Filem Tamil/Telugu

457 22 28
                                    

Lately ni aku belaja layan filem² tamil/telugu atas hasutan seseorang 🤣🤣(ya..awak lah yang hasut saya😜). Movie pertama yang dicadangkan adalah Bharat Ane Nenu. Berminggu jugaklah aku amek masa untuk start layan. Sebab memang jarang sangat² layan tamil ni.

Aku review sikit eh pasal movie² yang dah aku tengok setakat ni.

1. BHARAT ANE NENU.

Filem ni hero dia, Mahesh Babu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Filem ni hero dia, Mahesh Babu. Handsome kan? 🤗 Cerita ni berkisar pasal politik. Bharat ni graduate dari oversea, balik ke kampung lepas kematian ayah dia. Dia ingat dia balik kejap je tapi pakcik dia suruh dia ganti ayah dia jadi Ketua Menteri. Banyak perubahan yang Bharat buat untuk kebaikan rakyat. Dan dia ni someone yang telus la dalam menggalas tugas dia. Tapi adatlah kan, dalam politik takkan lari dari musuh ni. Macam² la jadi. Nak tau kena tengok sendiri.

Aku rate cite ni 8/10.

.

2. ANJAAN

Hero favourite aku setakat ni🤣 kacak, bergaya weh Suriya ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hero favourite aku setakat ni🤣 kacak, bergaya weh Suriya ni. Dalam filem ni, dia pegang watak Raju Bhai. Salah satu lagu dalam filem ni pasal dia. Raju Bhai. Lagu berhantu sebab habis semua anak² aku and anak² sedara aku dok nyanyi🤣 ye..dorang tengok sekali cite ni. Haha.

Raju Bhai ni kire gengster la. Gengster baik. Eh, ade ke camtu? Haha. Anjaan ni banyak sikit part love story. Aku dah tengok 3 kali cite ni weh🤣

Rate : 9/10

.

3. Baahubali

Aku rasa ramai dah kot tengok movie ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku rasa ramai dah kot tengok movie ni. Baahubali ni ada 2 part. Yang atas ni Baahubali 1. Hero dia, Prabhas. Cite ni berkisar tentang keluarga diraja zaman dulu.

Baahubali ni diselamatkan orang kampung kat sungai. Dibesarkan oleh sepasang suami isteri yang takda anak. Makin besar, perasaan ingin tahu apa yang ada di atas air terjun kat kampung dia tu makin membara. Hari² dia try panjat waterfall tu. And setiap kali tu dia jatuh tapi Baahubali jenis tak berputus asa.

Akhirnya dia dapat naik and kat situ la dia tahu identiti sebenar dia. Korang kena tengok dedua part. Memang best👍

Rate : 9/10

.

4. MIRCHI


Hero yang sama, Phrabas. Filem ni mengajak kita menyemai perasaan sayang pada semua orang walaupun orang tu membenci kita. Kebencian tu takkan bawa kita kemana² selain kehancuran. So, soread the love and not hate okay gais?😉🤗

Rate : 8/10


5. MAHARSHI

Filem ni banyak bermain dengan emosi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Filem ni banyak bermain dengan emosi. Berkisar tentang seorang lelaki yang berjaya dalam hidup, sepertimana yang dia mahukan sejak kecil. Matlamat dia cuma nak menang. No matter what.

Persahabatan, percintaan, wang ringgit, cita²..semuanya complete. Ada part² kelakar jugak. Hero dalam filem ni, sama macam Bharat Ane Nenu..Mahesh Babu.

Rate : 9/10

.

5 movie ni jela yang aku review sebab aku baru tengok 6 movie je termasuk Singgam (malam semalam)🤣🤣🤣🤣

Ceh, acah² macam dah tengok banyak je kan? Eh tapi betullah..kata baru belajar² layan kan🤪🤪🤣🤣

COFFEE & TALK!Where stories live. Discover now