Tingkatan-Tingkatan Ta*dīl Dan Tajrīḥ Perawi Hadis

21 0 0
                                    

Tingkatan-Tingkatan Ta*dīl Perawi

At-Ta*dīl adalah pemberian pujian kepada mereka yang memiliki rekod kredibiliti dan berkejituan yang baik. Pujian ini bertujuan untuk kemudahan kepada umat agar mereka fokus untuk mengambil periwayatan daripada orang yang dipercayai serta mereka sentiasa beringat agar untuk menumpukan pengambilan periwayatan daripada orang-orang yang benar. Pujian yang diberikan bukan semata-mata menjadi sebab semua riwayat yang dibawa boleh diterima secara secara rambang seperti itu kerana boleh juga seorang perawi yang mempunyai pujian daripada rekod kredibiliti dan berkejituan yang baik tidak terlepas daripada keliru dan tersilap. Akan tetapi, pujian ini berfungsi menghilangkan keraguan terhadap siapa yang boleh diambil riwayatnya dan kemudahan-kemudahan yang lain. Disebabkan itulah wujudnya tingkatan-tingkatan at-Ta*dīl supaya kita tahu kedudukannya

Ini telah ditunjukkan oleh Allah Tabāroka Wa Ta*ālā pada firman-Nya :

قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ ﴿﴾ قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ ﴿

Ifrit daripada golongan jin berkata: "Aku akan membawanya sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu. Sesungguh aku benar-benar kuat lagi dipercayai". Berkata orang yang mempunya ilmu al-Kitāb di sisinya: "Aku akan membawanya kepadamu sebelum engkau berkedip kelopak matamu". Tatkala dia (Sulaymān) melihatnya telah berada di hadapannya, dia berkata: "Ini termasuk anugerah Tuhanku untuk mengujikan sama ada aku bersyukur ataupun kufur. Sesiapa yang bersyukur maka ia bersyukur untuk dirinya dan barangsiapa yang kufur maka Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia". [Surah an-Naml ayat 39-40].

Daripada ayat ini, Allah mengajarkan kepada kita kedudukan ta*dīl daripada sisi kekuatan. Dengan itu, adalah dibolehkan untuk membuat pengelasan tingkatan-tingkatan ta*dīl bagi mengetahui kedudukan kekuatan dalam sudut kredibiliti dan kejituan seseorang. Tingkatan tersebut adalah :

Tingkatan Pertama : Para nāqid sepakat terhadap kredibilitinya dan kejituannya. Tidak ada seorang pun yang memperkatakan tentang kredibilitinya dan kejituannya. Jika berselisihan sama ada seseorang itu kredibiliti ataupun tidak, kadangkala tuduhan kedustaan terhadap seseorang itu tidak boleh diterima sama sekali. Misalnya tuduhan an-Nasā^iyy terhadap Aḥmad bin Ṣōliḥ al-Miṣriyy sebagai seorang yang tidak berkredibiliti, namun hal itu ditentang oleh nāqid lain sehingga perselisihan itu tidak lagi diambil kira. Tidak dinafikan sebahagian mereka mempunyai indikasi periwayatan mereka ditolak seperti tadlis al-Walīd bin Muslim terhadap al-Awzā*iyy dan kekurangan kejituan terhadap seseorang perawi yang lain seperti periwayatan Ja*far bin Abū Iyāss terhadap Mujāhid. Namun, pada peringkat ini adalah mereka diterima mutlak periwayatannya sehingga ada indikasi yang darurat untuk penolakannya. Bukan untuk menafikan bahawa mereka tidak punyai salah langsung. Bahkan, jika periwayatan mereka bersendirian dan menyalahi sekelompok besar yang lain, maka dia tidak terima sekalipun dia disepakati kredibiliti dan kejituannya.

Tingkatan Kedua : Para nāqid sepakat terhadap kredibiliti, tetapi nilai kejituannya tidak begitu kuat. Sama ada kenyataan jelas dari satu pihak nuqqad atau satu pihak lain mengutarakan tentang kurangnya kekuatan kejituan padanya. Misal kenyatan yang jelas dari satu pihak adalah lafaz terang-terangan yang dinyatakan oleh seorang nuqqad seperti "Ṣodūq Yuẖṭi^" (صدوق يخطئ) yang bermaksud seorang kepercayaan tetapi selalu tersilap atau yang seumpamanya dengan sandangan lafaz at-Ta*dīl dan digabungkan bersama dengan at-Tajrīḥ. Misal kenyataan dari satu pihak lain adalah seperti sekumpulan nāqid sepakat tentang kredibilitinya, tetapi seorang atau lebih yang lain mengutarakan bahawa dia mempunyai masalah dalam kejituan. Perlu diingatkan bahawa lafaz "Ṣodūq Yuẖṭi^" tidak semestinya menyatakan kedhaifan perawi. Contoh yang paling bagus ialah perawi yang bernama *Āṣim bin Abū an-Najūd. Sekalipun dia dikritik kerana kurangnya kekuatan kejituan, tetapi tiada seorang pun yang mendhaifkannya.

Demikian peringkat utama dalam tingkatan at-Ta*dīl. Namun, ada sebuah tingkatan yang boleh berkongsi sama ada tingkatan itu berada pertama atau tingkatan kedua. Yang mana kadangkala ada indikator yang mereka yang berada pada tingkatan kedua mempunyai faktor keunggulan yang lebih cemerlang berbanding mereka yang berada di peringkat pertama serta mereka yang berada pada tingkatan kedua mempunyai faktor prestasi yang gemilang berbanding mereka yang berada di peringkat kedua yang lain dan mereka yang berada pada tingkatan pertama mempunyai faktor pencapaian yang terbilang berbanding mereka yang berada di peringkat pertama yang lain. Saya namakannya sebagai tingkatan "Komparatif". Dan saya pecahkan kepada tiga bahagian. Yang pertama ialah "Komparatif Kedua Dengan Kedua", "Komparatif Kedua Dengan Pertama" dan "Komparatif Pertama Dengan Pertama".

Contoh komparatif khusus kedua dengan kedua adalah perbandingan antara Simāk bin Ḥarb dan Ibrōhīm bin al-Muhājir. Sekalipun kedua-dua perawi ini adalah di peringkat yang kedua, tetapi Simāk bin Ḥarb lebih unggul daripada Ibrōhīm bin al-Muhājir. Yaḥyā bin Ma*īn berkata :

Hadis Dan Ilmu TentangnyaWhere stories live. Discover now