19

137 20 3
                                    

PEMUDA E.R
He might be cheerful
But he is dangerous

"JOHNNY, Johnny. Yes papa. Eating sugar? No, papa. Telling lies? No, papa. Open your mouth. Hahaha!" Alia akhiri lagu dengan ketawa besar.

   Dua kali pandang macam penjahat dalam filem Hindustan sahaja. Nasib tiada jurukamera. Kalau tidak mesti asyik zoom in zoom in sahaja kameranya.

  "Apa benda awak nyanyi tu?" Soal Siao Fang sambil matanya tidak lepas memandang ke hadapan. Tidak dinafikan dia terhibur juga dengan kelakuan Alia. Terubat jugalah rasa mengantuk dia.

   "Lagu Johnny. Saya dulu ambil kerja part time sebagai babysister. Memang dua puluh empat jamlah diorang pasang lagu Johnnylah... Monkeylah... Sampai naik hafal dibuatnya!" Alia tersengih teringat pada kanak - kanak yang dijaga sepanjang cuti lepas. Rindu pula mahu menjaga mereka!

  "Yalah. Teruslah nyanyi," Siao Fang memberi kebenaran kepada Alia untuk membuat konsert tidak berbayar di dalam kereta.

   Lagipun dia tidak suka buka radio. Bukan menyanyi pun tetapi lebih kepada banyak berbual! Mahu keras kembali tahi telinga dibuatnya!

  " Oh. Okay. Ehem!" Alia berdehem, bersedia melontarkan suara untuk menyanyi.

I Am Me - Datin Seri Vida

I am fun
I am pretty
I am beautiful
I am queen

I'm inspire
Your desire
I am Diva
Living La 'Alia'!

Come to me
Sayang sayang...

   "Woi! Dalam banyak - banyak lagu, awak pilih lagu tu juga." Siao Fang berbicara dengan lantang. Dia memang anti dengan lagu - lagu yang mempunyai aura gedik terlebih. Geli bulu ketiak tiba - tiba.

   Nyanyian Alia terhenti mendengar komen penuh kasih sayang oleh Alia. Wajah Siao Fang dijeling tajam. "Yalah. Lagu saya pilih semua tak best. Nak nyanyi. Nyanyilah!"

   Siao Fang menjongketkan kening. Eh, merajuk pula?

   Alia berpeluk tubuh, membuang pandangan ke luar. Eh, mereka sudah sampai di Jalan Karak? Itulah seronok sangat menyanyi sampai tidak sedar sudah masuk ke kawasan hutan. Nasib baik Siao Fang yang memandu.

   "Okay, saya cuba nyanyi. Jangan gelak, en?" Siao Fang memberi syarat untuk dia menyanyi.

   "Pinky promise!" Alia mengangkat jari kelingkingnya.

   Jangan risau, Siao Fang tidak sambut pun huluran jari Alia. Dia pun tahu mana halal mana haram.

Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah aku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kena kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi dan untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untuk kamu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi dan untuk disayangi

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now