"Baik, ini ialah pengakuan dari Xiao Zhi," tunjuk Sara sekeping kertas di tangannya. "Ambillah baca," tunjuk Sara menghulurkan kepada Yuan Yuan. Yuan Yuan tidak bergerak dari tempat duduknya. Kepalanya berputar-putar kerana dia sudah mengupah orang untuk mendiamkan Xiao Zhi buat selamanya.

"Li Furen, kau ingat aku akan percaya?"balas Yuan Yuan masih lagi berlagak sombong.

"Kau yang tak percaya sebab Xiao Zhi sudah mati," kata Sara sambil meneguk teh. "Pengakuan orang yang hidup mungkin ramai yang boleh mempersoalkan tapi pengakuan dari orang yang dibunuh bukankah satu bukti yang boleh diterima di sini?"tanya Sara. Muka Yuan Yuan sudah kemerahan menahan perasaan marah kerana dipersoalkan begitu. Han Mei juga sudah tidak senang duduk mendengarkan kata-kata Sara."Na, kalau pengakuan ini diberi kepada majistret kau rasa kau akan dihukum bagaimana?"tanya Sara masih lagi tenang di hadapan mereka. Han Mei bangun dan berlutut di hadapan Sara.

"Li Furen, Han Mei tak tahu apa-apa. Han Mei tak terlibat. Semua Yuan Yuan jie jie yang merancang. Tolonglah lepaskan Han Mei," kata Han Mei ketakutan. Airmatanya sudah berlinangan di situ. 

"Han Mei! Bangun!" kata Yuan Yuan cuba membuatkan Han Mei berdiri. Han Mei melepaskan pegangan Yuan Yuan dan menyembah Sara beberapa kali.

"Tolonglah Han Mei, Li Furen. Han Mei janji akan menjadi lebih baik. Tolong selamatkan Han Mei," kata Han Mei berkali-kali sambil kowtow di hadapan Sara. Yuan Yuan menjadi sangat marah dengan Han Mei yang pengecut.

"Hao, Han Mei kau boleh pergi sekarang, Aku akan fikirkan hukuman setimpal," kata Sara memandang Han Mei yang menangis teresak-esak. Han Mei berdiri.

"Terima kasih Li Furen," kata Han Mei.

"Kau boleh mengadu kepada Li Laoye atau siapa sahaja. Tapi bukti ini cukup membuat kamu dipenjara dan disiksa," ugut Sara.  Han Mei menangis lagi kuat mendengarkan kata-kata itu. Dia menghampiri Sara. 

"Tolong selamatkan Han Mei," rayu Han Mei memegang tangan Sara. Sara menyentap kembali tangannya. 

"Balik ke bilik kau sekarang. Kau tak dibenarkan keluar dari kediaman Li untuk 3 bulan faham?"arah Sara. Han Mei mengangguk dan mengesat airmatanya. Dia berlalu walaupun ditahan oleh Yuan Yuan.

"Kau!" jerit Yuan Yuan.

"Aku? Aku apa?"tanya Sara sambil menyilangkan kakinya. Yuan Yuan terkejut melihat tindakan Sara itu. "Kau duduk sekarang bertenang," suruh Sara menunjuk kepada kerusi. Yuan Yuan dalam keterpaksaan mengikut arahan kerana kandungannya yang semakin memberat menyukarkan pergerakan. "Kau dengar sini baik-baik. Kau tak perlu rasa cemburu keterlaluan dengan aku. Satu aku ialah puan besar rumah ini. Kau tidak boleh mengubah hakikat itu sekarang. Dua, Li Yang Jian menyayangi kau lebih dari segalanya. Tiga, aku di sini bukan kerana kehendak aku. dan empat, jika kau berkelakuan baik, aku akan membantu kau menjadi isteri rasmi rumah ini," kata Sara. Yuan Yuan terkejut dengan kata-kata itu.

"Aku tak percaya!" tegas Yuan Yuan.

