19 🌹 ;

478 16 0
                                    

Cuaca panas di pagi hari sangat bagus untuk wajah kita, dan tidak mengelapkan warna kulit.

Seawal pukul 8 pagi, seluruh ahli keluarga Saera dan Idham sudah berkumpul di suatu tempat di tepi pantai.

Satu per satu, ahli keluarga mereka muncul, yang paling awal sehinggalah yang paling perempuan. Lambat. Hanya dua orang sahaja yang masih belum tiba. Siapa itu, kita sudah tahu.

Ya, betul. Saera dan Insyirah masih belum tiba.

40 minit sudah pun berlalu, barulah nampak kemunculan dua orang gadis yang satu-satunya anak dara dari keluarga Dato' Tengku Emran dan Dato' Hisyam.

"Amboi. Tahu tengok jam tak? Kan dah cakap semalam, berkumpul dekat sini pada pukul 8 pagi. Ini dah pukul 8:40 minit pagi tau tak?" bebel Hatta.

Saera hanya tersenyum selepas dimarahi oleh adiknya. Manakala yang lain hanya ketawa sahaja, bukannya nak sokong.

Insyirah menjeling kearah Hatta.
"Abang Hatta ni bisinglah. Kami ni perempuan. Kalau bersiap tu mestilah lambat. Abang tu lelaki, apa yang abang tahu? Merungut je" kata Insyirah memerli Hatta. Terus terdiam anak teruna Dato' Hisyam tu.

"kak Mia tak macam tu pun" celah Wan. Isterinya merenung kearah suaminya lama.

"Kak Mia lain" ujar Saera. "Apa yang lain? Angah nak cakap yang isteri along ni lelaki lah?"

"Eh? Angah tak cakap pon macam tu. Abang yang cakap. Kak Mia, angah tak cakap apa-apa pun eh. suami akak ni yang pandai-pandai" ngadu Saera.

Kak Mia memukul lengan suaminya. Semua ketawa melihat telatah mereka.

"Saera" marah Wan sambil tangannya tergapai-gapai cuba menarik lengan adik perempuannya. Memang nak kena.

"dah, dah. Memandangkan Saera dengan budak kecik ni dah sampai. Jom kita pergi sarapan dulu" kata Idham.

Semua hanya setuju. Insyirah menjeling kearah abangnya. Marah selepas mendengar abangnya memanggilnya 'budak kecik'.

"Abang ni jahatlah. Dengan kak Saera bukan main lembut je cakap. Dengan adik sendiri, kasar"

Idham memandang Isnyirah yang sedang merajuk dengannya. Saera tertawa dan berjalan mengikuti Datin Rosel dan Datin Suraya.

Idham memeluk erat adiknya itu. "Mana ada. Sebab Syirah adik abanglah, abang cakap kasar-kasar" ujar Idham sambil mengusutkan rambut adiknya.

Insyirah naik angin, lalu mengejar abangnya yang sudah membuatnya marah dengan mengusutkan rambut berharganya. Apa lelaki tak tahu rambut perempuan itu bagaikan mahkota dikepala mereka?

🌹🌹🌹

"Mama, jiran sebelah ni mana? Tak nampak pun." soal Rizal sambil lehernya menjengah keluar rumah Idham. Mana tahu dia boleh berjumpa dengan Saera.

Ibu Rizal menepuk belakang anaknya lembut.

"Mereka sekeluarga tak ada dekat rumah. Pergi bercuti. Tak silap mama lah, mereka pergi bercuti dengan bakal isteri si Idham tu" kata ibu Rizal.

Wajah Rizal berkerut lalu merenung sesuatu.

"'bakal isteri Idham'? Siapa?" bisiknya perlahan.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now