41|Pengunguman! Perkahwinan?

Start from the beginning
                                    

"Bukan korang je. Aku dah melamar Lisa. Tak lama lagi, kitorang pun kahwin" Bambam turut bersuara dengan kagum.

Lagi sekali Tzuyu, Dahyun dan Jimin terkejut dan speechless

"Dia dah tahu kau setan?" Jackson menyoal Bambam. Bambam menggeleng "Aku tak sanggup lah nak bagitahu. Nanti nanti je lah" jawabnya selamba

Jackson menggelengkan kepalanya. "Apa cerita kau dengan Nayeon?" Youngjae bertanya kepada Yugyeom pula.

 "Aku dengan Nayeon cuma kawan"Jawab Yugyeom dengan pasrah. Kini dia dengan Nayeon bukan pasangan kekasih lagi, tapi mereka setuju untuk menjadi kawan baik. "Kau dengan dia break?"Tzuyu mencelah. Yugyeom mengangguk betul

"Mianhae..."Ucap Tzuyu perlahan. "Haish...bukan salah awak"Dahyun menafikannya sambil memeluk bahu Tzuyu

"Tak apa lah. Lagi pun kau bagi masa untuk kitorang bercinta balik. Aku langsung tak salahkan kau, Tzuyu. Aku hargai masa yang kau bagi "Kata Yugyeom lalu tersenyum lemah pada Tzuyu

"Tunggu apa lagi? kahwin je lah korang. Dua-dua pun single" Jimin bersuara memecahkan kesayuan. Dahyun memukul pehanya kuat. Memang taklah Dahyun nak setuju.

 "kau dengan Momo macam mana?" Jaebum pula menyoal Jackson . Jackson melepaskan keluhan berat sebelum menjawabnya "Dia bagitau satu keluarga dia yang aku ni setan" Jawab Jackson dengan pasrah "Pfttt" Mark tersembur

"Habistu? apa riaksi diorang?"tanya Youngjae "Diorang tak bagi aku kawan dengan Momo..tapi Momo nak juga jumpa aku"jawab Jackson "Nasib baiklah dia nak kau lagi"kata Bambam.

Jinyoung dari tadi terdiam. Langsung tak bersuara dan hanya menjadi pendengar cerita mereka saje. Ye lah..dia kan sendu tak ada girlfriend.

KNOCK KNOCK

Mereka semua menoleh memandang pintu. Kelihatan Taehyung masuk ke dalam bersama Jisoo yang sedang memeluk lengannya "Annyeonghaseyoo chingu.." Tegur Jisoo dengan girang 

"Annyeong.."jawab mereka serentak. Jinyoung yang dari tadi muram,terus  tersenyum dengan kehadiran Jisoo. 

"sorry lambat"Ucap Taehyung sambil mengambil tempat di meja makan. Jisoo duduk di sebelahnya. 

"Apa yang kau nak umumkan dekat kitorang? Kau nak tutup kelab  mencari jodoh ke?"Jimin meneka "Bukanlah hyung.."Taehyung menggeleng. "Habistuu?" Tanya Dahyun. 

Taehyung merenung Jisoo di sebelahnya lalu dia memegang erat tangan Jisoo. Hancur senyuman Jinyoung melihat mereka bermesra.Tzuyu seolah dapat meneka pengunguman Taehyung

"sebenarnya, Taehyung dengan Jisoo nak kahwin hujung bulan ni" ucap Taehyung kepada mereka. Mereka tercengang. Sepantas itu..
Tzuyu dah agak. Melalui senyuman bahagia mereka pun, dia dapat meneka

"Apasal semua orang nak kahwin cepat sangat ni?" Jimin menyoal dengan pelik. Taehyung dan Jisoo blur "Siapa selain kitorang yang nak kahwin?" Tanya Jisoo

"Mark, Youngjae dengan Bambam" jawab Jaebum.

"Jom kahwin serentak nak?" Bambam memberi idea dengan teruja.

"Eee tak nak tak nak" Taehyung, Youngjae dan Mark menggeleng dengan wajah jijik

"by the way, congratulations ye korang semua."Ucap Dahyun dengan senyuman manis."Gumawo" jawab Jisoo sambil membalas senyumannya

Jisoo menoleh ke arah Jinyoung. Jinyoung segera menunduk ke bawah mengelak dari bertembung mata dengan Jisoo

"Tahniah" Ucap Tzuyu juga sambil melemparkan senyuman. Taehyung membakas senyumannya "Jangan risau, aku masih akan tolong kau" Taehyung berkata lembut pada Tzuyu

Tzuyu hanya tersenyum. 'tak apa lah Tae. Jangan tolong aku lagi. Aku akan pergi tak lama lagi,secara mengejut. Thanks semuanya. Maafkan aku, aku tak nak minta bantuan dari kau lagi. Cukuplah aku jadi penyebab pemusnahan hubungan kau' katanya dalam hati

****

Harinya telah tiba iaitu hari di mana The Boyz memulakan hidup sebagai k-idol

Tzuyu memerhatikan bangunan studio yang akan mengadakan konsert M-countdown. Ramai peminat dari pelbagai fandom memegang lightstick masing-masing

"Cepatlah turun" arah Mark dengan tegas. Meminta Tzuyu keluar dari kereta. "Kejaplah" jawab Tzuyu sambil menghadiahkan jelingan maut padanya

"Aku nak jumpa Sana lah.." kata Mark "Ishh.. Tak habis-habis Sana. Kalau bukan aku, kau takkan jumpa dia pun lah" Tzuyu membebel semula padanya

Mark terdiam.

"Hmm.. Thanks Tzuyu."ucapnya perlahan. Tzuyu mengerutkan dahinya"Kenapa pula?" soalnya

"Haish.. Disebabkan kau break dengan Jungkook, aku dapat peluang hidup balik. Walaupun bukan sebagai manusia lagi" ucap Mark lalu tersenyum pada Tzuyu

Tzuyu mencebik merenung senyuman Mark"Bukan sebab aku. Jungkook" jawab Tzuyu lalu mengalihkan pandangan ke tingkap semula

Hancur senyuman Mark

"Dah aku pergi dulu" Tzuyu keluar dari kereta 'sewa' Mark. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan. Dia sudah berjanji dengan Younghoon untuk hadir pada hari debutnya.

Tzuyu menunaikan janjinya namun kalini, dia tekad untuk melayan Younghoon hanya sebagai kawan. Dia duduk di kerusi yang di sediakan dan menunggu persembahan The Boyz

Telefonnya bergetar menandakan mesej masuk

Younghoon
Saya tahu awak datang. Saya nampak awak. Tolong, jumpa saya sebelum balik. Bagitahu saya apa salah saya sampai awak tak nak jawab call dan mesej

Tzuyu mengeluh sedih. Younghoon memang baik dan cintakan dia. Semua ayatnya, buatkan Tzuyu lemah semangat untuk meninggalkannya

Dia menggelengkan kepalanya dengan laju“Aku tak boleh macamni. Aku kena juga bagitahu dia, aku nak break.” Kata Tzuyu dengan yakin

*****

Aku paksa diri update tau 😂Thank you 1k ❤️
Terima kasih yang vote and comment cerita penuh dengan plot twist ni 🤣

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now