HM:6

10.2K 485 38
                                    


Hazel menyusun pinggan diatas rak dengan kasar.Bukan marah kerana terpaksa buat kerja tapi sebab Adam.

Gelang yang masih tersarung di tangan dipandang.Bukan dia tak nak tanggalkan tapi sayang.Sejak Adam bagi dia tak pernah tanggalkan.Jelas yang dia masih mencintai Adam.

"Bodoh kau Hazel.Kau cakap nak move on.Kau tak patut pakai gelang ni lagi."Hazel menanggal gelang itu dengan kasar lalu di baling.

"Sakit setan!"

Hazel memejam mata.Cuainya aku.

"Setan mana yang baling ni?!" marah Luqman sambil memegang dahinya.

Setan? Kau panggil aku setan? Ni mesti berjangkit dengan Maira ni.

"So...sorry.A..aku tak se...sengaja." kata Hazel gagap.Takut jugak dia.

Luqman mengambil gelang dikakinya.

"Cantik.Asal kau baling? Kot ye pun tak nak,bagilah dekat aku. Kalau jual ni boleh tahan jugak harga."

Hazel mengaru kepala.Ingatkan si Luqman ni nak maki hamun dia.

"Kejap.Muka kau macam familiar.Kita pernah jumpa ke?" wajah Hazel ditilik.

"Tak....takkan tak ingat?"tanya Hazel kekok.

Hazel mengambil ice pack.

"Budak perempuan yang main baling-baling bra dengan hmm...apa nama budak jantan tu..."

Hazel menjeling Luqman tajam. Sampai sekarang Luqman boleh ingat.

"Meh sini."kata Hazel.

Luqman menayangkan muka blur.

"Haish...tepi tangan tu."arah Hazel.

Luqman hanya menurut.

Perlahan-lahan Hazel meletakkan ice pack di dahi yang kelihatan kemerahan.Jarak mereka tidaklah terlalu dekat. Tapi Luqman lelaki. Tipulah kalau dia tak rasa apa-apa.

"Ehem."

Serentak mereka berdua berpaling.Hazel berpaling kearah lain.Malas mahu memandang muka Adam manakala Luqman menayangkan muka selambar. Macam sengaja nak buat Adam jeles.

Adam menuju ke arah Hazel. Ice pack ditangan Hazel dirampas lalu dibaling kepada Luqman. Tepat-tepat kena pada muka.

"Tangan tu okay lagi kan? So buat sendiri."kata Adam dingin.

"Sakit setan."apasal semua orang nak main baling-baling ni.

"Siapa setan?"sampuk Maira.

'Menyesal aku sebut setan.Kang setan betul dah datang.'desis Luqman dalam hati.

"Aku keluar dulu.Nak balik bagitahu aku.Jangan tinggal aku pulak.Btw thank untuk benda ni."pesan Luqman.Ice pack dibawa sekali.

"Eh kau nak pergi mana tu? Siapa izinkan kau guna ice pack tu? Pulangkan balik."Maira dengan muka tidak puas hati mengejar Luqman.

Tinggallah Adam dan Hazel di dapur.

Adam merenung Hazel tajam manakala Hazel mengendahkan pandangan maut daripada Adam. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala. Adam turut membantu Hazel.

Tiba-tiba teringat pula ketika Adam menolongnya ketika majlis doa selamat dirumahnya lapan tahun lepas.

"Tak payah.Aku boleh buat sendiri."Hazel merampas pinggan daripada tangan Adam.

"Biarlah.Aku nak buat pahala." Adam merampas kembali.

"Kau balik sini terus ke?"tanya Adam.Sekadar mahu berbasa-basi.

"Kau tak perlu tahu."jawab Hazel acuh tak acuh.

"Kita kahwin."kata Adam nekad.

Terhenti perbuatan Hazel.Wajah Adam dipandang.Cuba untuk mencari keikhlasan.

Hazel tergelak kecil.

"Kau ingat kahwin ni main-main?"tanya Hazel sinis.

"Kau Adam nampak aku main-main?"soalan berbalas soalan. Adam mengepung Hazel di kitchen island.

Hazel menelan air liur yang terasa berpasir.Nampaknya Adam betul-betul serious.

"Pandang aku Hazel.Aku cakap pandang aku."arah Adam tegas.

Hazel membalas pandangan mata Adam.Hatinya berdegup kencang.

"Aku tahu kau nampak keikhlasan dalam diri aku.Please. Jujur dengan diri kau.Jujur yang kau masih sayangkan aku."

'Kalaulah aku boleh luahkan segala yang aku rasa pada kau sekarang kan bagus?'

"Maaf.Aku tak nak kahwin dengan kau."kata Hazel.

Adam mengeluh.Begini rupanya perasaan apabila ditolak. Biasanya dia yang menolak perempuan tapi hari ni perempuan yang tolak dia. Sakitnya.

"Baik.Aku hormat keputusan kau.Tapi aku tak akan putus asa. Aku akan lamar kau sebanyak 3 kali.Dan aku masih ada 2 kali lagi.Dan kalau kau tolak aku jugak...."Adam berjeda.

Hazel menunggu ayat seterusnya.

"Aku akan kahwin dengan pilihan bonda."kata Adam tekad.

Di hanya mahu menguji samada Hazel masih menyayanginya atau tidak.Sebenarnya jika Hazel menolaknya sebanyak 3 kali dia akan mencuba cara lain.Dia tak kira,dia nak Hazel jadi miliknya. Bertahun dia tunggu Hazel. Dia tak nak semua tu sia-sia.

"Pergilah kahwin dengan pilihan bonda kau.Aku tak akan terima kau Adam."kata Hazel geram.

Adam membalas dengan senyuman sinis.

"Btw sayang,pakai gelang ni. Tak pakai siap kau.I serious."gelang pemberiannya itu diletakkan disebelah Hazel.

Adam menjauhi Hazel.Dia menyambung menyusun pinggan kembali.Dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

'Gila.'






Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

Maaf pendek.😭

HAZEL MEDINA[•C•]Where stories live. Discover now