0003

8 1 0
                                        

Niat mahu merehatkan diri akhirnya terpaksa ditunda. Selepas menyapu serpihan mug yang pecah, dia terus menguncikan pintu grilnya. Sebiji mug, bersamaan Rm2.90. Bukan sebiji yang pecah tetapi enam.

Enam biji bersamaan dengan Rm17.40. Mahu saja dia memberikan resit tersebut kepada Jungkook dan meminta supaya wangnya dikembalikan.

Haneul ketawa sendiri, macamlah namja itu sudi membayar harga mug yang pecah kerana rasa terkejutnya bila melihat senyuman lebar Jungkook yang tampan dan manis itu.

"Aduh, kenapalah dia masih macam dulu lagi!"

Haneul bercakap seorang diri. Jungkook yang berdiri di depannya tadi tidak ubah seperti Jungkook yang dikenali dua tahun lalu.

Manalah boleh dia membohongi hati. Jungkook apabila tersenyum, alahai hati nyonya tua pun boleh cair apatah lagi dia yang masih muda dan teruja ni. Haneul baring di sofa dan meletakkan tangan di dahi.

Jungkook boyfriend Mimi. Mimi girlfriend Jungkook. Berulang kali Haneul cuba memadankan pasangan itu namun di matanya, alahai nampak jauh benar keserasiannya. Macam utara dengan selatan.

Macam kepala kereta api dengan bontot kereta api. Jauh! Haneul ketawa sendirian.

Akhirnya, selepas dia mandi, Haneul bersiap dan mengambil keputusan untuk ke rumah Jaehee, teman seuniversitinya dulu. Manalah tahu Jaehee ada simpan ubat untuk stabilkan hati dia yang dah macam ribut.

Haneul berjengket menuju ke pintu,kunci dipusingkan perlahan. Cuba tidak membuat apa apa bunyi pun. Namun, ketika dia mahu berpaling, dia terdengar jeritan orang memanggilnya.

"Hana! Eh, salah! Apa nama you haritu? Hani? Haseul?" Mimi berdiri di sebelahnya sambil menggentel rambutnya dengan lagak manja.

Ikutkan hati, waktu tu juga Haneul mahu mencili mulut Mimi yang jelas tiada insurans. Jungkook yang berada disebelah hanya tersengih memandangnya dengan geli hati.

Haneul tidak menjawab tetapi hanya lambaikan tangan tanda mahu pergi. Namun, dia tahu setiap langkahnya diperhatikan oleh Jungkook yang bermata warna coklat. Ah, jahatnya hati apabila teringat kisah lalu!

"Darling! Buat apa kat luar tu?" Mimi menjerit lagi. Suka betul menjerit, agaknya suka telan mikrofon! Hati Haneul laju berkata kata. Dia sudah tidak sabar mahu menunggu kedatangan lif.

Pintu rumah Jaehee diketuk kuat. Kedengaran suara Jaehee dari dalam rumah menyuruhnya sabar.

"Mana kunci rumah?" Jaehee mula membebel. Kunci pendua dah lama dikasi pada Haneul, tapi masih lagi mengetuk pintu hingga mahu roboh.

"Aku takut kalau aku buka, kau tengah buat apa-apa yang personal ke?" kata Haneul sambil tersengih.

"Gatal! Macam lah ada Park Seo Joon tinggal dengan aku." bebel Jaehee. Seperti Haneul, dia juga tinggal berseorangan. Mereka berdua sama-sama memilih untuk tidak mencari teman serumah yang lain. Malas! Sudah puas duduk dengan jenis manusia yang banyak kerenah.

"Manalah tahu" jawab Haneul sambil duduk di sofa. Matanya melilau kearah sekeliling ruang tamu.

Jaehee membawa segelas air oren dan meletakkan diatas meja. Tangan Haneul laju mencapai gelas dan menghirup air. Penat!

"Asal kau jadi pelarian ni? Rumah kau diserang penyangak ke?" tanya Jaehee sambil memperlahankan volum TV yang kuat.

"Boleh dikatakan macam tulah, ataupun Anaconda!" Haneul bersila diatas sofa, ingin memulakan cerita. Namun tidak tahu bagaimana.

"Tarik nafas dulu, kalutlah kau ni." bebel Jaehee, dia sudah mula mahu mendengar kisah sensasi itu.

"Kau ingat lagi Jungkook? Jeon Jungkook, ketinggian 179 cm. Mata coklat pekat-"

"Ya aku ingat. Mamat yang senyumannya memikat tu, bergigi arnab. Ada kereta Wira warna hitam (hentam jela). Suka makan apa sahaja, paling favourite roti, pizza , bnda yang macam tu. Ha asal dengan dia?" Jaehee mengangguk apabila dia diperhatikan dengan tajam.

"Amboi, ingat lagi eh pasal mamat tu. Ada apa-apa cerita yang aku tak tahu ke?" tegur Haneul lalu membaling bantal kecil yang dipeluknya.

"eh bantal jangan dibaling eh!" Kata Jaehee, mujur dia elak. kalau tak sia- sia je dibaling masa Haneul tengah meroyan.

"Oi, ceritalah. Apahal ngan mamat tu? Kau ni, dah dua tahun break dengan dia pun, jeles lagi? " pujuk Jaehee dan mula mendekati Haneul dan memeluk bahunya.

"Asal pulak aku nak jeles? Jungkook skarang... duduk sebelah rumah aku!" beritahu Haneul.

"What?!" bulat mata Jaehee memandang Haneul, seakan tidak percaya. Melopong mulut Jaehee perhatikan wajah Haneul yang macam kucing hilang anak.

"Ye.. Dah ada girlfriend, yeoja gila nama Mimi. Macam mana aku nak duduk kat sebelah dia? Punyalah luas Korea ni, kenapa dia beli rumah sebelah rumah aku?"

"Jodoh kot~" Ketawa Jaehee dengan terkekeh-kekeh. Wajah monyok Haneul diperhatikan.

"Esok aku nak pergi rumah kau ah" Kata jaehee sambil mencekak pinggang dan tersenyum.

"Nak buat apa? Aku nak sembunyi kat sini, kau nak kesana plak"

"ah aku tak kira."

Sudahnya, Haneul yang pening. Jaehee kini sedang bermandi-manda meninggalkan dia keseorangan di ruang tamu. Bunyi mesej yang masuk membuatkan dia terkejut.


KookEx

Haneul... You masih lagi begitu ya? Suka menyanyi, kuat merajuk. Tapi slain tu, you makin cantik


"Jaehee!"

Haneul mula menjerit! Hatinya berdegup kencang.

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jul 13, 2020 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

[SU] Lᴏᴠᴇ Cʜᴀʀᴛ ^•^Donde viven las historias. Descúbrelo ahora