ep.6

429 35 20
                                    


          Budak lelaki itu terkaku setelah melihat wanita muda yang mungkin lebih tua sedikit dari ibu tirinya sedang duduk bersahaja di dalam kereta milik bapanya. Dalam fikiran Timmy, siapa perempuan ini? Mengapa dia bersama bapanya?

        "Hai, Timmy.." wanita itu menyapa.

        "Timmy.. dia kawan papa di hospital. Namanya Sofea Anna.." Doktor Bert memperkenalkan wanita itu kepada anaknya.

Tetapi Timmy tidak mengendahkan sesi berkenalan itu. Dia yang sudah semakin besar dan punya pemikiran, sungguh sakit hati dengan bapanya sendiri. Timmy bukan lagi kanak-kanak tadika!

        "Timmy tak mahu ikut papa. Timmy nak naik bas sekolah." Anak berusia 8 tahun itu menjawab lalu beredar dari kawasan tempat letak kereta Doktor Bert! Bas sekolah yang sudah dipenuhi murid mulai bergerak ketika ini.

        "Timmy!" Panggil bapanya.

Zap!

Tangannya terus ditangkap! Kelakuannya tadi menggelisahkan hati si bapa yang risau! Hampir anak itu menangis setelah ditarik kasar tadi.

       "Timmy, janganlah macam ni.. ok? Awak nak pergi mana? Papa bawa. Kita pergi makan dulu, ya?" Pujuk si doktor.

Bahu Timmy dicengkam kuat, anak itu hanya merenung mata bapanya. Tetapi dia tidak menyahut. Wanita bernama Sofea selaku rakan sekerja yang dikenalkan Doktor Bert tadi meluru keluar dari kereta itu. Timmy didekatinya begitu saja.

        "Hai sekali lagi, Timmy.. saya aunty Sofea. Janganlah takut.. aunty cuma nak berkawan dengan awak.." lembut suaranya memujuk Timmy.

Wajahnya dipandang sinis lalu Timmy bergerak semula ke kereta Doktor Bert. Lelaki dan wanita itu berpandangan seketika melihat kelakuan Timmy yang tampak sekali tidak sukakan Sofea.

          "Timmy nak duduk di depan!" Laung budak lelaki itu.

Sofea mengetap bibir manisnya. Doktor Bert tersentap! Dia pun datang kepada anaknya.

         "Aunty.." belum sempat dia berbicara, Timmy terus membuka pintu dan duduk di hadapan!

Bam!

Pintu ditutup kuat tanpa menghiraukan perasaan Doktor Bert ataupun Sofea.

          "Err.. maaflah. Mungkin dia penat.." bisik Doktor Bert kepada Sofea.

          "Eh, tak apa.. haha. Budak-budak memang banyak ragam.." balas Sofea. Hatinya sakit kerana  budak lelaki itu berkelakuan kurang sopan padanya.

~~~~~~

           Sempat Doktor Bert menghantar pesanan ringkas kepada Eliza sebelum dia memandu keretanya. Waktu ini Timmy bermuka masam sambil berpeluk tubuh. Sofea pula terpaksa duduk pada bangku belakang. Sesekali anak matanya memandang Timmy dari sisi. Dia menjeling!

📱 "Hai sayang, hari ni saya jemput Timmy pulang. Tapi mungkin kami sampai lewat sikit sebab saya nak bawa dia beli barang keperluan sekolah. Dan tak payah masak makanan tengah hari untuk dia, ok? Kami makan di luar.. Love you, bye."

Tit!

Doktor Bert mengirim terus pesanan itu kepada isterinya. Tentang Sofea tidak dia maklumkan langsung! Kereta segera dipandu meninggalkan kawasan sekolah selepas itu.

Eliza yang berada di rumah telah menerima pesanan tersebut. Dengan perasaan hairan, dia pun membalas semula.

📱 "Oh.. ok. Awak pulang awal hari ni? Atau lepas awak hantar Timmy, awak pergi kerja semula?"

Dia bertanya tetapi pertanyaannya tidak dibalas. Mesej itu juga tidak menandakan ianya telah dibaca.

          "Mungkin dia sibuk layan karenah Timmy.. hm.. tak apalah." Kata Eliza sendiri.

Dr. Bert and Eliza (s.e) on goingWhere stories live. Discover now