Amanda ini tidurnya bukan boleh buat main. Kalau  zombie lalu sebelah dia pun, dia masih tertidur ternganga dengan air liur basi mengalir di pipi.

  "Yalah... Yalah... Wey, aku nak buang air. Bye!"

   Alia memandang sepi skrin telefonnya. Amboi, terus matikan talian, nampak?

  "Mak engkau cantik!" Alia terlatah besar akibat terkejut pinggangnya dicuit. Wajah si pelaku dipandang. Kenapalah aku jadi adik beradik dengan kau, along?

   "Along ni.... Tiba - tiba terkejutkan orang." Bahu Hafiz menjadi sasaran. Kuat betul hikmat tamparan Alia sehingga terdengar bunyi 'pap'!

   "Alia pasti ke nak balik KL sekarang?" Tanya Hafiz dengan nada risau.

   Alia mengerutkan dahi, hairan dengan pertanyaan itu. Kenapa dengan along tiba - tiba bersikap baik ini? Baru kena reject dengan crush atau apa? "Kenapa mama dengan along tanya macam ni?"

   Hafiz terkejut mendengar bicara Alia. "Apa maksud Alia?"

   "Oh, tadi mama tanya Alia." Alia berdehem, cuba meniru suara Puan Lina. "Alia pasti ke nak balik malam ni. Tak nak balik esok ke?"

   Alia menggalas begnya. Oh, jangan lupa dengan sebungkus plastik berisi baju kotor! Memang betullah kata orang. Bawa satu beg balik ke kempung, pulang bersama dua beg.

    "Alia, jaga diri, okay?" Hafiz memandang Alia penuh berharap... Berharap agar firasat buruk terhadap Alia tidak terjadi.

   "Ala, along ni. Alia kan kuat. Lagi kuat dari along dengan Firdaus tau!" Alia menunjukkan otot yang tidak seberapa pada lengan kanannya.

   "Eleh, dengar cerita hantu pun penakut." Hati Hafiz menjadi menyampah mendengar Alia memuji dirinya sendiri. Nasib tidak diletakkan dua tangan pada bahu dan mata pandang atas.

   "Alia pergi makan ke? Kenapa lama sangat?" Firdaus mengesyaki Alia lambat disebabkan  mengadakan pesta makanan di dapur.

   "Ish, mana adalah. Along ni nak buat sesi berbual." Alia meletakkan segala kesalahan di atas bahu Hafiz.

   "Eh, mana ada. Dia pergi dapur tadi. Habis makanan ambil. Tengok. Rasanya dah bertambah 5 kilogram berat dia." Hafiz mereka - reka cerita supaya Alia terus dibahan. Dasar ini abang.

   Firdaus tersengih, tahu abangnya berbohong. Tetapi tidak mengapa, asalkan boleh bergurau senda dengan adik bongsunya. "Lah, patutlah nampak makin gemuk."

   "Mama..." Alia merengek apabila dia terus dijadikan bahan ejekan.

   "Korang ni. Alia nak balik tu. Tak malu ke kat Siao Fang?" Puan Lina menggunakan nama Siao Fang untuk meredakan pergaduhan mereka.

   Siao Fang pun apa lagi? Redha saja namanya  dipetik. Sudahlah semalam ada seorang kakak ini memetik nama dia untuk memujuk adiknya yang sedang berteriak. 'Tengok abang tu. Tak malu ke dia tengok kamu menangis?' Haih... Terima sahajalah...

   "Yalah. Sorry, Alia." Dua abang Alia memohon maaf acuh tidak acuh. Ini bukan kemungkinan tetapi sah! Sah mereka berdua tidak ikhlas memohon maaf!

   "Ha, masukkanlah beg dalam bonet kereta." Siao Fang menyuruh Alia meletakkan begnya sendiri.

    Alia membuat riak menyampah pada Siao Fang. Tidak gentleman langsung! Baru mahu suruh Siao Fang angkatkan!

   "Bagus Siao Fang. Nak letak beg dalam bonet pun dia malas. Patutlah naik 5 kilogram!" Sempat lagi Firdaus membahan Alia.

   "Diamlah!"

   "Mak cik, kitaorang balik dulu, en?" Ucap Siao Fang selesai dia bersalaman dengan dua orang saudara lelaki Alia.

  Puan Lina mengangguk. "Baiklah, hati - hati."

  "Mama elok - elok en duduk sini. Kalau diorang malas, mama kejar je along dengan Firdaus ni guna batang penyapu," Alia berbisik pada ayat yang terakhir namun masih dapat didengari abang - abangnya.

   "Kitaorang tak malas macam Alia!" Firdaus melaung kuat walhal Alia tidaklah jauh daripadanya.

  Alia yang sedang menyalam mamanya menjadi bengang. "Ish, Alia tak malaslah!"

   "Dahlah." Puan Lina menolak bahu Firdaus, lembut. "Mu tigo ore ni behi balohlah. (Kau orang bertiga ini asyik bergaduh sahaja.)"

    Siao Fang terkebil - kebil mendengar Puan Lina bertutur dalam bahasa Kelantan. Kesian kau, Siao Fang. Buat - buat fahamlah bahasa itu.

   Alia dengan rasa tidak puas hati terhadapa abangnya, masuk ke dalam kereta. Matanya pula tidak habis menjeling ke arah Firdaus dan Hafiz.

  "Siao Fang." Panggil Puan Lina tatkala melihat Siao Fang baru hendak melangkah menuju ke tempat duduk pemandu.

  Siao Fang menoleh ke arah Puan Lina. "Kenapa, mak cik?"

  Puan Lina berkata seakan merayu. "Tolong pastikan Alia selamat di KL nanti."

   Hafiz pula menyampuk. "Ya wey. Tolong jaga adik aku elok - elok. Walaupun kitaorang selalu gaduh dengan dia, tak bermakna kitaorang tak nak dia selamat."

   Siao Fang perlahan - lahan mengukir senyuman. "I will. Jangan risau."
  

Pemuda E.RWhere stories live. Discover now