50 🌹 ;

572 19 0
                                    

Sedang Saera duk termenung memikirkan masalah. Kak Fhia menegurnya dari belakang.

"dah dekat dua minggu dah, kamu duk sini. Tak nak balik ka jumpa suami?"

Saera menunduk. Bibirnya kelu. Dia hanya mampu membuat isyarat badan sahaja.

"Kak... Saera rasa serba salah. Tapi bila difikirkan balik. Salah Saera ke tinggalkan dia? Dia yang mula dulu. Saera cuma terkejut. Tak percaya"

"Saera... Apa yang boleh akak nasihatkan ialah, dua-dua tak salah. Dua-dua ada sebab sendiri, ada penjelasan. Macam kamu tak nak jelaskan apa perasaan kamu masa itu pada dia. Mana dia nak tahu apa yang kamu rasa. Bila dia nak explain kamu tak nak dengar...."

"...manusia tak ada yang sempurna. Kalau ada yang sempurna, bawa jumpa akak. Akak nak bagi ujian praktikal sikit. Mustahil. Kalau kamu terus macam ni, masalah tak akan selesai. Apa kamu ingat masalah tu ada kaki, boleh lati bila dia dah penat buat masalah?"

Saera tergelak mendengar penerangan dan nasihat yang ada unsur lucu dari kak Fhia.

Werk...werk..

Tiba-tiba sahaja Saera berasa loya. Dia bergegas berlari memasuki bilik air. Nasib baik bilik air di luar dan tidak jauh.

"Werk...werk..werk.."

"Ya, allah. Saera. Kamu ok tak ni?" tangan kanan kak Fhia tidak berhenti menepuk belakang badan Saera.

"ok, ok"

"kamu tak sihat ke?"

"Tak tahulah kak. Sejak dua minggu ni, badan rasa macam tak sedap. Penat je."

Kak Fhia mula tersenyum-senyum. Senyumannya seolah membawa 1001 makna.

"kenapa drngan muka akak ni? Tak siap buat plastic surgery eah?" guarau Saera.

"Ish kamu ni. Macam ada. Akak rasa.... Kamu... Pregnant!"kata Kak Fhia dengan nada teruja.

Berkerut dahi Saera memahamkan ayat.

"eah. Tak lah, mana ada."

"baik kamu pergi klinik. Buat pemeriksaan. Mana tahu ada. Tapi, kak Fhia yakin ada isi dalam perut tu."

Suasana menjadi agak ceria sedikit. Mana taknya, suara kak Fhia lantang dan kuat bila dia teka Saera mengandung, semua oramg yang ada dalam rumah menjengah keluar tingkap ingin tahu.

🌹🌹🌹

Idham duduk termenung disofa. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi majlis hari jadinya akan berlangsung. Kalau ikutkan hatinya, memang dia tidak mahu menyambutnya.

Namun, mamanya yang beria mahu menyambutnya.

Dia menatap gambar isterinya lama. Entah kenapa rasa sayu dihati.

"Sayang.."

Sudah hampir sebulan dia tidak bertemu dengan isterinya. Entah bagaimana keadaan isterinya. Sangat merisaukannya.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now