"Aku tak peduli kau percaya atau tidak. Tapi dengan kertas ini , kau juga boleh dihukum mengikut undang-undang dan yang paling sedih kau akan memalukan bapa kau menteri yang dihormati di dinasti ini," kata Sara.

"Kau berani?"ugut Yuan Yuan.

"Kau rasa?" tanya Sara balik. Xiao Lian yang duduk di balik pintu mendengar sahaja apa yang berlaku di ruang tamu. Yuan Yuan memandang tepat ke wajah Sara atau Mo Li Hua. Sara membalas tenungan itu. Yuan Yuan menghela nafas panjang. Dia cuba menahan airmatanya kerana kegeraman yang teramat. Belum pernah dia merasa terhina begitu.

"Aku akan bagi kata putus kepada Err Lang memilih aku atau menceraikan kau,"ugut Yuan Yuan lagi. Sara mengangguk-angguk.

"Betul tapi aku tak kisah. Aku hanya anak saudagar sutera yang kerugian yang sudah jatuh miskin tapi kau, kau anak bangsawan, orang kenamaan. Sebut nama sahaja semua orang sudah tahu. Kalau Li Yang Jian menceraikan aku, kau sudah membantu aku sebenarnya. Tapi walau apapun kau hendak buat untuk menyakiti aku, aku akan pastikan kau dihukum seadanya. Bukan kerana membunuh Xiao Zhi tetapi mencederakan Puan Besar Keluarga Li."balas Sara. Yuan Yuan terdiam.

"Apa yang kau nak?"tanya Yuan Yuan dengan nada yang lebih lembut.

"Jangan sibuk urusan aku. Ke mana aku pergi, apa aku buat dan kau jangan cuba buat apa yang kau telah buat sebelum ini kerana aku bersumpah kau buat lagi kalau aku mati, kau akan ikut mati bersama aku," jawab Sara. Yuan Yuan menggenggam tangannya. 

"Surat pengakuan itu..kau ingat aku bodoh? Xiao Zhi yang memotong roda itu bukan aku," jawab Yuan Yuan menjeling kepada Sara. Sara tersenyum.

"Aku percaya kau seorang yang  bijak. Baiklah. Kalau kau masih berdegil, aku akan berikan surat pengakuan ini kepada Li Laoye," kata Sara berdiri.

"Baik!" kata Yuan Yuan yang juga berdiri. "Aku berjanji," sambung Yuan Yuan. Sara mengangguk. Dia merasa lega kerana dia mahu hidup aman di sini tanpa drama tambahan gundik-gundik di sini.

"Aku ingatkan kau lagi sekali. Jangan mungkir janji kerana buruk padahnya," kata Sara memberi amaran. "Su Lee, Xiao Jin, bawa tuan kamu ke rumah besar untuk sarapan," panggil Sara dan kedua pembantu itu muncul.

"Li Furen, Yuan Yuan minta diri," ucap Yuan Yuan tanpa memandang wajahnya. Tinggallah Sara seorang di situ. 

"Li Hua," panggil Xiao Lian berbisik dan berlari mendapatkannya. "Surat apa-"

"Kalau aku tunjuk kau boleh baca ke?" usik Sara. Xiao Lian terkesima sebentar.

"Tak..."jawab Xiao Lian dan jawapan itu membuat Sara ketawa kecil.

"Lebih baik kau tak tahu kerana harimau bintang takkan mengubah kulitnya,"kata Sara lagi.

"Apa maksud kau?"

"Apa yang kau tak tahu takkan membahayakan diri kau. Sudah aku kelaparan sediakan sarapan," arah Sara lagi. Xiao Lian seperti biasa pantas berlalu. Sara melihat kertas di tangannya. Dan dia ketawa sendiri. Dia pergi membakar surat itu di mejanya. Sebenarnya tiada surat pengakuan pun dia sahaja mengada-adakannya tetapi Xiao Zhi dibunuh itu betul kerana Shu Wu Ji membantu mencari orang suruhan itu dan menjumpai tubuhnya di tebing sebuah sungai.

Sara  :Mo Li Hua ( Vol 2)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora