di ruang tamu rumah Azwan... tangan dah pun berbalut.. 

Jimmy : "Aku mintak maaf Arri.. aku tak sengaja..aku cuma nak acah je"

Azwan diam.... duduk sebelah Jimmy... ya, mungkin mereka dah berbaik... dan kenapa Hakimi ada sini??

Aku : "Bila awak sampai?"..
Azwan : "Tadi time kau pengsan.. aku call Hakimi... tak nak keruhkan keadaan..."

Hakimi pandang aku.. dia hanya bagi senyuman.. tenang sungguh hati aku... 

Azwan : "Aku mintak maaf... apa yang berlaku kat Arri hari ni, semua salah aku.." katanya pada Hakimi,

Hakimi tak pandang dia... mata dia tak lepas pandang aku.... mungkin cara dia untuk bertenang juga....

Jimmy : "Dan juga aku!" Jimmy menyampuk... "Arri, maafkan aku.. kau kawan aku paling baik Ri... aku bersalah buat kau macam ni"
Aku : "Dah lah.. kau berdua.. kang aku seligi sorang-sorang... aku ok kan...please guys, please...cuba cari penyelesaian jika ada masalah.. bukan dengan gaduh gini..."

Aku cuba bagi nasihat... walaupun kepala masih berat...

Azwan : "Ya, esok aku berbincang dengan Farook. Tanya Nabil perkara yang sebenar.."
Jimmy : "Kau sendiri tahu kan yang aku dengan Farook, dah lama putus Ri. Aku tak sangka yang dia simpan rakaman aku dengan dia... aku malu Arri... Nabil sekarang couple dengan Farook... sebab Farook nak kahwin, si Nabil ugut dia nak sebarkan video aku.. aku sendiri tertekan Ri..." dia menangis...

Aku segera bangun.. duduk di sebelah Jimmy... peluk dirinya...

Aku : "Sabar..... sabar ok!" cuba untuk tenang kan dia... Azwan pegang tangan Jimmy... nampak keikhlasan dia mencintai Jimmy.... Entah lah!

(Slow music : A gritos de esperanza – Alex Ubago)

Di dalam bilik aku....

Hakimi : "Awak memang kena pindah rumah saya..saya tak nak awak duduk dengan orang-orang gila ni..."

Aku tampar perlahan pipi dia....

Aku : "Awak.. mereka tu kawan saya tahu tak" belum habis cakap...

Terus dia cium bibir aku...aku tolak, tapi dia kemas mendakap aku, aku
relakan... lama................................. Kalau boleh aku tak nak lepas.. hembusan nafas dia sangat menggoda nafsu aku....

Hakimi : "Saya nak bawa awak juga. Tak kira apa pun alasan awak.." bisiknya di telinga aku...
Aku : "Bagi saya seminggu, balik dari KL saya akan uruskan semua barang saya ok?" itu sahaja yang mampu aku jawab... tak nak buat keadaan semakin sukar... dakapan dia makin erat, aku baring atas dada dia.... tenangnya hati aku..... 

....................

Entah pukul berapa aku terlelap.. yang pasti malam tadi, aku dah tak larat. Berat gila mata.... Tertidur dalam dakapan Hakimi... terjaga dari tidur dalam pukul 4 pagi, dia dah tak ada... Nazib, aku masih kemas berbaju... erghhhh, scary doe... hahahaha.. segera tengok phone aku...

-Awak, geram sangat saya tengok awak tidur...tak tahan lah. Last-last saya pilih balik jelah, lagi lama lagi tak tahan...hehehe, balutan tu esok pagi awak buka ye... beruntung ok dapat BF macam saya, pandai buat first aid... ingat nak buat CPR je tadi.. hehehe..awak!!! saya terlalu cintakan awak...- 2.34 a.m
from : Hakimi (Hubby)..

Eh??? Bila masa pula nama dia tukar jadi hubby????? Sure dia dah godek habis phone aku kan.. aku sambung tidur... indah kan hidup ni... aduhh sakit tangan aku.... hehehehe

(Music slowly stop)

Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Lepas subuh terus mandi, kemas baju untuk 4 hari. Packing barang-barang yang patut. Segala kertas kerja juga aku letak setempat, tertinggal satu mahu kena maki. Eh, sekarang dia still maki lagi ke? Perhaps. 

