Prolog

19 0 0
                                    

30 January 2039

"Lalala~~lala~~lalalalaa~~~lalaa~~ lalala"aku menyanyi kecil sambil berjalan balik ke rumah.

25 minit yang lepas

"Hii-chan." Panggil mama.

Aku yang berada di ruang tamu segera bergerak ke dapur. Harini aku gembira sangat sebab harini hari lahir aku yang ke 9.

Kebiasaannya,Mama ngan Papa selalu suruh aku keluar beli itu beli ini semata-mata nak aku keluar sementara mereka hias rumah.

"Mesti mama suruh aku keluar ni. Hihi" aku berkata dalam hati.

" Hii-chan tolong mama beli tepung,bawang merah dengan gula ye. Yang lebih Hii-chan boleh beli apa-apa je."kata Mama.

Hehehe kan dah cakap.

" Okay ma."

Aku pun berlalu keluar dari rumah. Namun aku sempat menyarung hoodie dan memakai topi.

Mama kata aku berbeza dari orang lain jadi aku kena sorokkan rambut dan mata aku dari dikesan orang lain.

Yang pernah nampak rambut aku cuma Atok dengan Pak Long je. Tu pun sebab lepas aku lahir mereka lawat aku.

Tapi papa cakap yang atok dengan Pak Long mungkin tak berapa nampak warna rambut dengan mata aku sebab waktu tu rambut aku terlalu nipis dan sedikit dan aku tidur semasa mereka lawat aku.

Maka, aku jarang keluar rumah dan ketika aku keluar, aku sentiasa tutup rambut aku tak kira guna cara apa sekalipun.

Dan kini aku sudah tiba di kedai serbaneka yang berada tidak jauh dari rumahku. Alaa.... Jalan kaki 8 minit je.

"Cari barang apa pulak harini, Hideyaki-chan?" Pekerja yang bernama Zakiyama di situ menyapa aku yang baru menjejak kaki di situ.

"Nak cari tepung, bawang merah dengan gula,Zaki nee-chan. Hihihi."aku membalas sapaannya dengan ceria sebelum bergerak mencari barang-barang yang ingin dibeli.

Aku kenal semua jenis barang dapur sebab aku sering menolong mama memasak.

Selepas membayar aku segera bergerak pulang.

"Bye bye, Zaki nee-chan."aku berkata sebelum bergegas pulang.

"Dulu Mama ngan Papa selalu terkejutkan Hii-chan kan.... Harini biar Hii-chan yang terkejutkan Mama ngan Papa. Hehehehe."aku bergerak agak laju supaya sampai dengan cepat.

Sekarang

Rumahku sudah terlihat dengan jelas. Segera aku berlari anak.

Setelah tiba aku segera menerjah masuk. Senyuman yang menghiasi wajah tadi memudar setelah lihat situasi di hadapan.

Ruang tamu kelihatan suram dengan darah yang memenuhi lantai. Sofa terkoyak, kek sudah hancur bagai dipijak. Belon-belon yang memenuhi lantai juga sudah berwarna merah.

Tetapi yang membuat hatinya bagai dirobek adalah melihat dua insan tersayangnya terbaring lemah tak berdaya bersama darah di memenuhi tubuh mereka.

Barang yang dibelinya tadi terjatuh di lantai.

"Ma... MAMA!!! PAPA!!!"aku menjerit sambil berlari ke arah mereka.

"Papa... Papa... Bangunlah... Tak lawaklah,paa..."selepas papa tak menjawab,aku segera berlari ke arah mama yang tak jauh dari papa.

Kemudian,aku menarik mama untuk berada di sebelah papa.

"Ma... Mama... Bangunlah,maa..." tiba-tiba aku terasa tanganku disentuh sesuatu.

Aku memandang papa yang sedang berusaha mengatakan sesuatu lalu aku merapatkan telinga ku ke mulutnya.

"Hii-chan tak boleh tunjukkan rambut dengan mata Hii-chan dekat orang lain. Hah. Hah. Jangan percayakan sesiapa walaupun dia sepupu rapat Hii-chan...Uhuk!    Hii-chan pergi bilik kerja papa,   Hii-chan akan jumpa surat. Hah. Hah... Hii-chan kena kuat... Ingat. Papa ngan Mama selalu ada dekat hati Hii-chan... Jangan putus asa..Hah. hah. Te.. terima kasih sebab tunaikan hajat papa... Papa ngan Mama sayang Hii-chan..." Papa berkata dengan termengah-mengah sebelum nafasnya terhenti.

Aku memeriksa nadi papa ngan Mama.

"MAMAAA!!!PAPAAA!!!"aku menjerit nyaring.

Jiran-jiran yang berada berdekatan segera berlari masuk ke dalam rumah. Ada yang mengalirkan air mata. Ada yang cuba menenangkan aku.

"Sesiapa call polis dan ambulan."kata seseorang.

"Mamaa~~Papaa~~ Ke... Kenapa tinggal Hii-chan sorang-sorang."aku menangis meratapi pemergian dua insan tersayangku.

Kemudian, aku teringat tentang hajat papa yang pernah papa katakan padaku.

"Papa."

"Ye, Hii-chan?"

"Papa ada hajat tak? Mana tau   Hii-chan boleh tolong tunaikan ke."

"Ada. Hajat papa adalah kalau papa dah nak tinggalkan dunia ni, papa nak berada di sebelah mama."

"Kenapa dengan mama je? Kenapa tak nak dengan Hii-chan sekali?"

"Sebab perjalanan Hii-chan masih jauh lagi."

"Papa. Hii-chan dah tunaikan hajat papa. Papa dengan Mama tunggu Hii-chan tau."aku berbisik kecil.

The SummonerWhere stories live. Discover now