Episod 3

113 2 3
                                    


(Music : One Direction – What makes you beautiful)

Hari pertama berkerja di Julung Sedia Sdn Bhd. Seawal 7.30 pagi mak aku dah hantar di depan bangunan City Square. Semangat, katanya! Bismillah.. Pagi tu aku just kenal dengan semua pekerja di department aku. Kira-kira ada lebih 20 orang, termasuk penyambut tetamu si cina kopek. Alahai, asal cina tu boleh jadi penyambut tetamu, macam tak bermaya aku tengok. Make-up dia, mak aihhh...dah boleh jadi pelakon opera... 

Halimah (nama kampung kan, secretary Tuan Hakimi, wajib panggil Tuan kata Limah) : "By the way, kalau U ada apa-apa problem segera tanya I ok? Tuan Hakimi sangat cerewet orangnya. Dulu PA dia perempuan, kalau kena maki tu perkara biasa I dengar, so U better watch out". 

Kau nak takutkan aku ke apa Limah? Aku just senyum sahaja. Tak tahu apa nasib aku pulak kan... yang penting, permulaan perkenalan aku dengan si Kimi tu agak sadis..

Aku : "Baiklah kak... apa-apa permasalahan saya akan rujuk akak. Apa je kerja yang biasa PA dulu buat before Tuan Hakimi masuk?"
Limah : "Kemas meja Tuan, lepas tu, susun jadual untuk hari ni, dan sangat detail ok segala meeting atau ada apa-apa urgent thing.. U lebih maklum perkara ni. U pun dah pernah praktikal kan before ni. Yang paling penting u perlu buat air untuk Tuan Hakimi pagi-pagi. Kat sini tak ada 'tea lady' ok."
Aku : "Kenapa dengan pekerja sebelum ni kak? Kenapa berhenti?" 
Limah : "I dengar-dengar Tuan Hakimi bertunang baru-baru ni, so, Dato Seri tukarkan PA lama ke department lain. Dan digantikan dengan PA lelaki. Maybe tunang dia tak kasi urusan Tuan Hakimi perempuan yang handle. U tau kan kerja PA. urusan luar Tuan Hakimi pun kena campur. Tunang dia tu baik dengan Dato Seri, maklum lah anak Tan Sri. Cantik. Model katakan." 

Nak tersembur aku.. tunang?? What the?? Bapak dia belum tahu anak dia si Kimi tu berkepit dengan jantan sebenarnya. Pedih-pedih je... Lantak! Bukan hidup aku. 

Limah : "Selamat pagi tuan". 

Eh?? Bila masa mamat ni masuk office, kelam kabut aku berlari ke pantry. Buat kopi atau te'o ye.. Alahai, aku lupa nak tanya Limah tu...tengok muka sure minat kopi, jamin punya lah. 

Ketuk pintu.

Hakimi : "Masuk!" (garang kot. Menggigil aku pegang cawan.)
Aku : "Jemput minum tuan." 

Dia pandang cawan then pandang aku sambil tunjuk jari dia dekat cawan tu. 

Hakimi : "Aku tak minum kopi, kau buat air selain kopi. Apa kau tak tanya Limah ke before nak buat air aku? Lembap ke apa?"

Melopong aku...terus ambil cawan, bancuh air te'o.. Ya Allah, permudahkanlah kerja aku.. Amin.

Aku : "Maaf tuan" sambil tunduk. 

Dia hirup. Belek kertas kerja... lama... pandang aku.. comel+handsome+hot melampau sial dia. Haishhh, serious, sure semua orang akan tersungkur bila pandang dia.... Arri please stop. 

Hakimi : "Kau dah tak ada kerja lain ke? Jadual untuk hari ni? Dah jadi bengap pulak???" 

Berlari cari Ipad yang diberi Limah (kegunaan kerja sahaja, katanya). Godek punya godek, alahai, mana aku tahu guna benda alah ni. Aku guna phone murah je, tak pernah aku pegang pad-pad bagai ni. 

Hakimi : "Apa lagi yang kau tunggu??" 

At last jumpa!

Aku : "Maaf tuan, kekok guna teknologi canggih ni. Maklum budak kampung. Hehe (Cuba untuk senyum, dalam hati sumpah aku benci kau) hari ni tuan ada jumpa dengan investor kita bersama Cik Lafysha (aku tak kenal). Errr... pukul 1.30 di Old town CS, lepas tu pukul 3, tuan ada discussion dengan Dato Murad pasal barang-barang overhead untuk stok-stok perabot baru. Err, itu sahaja untuk hari ni tuan. Ada apa-apa lagi tuan?" 
Hakimi : "Ada". (Dia berkata ringkas sambil memandang iphone dia. Budget ada phone canggih la tu) "kau beruntung bapak aku berminat sangat nak ambil kau kerja, kalau tak, tak hadap aku nak ambil kau. Setakat CGPA bagus tak guna. Tapi kualiti tak ada kan? (pedih sial).. dan lagi satu, kalau perkara ituari sampai ke pengetahuan sesiapa. Aku tahu nak kerjakan kau macam mana. Paham??" (tersentak, jantung aku macam nak tercabut dengan ugutan dia, apa dia nak buat? Kerjakan? Apa aku kena belasah beramai-ramai ke apa? Ugutan ini.. tunduk jelah Arri) 

Hakimi : "Nice talking to U. Boleh berambus." Slow, tapi sakit dengar nya.... 

