Antara Sumber Rujukan Ta*dīl Dan Tajrīḥ Perawi

31 0 0
                                    

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan hikmah kepada hamba-Nya agar dia sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang menjadi teladan bagi sekalian alam agar manusia hidup di atas kesejahteraan. Begitu juga terhadap keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah sentiasa limpahkan rahmat hingga hari akhirat.

Penilaian hadis sangat penting bagi umat Islam agar mereka sentiasa berpijak di atas landasan yang benar lagi kukuh. Mereka yang sanggup menekuni dan menceburkan diri dalam bidang ini ialah orang-orang yang berada di barisan hadapan dalam infrantri ketenteraan ilmu bagi melindungi dan memelihara segala kerosakan dan ancaman yang menimpa di dalam kemuliaan hadis. Mereka orang yang berhadapan dengan perawi yang beragam jenis bagi memastikan ketulenan hadis itu dijaga dan mempertahankan sunnah itu dari kerapuhan bidaah yang bertunas. Bagi memastikan metodologi dan analisis seseorang itu ampuh dan efektif, maka sumber mereka berteraskan dengan yang jernih dan murni nilai ilmunya agar kajian ilmu hadis itu sentiasa di atas manhaj yang sejahtera.

Di sini saya akan kongsikan kepada para pembaca sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan bagi penilaian sesuatu perawi hadis yang memberi kesan kepada kedudukan darjat hadis dan pegangan serta interaksi terhadapnya. Perkongsian ini dari sudut pengalaman saya sepanjang melibatkan diri dalam kajian hadis dan pemerhatian terhadap sumber-sumber tersebut. Sebahagiannya adalah yang masyhur ditelaah sebagai rujukan dan sebahagiannya tidak menjadi rujukan secara lazim. Namun, saya akan cuba senaraikan sumber-sumber yang mempunyai potensi sebagai rujukan meskipun rujukan itu tidak dilazimi untuk dirujuk bagi kemudahan beberapa situasi pada masa akan datang. Saya juga cuba mengulas manhaj sumber tersebut secara ringkas yang penting bagi manfaat untuk mereka yang baru. Perlu diingatkan bahawa bukan semua kitab ini mempunyai nilai reliabiliti kerana sebahagian penulisnya tidak dikenali dan diragui kredibilitinya. Tetapi, saya tetap menyatakan agar para pembaca berjaga-jaga ketika mengambil qowl nāqid dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl.

Dengan itu, diharapkan agar perkongsian ini adalah sumber yang mencukupi bagi persediaan yang perlu ada untuk pengkaji ilmu hadis memandangkan mereka akan berinteraksi dengan sumber tersebut sama ada secara kerap atau jarang-jarang. Apa yang saya tidak nyatakan boleh jadi ia tidak begitu masyhur sehingga tidak memadai untuk saya nyatakan atau saya terlepas pandang daripadanya dan yang ini akan menyebabkan penulisan saya dikemaskini bagi memasukkan penyenaraian yang baru atau pembetulan jika ada kesilapan. Maka, mengakhiri muqaddimah ini, kita memohon kepada Allah agar kita sentiasa dinaungi rahmat-Nya dan kasih-Nya di dunia dan di akhirat.

Sumber Sekunder

Sumber sekunder ialah sumber yang menukilkan dari kitab yang lain dari sumber primer sama ada dinyatakan namanya ataupun tidak dan sebahagiannya dibuang sanadnya dari sumber primer bagi ringkasan dan kemudahan. Namun demikian, sumber ini juga kadangkala menjadi rujukan sumber primer disebabkan sebahagian nukilan itu tidak dapat ditemui asalnya yang mungkin disebabkan kitab tersebut telah hilang dan tidak diperoleh pada kita zaman ini atau belum sahaja dicetak dan masih berbentuk manuskrip atau penulisan tersebut bercampur baur dengan pendapat peribadi yang menjurus kepada kategori sumber primer. Apapun, penukilan yang dilakukan oleh para penulis merupakan orang-orang yang amanah dan jujur sehingga hilang keraguan penukilan palsu.

Sukacita untuk saya nyatakan rujukan sumber sekunder terlebih dahulu kerana ini merupakan rujukan penting bagi memperkenalkan seseorang perawi yang mengumpulkan banyak maklumat perawi yang penting tentang tajrīḥ dan ta*dīlnya sekaligus dan pembuka jalan bagi mencari sumber-sumber primer. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua sumber sekunder ini sahih jika dibuat rujukan silang dengan sumber primer terutamanya disebabkan adanya kelemahan pada sanad qowl tersebut. Oleh itu, kitab ini tidak dapat dijadikan pegangan mutlak melainkan sebagai pembuka jalan bagi mencari sumber primer dan gambaran penilaian kolektif bagi seseorang perawi. Berikut adalah sumbernya :

Hadis Dan Ilmu TentangnyaWhere stories live. Discover now