Pagi tu aku masak nasi goreng untuk buat sarapan. Sengaja masak lebih, yelah.. aku bukan stay sorang pun dalam rumah ni... masak sardine sekali.... Em, buat roti sardine...see, aku bukannya lelaki yang lembut ok. Haha. Perkara biasa apa lelaki memasak.. dah bagitahu kan, bapak aku terror gila masak. Sedap doe... aku belajar dari dia.

Azwan : "Emmmmmmmmmmm.. sedap siak bau..ni yang buat aku telan air liur... uiii, banyak kau masak".. tangan dia mencuit sedikit kuah sardine yang aku masak. Segera aku ketuk guna senduk.. 
Aku : "Guna sudu lah Wan... pengotor sangat tu." Sindir aku. Sesedap je nak guna tangan.. adab oii..
Jimmy : "Patutlah Hakimi sayang gila kat kau... bukan setakat kangkang terbaik ni..package sekali..."

Aku pandang Jimmy dengan pandangan kasar. Satu hari memang tak sah kalau tak bercakap lepas gitu. Sometimes rasa annoying. Tapi PLU memang cakap sentiasa lepas kan? Yang ni aku tak suka. Reti lah cover... adab oiii. Again.

Azwan : "Tangan kau ok Ri.." cuba untuk mengambil tangan aku... lembut pegangannya... aku tarik...tak nak dipandang oleh Jimmy...
Aku : "Apa lah kau ni Wan. Aku ni bukan lembik sangat pun. Haha tengok ni!" belagak seperti muscleman.. hahaha. Aku malas nak panjangkan cerita pasal semalam. Benda boleh settle kot. 

Calling Hakimi (Hubby)...

Aku : "Awak.."
Hakimi : "Sayang.. pagi sangat call." Suara seperti orang baru terjaga dari tidur. Mamai lagi kot.
Aku : "Sorry ganggu awak tidur. Kesian awak pasal semalam. Perkara kecik je pun si Wan boleh call awak pulak... and sorry juga semalam dah tertidur, berat gila kepala..." kalau boleh aku nak dia sentiasa ada depan mata aku. Ya, aku perlu pindah ke rumah dia. Rindu walaupun baru malam tadi jumpa. See..... 
Hakimi : "Awak cakap perkara kecik?? Kalau di buat nya Jimmy tu sodok pisau kat awak macam mana? Azwan tu pun satu, memang tak reti jaga BF sendiri..awak memang sengaja nak naikkan darah saya ke apa?" kasar suara dia....

What the??? Tapi kali ni aku tak mampu bersuara. Ada betulnya dia cakap. Nasib pasal si Azwan hampir nak ehem aku, aku tak cakap.... kalau tak memang amukan lah malam tadi. Syukur tiada apa yang berlaku. Tapi semalam dia nampak tenang. Cuma mata dia tak lepas pandang aku. Mungkin dia ambil aura ketenangan aku sebagai ketenangan dia juga. Ahaha. Tapi betul apa...

Hakimi : "Tangan dah ok, sayang... sorry kasar dengan awak... tapi apa yang saya buat semuanya sebab saya terlalu sayang awak... saya tak nak rasa kehilangan lagi wak. Terlalu sakit.." rintih dia...

Aku tak terpikir sampai begini jauh dia pikir. Kalau dia ada depan mata sekarang, aku akan peluk dia. Bagi ketenangan. Aku terlupa kisah dia dengan Lina... perempuan sial. Perempuan tu yang buat cinta hati aku sekarang seperti orang yang hilang arah dalam cinta.... Tapi kenapa aku perlu wujud dalam hidup Hakimi. Siapa aku kalau nak dibandingkan dengan Faris.. aku nak tahu. Tapi Hakimi ego... dia akan lepaskan kemarahan pada sesiapa... 

Aku : "Awak.... jangan terlalu pikir, saya ada untuk awak, dan akan sentiasa ada.. sekarang ni bangun... mandi, datang rumah saya awal. Saya dah masak breakfast. Nanti keluar tak payah berhenti mana-mana nak breakfast..." cuba untuk tenangkan perasaan dia.. 
Hakimi : "Awak masak?? Wah... bini yang soleh ni... ok, saya datang sekarang. Love u..."...

Tuttttt...tutttt...tuttttt

Eh, mamat ni... aku belum habis cakap dah matikan.... pedih-pedih je...

TENTANG KITA SEASON 1Where stories live. Discover now