ep.17

534 31 25
                                    


           Tok! Tok! Tok!

        Doktor Bert mengetuk pintu rumah ibu bapa angkat Eliza berkali-kali setelah sampai di situ. Dalam keadaan separa mabuk, dia beranikan diri hanya ingin bertemu dengan bekas isterinya. Dia amat berharap Eliza menerimanya semula sebagai suami. Tatkala pintu dikuak, raut wajah Doktor Bert yang tadinya berang, kini bertukar ceria setelah berhadapan Eliza. Si gadis amat terkejut sekali! Hampir pintu itu dihayun semula, tapi Doktor Bert pantas menangkap ia dari tertutup!

         "Eliza! Please listen to what I wanna say..! I'm sorry.. please forgive me!" Kata rayuan terus diucap.

         "Tak payahlah ucap perkataan tu lagi, Bert! Saya dah muak dengar semuanya! Awak nak apa lagi dari saya!? Kita tak ada apa-apa hubungan lagi, tolong jangan ganggu saya di sini!" Jerkah Eliza.

Daun pintu semakin dicengkam kuat. Deruan nafas hangat si doktor jelas kedengaran. Bau alkohol dari badannya dihidu oleh Eliza. Ketara sekali lelaki ini sedang mabuk.

           "Sorry, sebab datang tanpa izin ke sini. Tapi saya benar-benar rindukan awak, sayang.. saya dah sedar sekarang.. semua yang terjadi tu salah saya. Maafkan saya sebab tak periksa tubuh sendiri sebelum tuduh awak mandul.." kata doktor itu lagi sambil matanya merenung raut wajah Eliza yang amat dirinduinya.

            "Lepas sakitkan hati saya, halau, cerai, sekarang baru awak datang balik?  Memang saya kasihankan awak, tapi itu bukan bermaksud saya akan balik semula pada awak! Saya merayu.. tolonglah jangan ke sini lagi. Saya dah penat fikir tentang semua ni. Saya nak bersendirian.." jawab Eliza.

Sekali lagi dia cuba menutup pintu, tetapi ia dihalang serta merta oleh tangan gagah si doktor. Tubuh lampainya segera menyelinap masuk ke dalam rumah itu! Eliza terkilan!

           "Pandang saya, Eliza. Saya tak dapat hidup seorang diri tanpa awak.. tak pernah sekalipun awak rindukan saya ke? Saya separuh mati menahan niat dari berjumpa dengan awak. Tapi saya tak boleh lakukannya.. bila saya tahu Timmy bukan anak kandung saya, hidup saya macam tak berguna lagi! Saya bodoh sekali sebab percayakan perempuan tu dan buang awak macam tu saja. Saya menyesal Eliza.. saya datang ke sini hanya nak berbaik dengan awak semula. Sebab saya tahu.. awak masih cintakan saya, kan?"

Doktor itu meluah rasa yang telah dipendam selama sebulan dan beranggapan Eliza masih mahukan dirinya. Sememangnya Eliza simpati padanya tetapi hubungan mereka tidak mungkin akan kembali seperti asal.

Buk!

Tidak semena-mena dada Doktor Bert ditolak kasar keluar dari rumah itu oleh Eliza. Si lelaki terkesima dilayan sebegitu rupa! Tapi kakinya menahan dari terlangkah ke belakang.

          "Pergi dari sini Bert! Saya tak mahu dengar apa-apa pun dari mulut awak! Ya, saya simpati pada nasib awak dan Timmy, tapi rasa rindu atau sayang saya terhadap awak dah lesap! Lepaskan saya dan carilah orang lain yang lebih layak untuk awak! Saya sedar yang saya ni gadis kampung tak ada pelajaran. Tapi saya ada maruah diri.. dan takkan tunduk dengan lelaki macam awak! Saya tak mahu dibuang untuk yang kedua kali selepas berkahwin semula. Macam yang awak cakap dulu.. saya tak berguna dan tak ada hasil. Saya tak boleh bahagiakan atau berikan apa yang awak nak. Kalau kita bersama semula, kemungkinan besar perkara sama akan berulang lagi. Lebih baik kita jangan terus berhubungan.. saya merayu, Bert. Lepaskan saya dan teruskanlah kehidupan awak."

Air mata si gadis mencurah-curah ke pipi. Ia sudah tidak dapat dibendung dari mengalir deras. Sungguh, dia sendiri sakit hati menolak lelaki yang dicintainya ini, tapi rasanya dia boleh hidup tanpa suami! Doktor Bert seraya menangkap lengannya beserta raut wajah sedih.

          "Tolong jangan cakap macam tu, sayang.. i love you so much.. saya tarik balik apa yang pernah saya katakan dulu dan saya minta maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. I want you back.. i really need you. Kita boleh ambil anak angkat atau cuba apa saja cara untuk dapatkan anak. Saya bersalah sebab selama ni selalu menyalahkan diri awak. But.. why don't we try once again? We can do it, Eliza.. Please?" Doktor Bert memujuk lagi.

Dr. Bert and Eliza (s.e) on goingWhere stories live. Discover now