Balik je rumah aku terus lepak, lepas solat maghrib tertidur. Mungkin terlalu letih, hari pertama kerja, atau mungkin letih dengan makian dari si mamat durjana tu. Yes, aku terpaksa akui, anak loaded memang angkuh. Itu reality. Sama je dengan ex-bf aku dulu. Bila teringat balik, aku sendiri kutuk diri aku. Kecewa gila-gila. Nanti kita cerita lain pasal ex aku. Sambung kisah Hakimi si mangkuk..dia ingat aku hadap dengan makian dia. Ini Arri, tak kan tergugat lah dengan semua tu. Aku kuat kot. 

Azwan calling...
Azwan : "Sayang!"
Aku: "Salam tak ada ke oi?"
Azwan : "Alaaa... yela, assalamualaikum sayang"
Aku : "Wassalam. Ada apa?"
Azwan: "Amboi garang nya dia. Ni aku suka pasal ko Ri, garang-garang pun tetap mengancam. Hahahaha"
Aku : "Bapak lawak gila, katanya. Pedih lah kau ni. Mengancam bagai. Ada apa beb call aku, aku baru nak terlelap." 
Azwan : "Sabtu ni aku dah start ada kat JB, aku terus datang rumah kau. Pujuk bapak kau, nak curi anak dia tinggal dengan aku. Amacam beb?"
Aku : "Ikut engkau je lah, asal kau boleh ambil dan hantar aku kerja." 
Azwan : "Apa ada hal... ok lah sayang. Pergi sambung tidur, kesian dia penat ye... tidur mimpi aku ok." 

Arghhhhh.. Wan! Kau ni suka buat aku melayang. Eh, aku belum kata aku suka dia kan? Suka? Entah.... Just go with the flow... lagipun aku yakin dia main main. Tak nak aku berebut dengan si jimmy sutun tu. Simpang nak bergaduh dengan dia. Debik sekali confirm terbang!. 

....................

(Music: Ceria – J rocks)

Hari yang ditunggu.. ye, memang Azwan pandai gila bodek bapak aku..aku dibenarkan tinggal bersama Azwan, tapi berserta syarat yang aku wajib balik selalu ke rumah. Yalah, rumah Azwan di condo mewah Straits View tu, dekat sesangat sebenarnya dengan Majidee, tapi elok juga, tak ada lah mak aku susah
payah pagi-pagi nak hantar aku... Lepas sahaja menyusun segala barang aku di rumah Azwan, aku dengan dia makan malam di Restoran Singgah Selalu..

(Music pause...)

Azwan : "Esok kau free?" 
Aku : "Free lah kot. Kenapa?"
Azwan : "Jimmy ajak aku keluar esok. Lagipun dah lama aku tak keluar dengan dia." 

Perlu nak bagitahu ke kalau kau nak keluar dengan Jimmy. Eh, asal aku sentap? Haaa... cemburu. Errrr.. entah! Apa ada hal.... Memang mereka berdua dah lama berscandal. Yang tak boleh blah Jimmy siap boleh cerita kat aku yang Azwan macam kayu atas katil. (ok, aku tak campur hal katil ni) Kutuk pun kutuk juga mamat tu, tapi apa yang aku tahu, jimmy susah nak lepas si Azwan ni, kalau keluar dengan dia, sure dia dalam tanggungan Azwan. Aku?? Even macam mana sekalipun, aku tak suka ambil kesempatan kat orang. Beza kan aku dengan plu lain? Yes, sangat beza, dan perlu tahu. Aku berbeza... aku pun tak tahu apa yang mereka bezakan scandal atau couple, aku tak paham. Maybe ini hidup PLU. We all know... dan for sure, aku sangat benci dengan hakikat itu. 

Aku : "Aku penat lah kot. Duduk lepak je lah rumah. Tak pun aku nak ikut bapak aku tengok site dia kat pontian tu." 
Azwan : "Oh, x settle lagi projek tu ke Ri. Aku tanya , just in case kalau kau bosan duduk rumah sorang."

Ok.. sentap!! Argghhhh. Kenapa hati aku ni. Baru je pikir si Azwan ni dah nak jiwang-jiwang dengan aku. Jimmy sutun tu pulak.. haihhhhhhh. Macam-macam sial aku ni.. mata aku melilau ke arah lain... dan... nampak pasangan yang aku cukup kenal. Yes, Tuan Hakimi (ewww, Tuan?? Bos kan, katanya) and boyfie dia yang alahai.. menyerlah ke-gay-an dia tu... kira memang mereka stay JB rupanya. Perlu ke ada depan mata aku, perlu ke aku pikir pasal diorang... tidak perlu!

....................

TENTANG KITA SEASON 1Where stories live. Discover now