"Shu Daren, ini isteri aku. Kau orang luar jangan masuk campur,"kata Li Yang Jian memberi amaran. Sara melihat Shu Wu Ji sudah bersedia untuk bertarung ketika itu.

"Sudahlah,"Kata Sara melepaskan genggaman Li Yang Jian. Dia memandang Shu Wu Ji dan Wu Ji mengerti pandangan itu.

"Li Daren, furen, aku masih ada yang perlu diselesaikan,"kata Shu Wu Ji menunduk hormat dan berlalu dari situ.

"Sejak bila kau peduli pasal aku,ha?"tanya Sara.

"Sejak bila aku beri kau izin untuk bercakap kasar seperti ini dengan aku?"

"Sejak bila aku perlukan keizinan kau?"

"Melawan ya? kau-"balas Li Yang Jian menuding jarinya ke muka Sara. Sara mengalihkan telunjuk itu dari pandangannya.

"Li Yang Jian, kau pilih hendak menjadi lawan atau kawan. Aku sudahpun membantu kau untuk membuat Yuan Yuan isteri rasmi kau. Apalagi yang kau nak?"tanya Sara. Dia memerhatikan sekelilingnya. Ada yang berhenti menyaksikan pertengkaran itu.

"Kau masih isteri aku. Tolong jaga airmuka aku biarpun kau tiada perasaan malu itu,"sindir Li Yang Jian. Kata-kata itu menyakiti hatinya. Sara menganggukkan kepalanya. 'Baik, aku kan tak malu...'bisik hatinya.

"Wu Ji!" Panggil Sara. Shu Wu Ji berpaling dan melihat Sara berlari ke arahnya. Apabila Sara mendapatkannya, dia menarik tangan Shu Wu Ji untuk berlari bersamanya. Shu Wu Ji terkejut tetapi dia mengikut sahaja.

"Li Furen!"panggil Xiao Lian yang panik berdiri di situ. Sara mengisyaratkan Xiao Lian untuk pulang sendiri. Li Yang Jian terpaku di situ. 'Berani...,'desis hati Li Yang Jian. Dia mengetap bibirnya.

"Daren,"panggil Zhu Wu.

"Kau ikut! Pastikan kau bawa dia balik secepat mungkin,"arah Li Yang Jian. Zhu Wu pun berlari mengejar Shu Wu Ji dan Sara. Sara membawa Shu Wu Ji menyorok di belakang lorong tidak jauh dari situ. Mereka mengintip dari balik dinding dan melihat Zhu Wu berlari terus ke arah yang bertentangan.

Mereka berdua terduduk kepenatan. Sara memandang Shu wu Ji dan ketawa.

"Kenapa kau ketawa?"tanya Shu Wu Ji.

"Tengok muka confused kaulah,"jawab Sara. Shu Wu Ji turut terketawa. "Dia kata aku tak malu jadi aku kira why not. Lagipun aku perlu bercakap satu perkara dengan kau tanpa ganggguan,"akui Sara.

"Kalau macam tu, mari aku bawa satu tempat kita boleh berbincang,"ajak Shu Wu Ji. Dia berdiri dan membantu Sara berdiri. "Ikut sini,"arah Shu Wu Ji. Mereka sampai di suatu kedai ubat. "Sini kedai isteri aku, marilah."

"What? Kau nak aku jumpa isteri kau ke?"tanya Sara terkejut. Shu Wu Ji ketawa. "Hao, aku dengan kau bukan ada apa-apa pun."

Shu Wu Ji menghentikan langkahnya. "Tergamak kau ucapkan itu? Kita hampir jadi suami isteri,"kata Shu Wu Ji. Sara memandang wajah Shu Wu Ji yang kesedihan.

"Masa dan keadaan sudah berubah Wu Ji. Sedalam mana perasaan ini, aku takkan mahu dikaitkan dengan lelaki yang sudah berkahwin."

Shu Wu Ji tidak mahu meneruskan perbincangan ini kerana dia tidak mahu menerima hakikat yang Sara sudah pun membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

"Kita selamat di sini,"beritahu Shu Wu Ji. "Ah Ying bawakan teh,"pinta Shu Wu Ji kepada pembantu kedai itu. "Duduklah,"pelawa Shu Wu Ji. Sara pun duduk di meja marmar itu. "Apa yang kau hendak katakan?"

"Yuan Yuan akan menjadi isteri rasmi Li Yang Jian tidak lama lagi,"beritahu Sara.

"Serius dia hendak melepaskan kau?"

"Kenapa tak serius  pulak?"

"Dia tak macam seorang suami yang hendak menceraikan isterinya tadi,"kata Shu Wu Ji.

"Aku minta izin untuk balik ke rumah Keluarga Mo dalam masa terdekat. Aku nak minta tolong kau hantar orang siasat keadaan keluarga Mo Li Hua di sana,"beritahu Sara. Shu Wu Ji mengangguk tanda faham.

"Tak ada masalah. Aku ikut boleh?"tanya Shu Wu Ji.

"No, Shu furen akan bersalin bila-bila masa. Takkan kau sanggup dia melahirkan tanpa kau di sisinya."

"Tapi-"

"Tak ada tapi-tapi. Aku mahu sekali hendak berjumpa dengan Jiaofu,"luah Sara.

"Kau beruntung kerana Zheng gong gong mengenali Mo Li Hua,"balas Shu Wu Ji. "Nanti aku ke rumah keluarga Li dengan Zheng gonggong sebelum kau pulang ke kampung,"kata Shu Wu Ji. "Kalau aku tak dapat pergi  kau mesti bawa seorang orang aku bersamamu,"kata Shu Wu Ji.

"Mei wenti,"jawab Sara.

"Daren, teh,"bicara mereka dihenti dengan kehadiran pembantu kedai tersebut.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Where stories live. Discover now