Puisi

19 2 0
                                    

Menulusuri bait-bait puisimu
Yang kau tulis dulu
Mengundang senyuman di bibirku
Kita pernah bersama
Kita pernah bersua
Kita pernah berkongsi rasa yang sama
Mana mungkin semudah itu aku lupa
Namun sayang
Cinta ini bukan untuk kita
Kasih yang kita semai yang kita baja
Nyatanya bukan milik kita

Saat rindu itu menyapa
Sesak sekali terasa di dada
Namun aku percaya
Suatu hari nanti kita pasti berjaya
Menemukan bahagia yang kita damba
Walau bukan bersama-sama

Terima kasih kerana pernah hadir
Tak pernah aku sesali
Kerana darimu aku belajar
Menghargai, mencintai
Jagalah dirimu, selalu
Sebagaimana kau pernah menjagaku dulu

Charming Black 🌹
30 Jun 2023

COFFEE & TALK!Where stories live. Discover now