35|Ujian Untuk Setan

Start from the beginning
                                    

Momo tercengang. Setelah Dahyun mendekati Mark, dia bersuara "Awak dah gila ke ambik orang mengandung sebagai pembantu rumah? Mana la dia larat!" Momo membebel pada Jackson sambil memukul bahu Jackson

"Ehh tak apa lah.. Saya larat je.. Bukan masalah besar pun" Dahyun menghentikan Momo.

"Saya tengok awak macam dah sarat mengandung. Duduklah.. Jangan buat kerja" Momo segera menarik Dahyun duduk di sebelahnya

"Tolong buatkan kopi" Minta Jackson pada Tzuyu "Nae" Tzuyu berlalu ke dapur. Jackson memandang Momo semula. Dia memeluk tubuh geram "Awak tak sepatutnya biar orang mengandung bekerja" katanya

Jackson menggaru kepala bingung "Awak dengarlah dulu penjelasan saya" Jackson berkata geram "Apa yang awak nak jelaskan?" Tanya Momo

"Macamni.. Suami dia tak ada.. Jadi buat masa ni, dia tinggal dulu dekat rumah saya. Tzuyu tolong jagakan dia.
Bukan saya paksa dia jadi pembantu rumah pun sekarang. Dia yang degil nak tolong. Banyak kali saya suruh dia rehat" Jackson menjelaskan segalanya bersungguh-sungguh

Dahyun menjelingnya tajam "Ha ye ke? Oo.. Saya silap lagi la ni hehe" Momo tertawa malu. "awak tak sepatutnya kerja dalam keadaan macamni" Momo menasihati Dahyun

"Ye.. Salah saya" balas Dahyun. "Kopi dah siap" Tzuyu meletakkan dulang ke atas meja ruang tamu "Kamsahamnida" ucap Momo lalu menghirup air kopi

"Besar betul la rumah awak. Kita patut ajak geng The Kunyitz sekali datang sini. Buat parti" Kata Momo dengan teruja. Tzuyu dan Dahyun salin berpandangan

"Pp.. Parti?" Soal Jackson terkejut. Momo mengangguk "Ye lah! Kita enjoy enjoy. Bila eh nak buat? Kalau khamis ni boleh?" Momo bertanya

Jackson membulatkan matanya. Tzuyu dan Dahyun terkejut beruk. "Mana boleh.. Kan ada orang mengandung dalam runah ni" Jackson menolak

Tzuyu dan Dahyun bernafas lega semula

"Ha.. Ahla... Lupa pulak.. Mianhae" Momo menggaru kepala dan tersengih

****

Jisoo dan Taehyung tiba di bangunan SM "Kita buat apa dekat sini?" Soal Taehyung pelik.

"Kita nak menyanyi" Jawab Jisoo dengan teruja. Dahi Taehyung berkerut "Menyanyi? Diorang ada buat uji bakat ke?" Soal Taehyung lagi

Jisoo mengeluh "Bukanlah.. Kita nak menyanyi dekat tepi bangunan tu.. Saja-saja.." Jawab Jisoo

"Kita nak jadi penyanyi jalanan?" Tanya Taehyung dengan terkejut "Ialah!!" Balas Jisoo sambil tersenyum. Taehyung turut tersenyum. Mereka keluar dari kereta sambil membawa gitar dan kerusi

"Tak pernah aku jumpa perempuan yang suka menyanyi tepi jalan" kata Taehyung dengan kagum "Jadi saya lah orang pertama? Awak suka tak?" yanya Jisoo

"suka" jawab Taehyung lalu tersenyum

"Baguslah awak suka."Mereka duduk di kerusi tadi. Taehyung mula memetik gitar secara spontan

Orang di sekeliling mula mendekati mereka. Jisoo meletakkan topi di lantai

"Kita nak nyanyi lagu apa?" Tanya Taehyung "Lagu apa-apa yang awak suka lah."jawab Jisoo

"Okey.. Sweet night" Taehyung memetik gitar semula. Mereka mula menyanyi bersama. Gabungan suara mereka yang merdu mampu menarik ramai orang

****

Chaeyoung, Nayeon, Youngjae dan Yugyeom keluar bersama. Chaeyoung dan Nayeon dah tahu yang Boyfriend mereka merupakan seekor setan

"Aku tertanya-tanya.. Selain manusia, kita ada malaikat, bunian, hantu jugak sekeliling kita. Persoalannya, manusia je ke yang bercinta?" Soal Nayeon tiba-tiba

Yugyeom memandangnya pelik "Entah" balasnya pendek. "Alaa.. Tak nak jawapan tuu" Nayeon merengek. "Mana la aku tau..aku manusia" Jawab Yugyeom

Nayeon memandangnya atas bawah. Dia menoleh memandang Chaeyoung pula yang sedang bermain telefon "Kau buat apa Chaeyoung?" Soal Nayeon

"Aku nak call Momo. Tapi dia tak angkat" kata Chaeyoung dengan kecewa "Momo kan pergi rumah Jackson" kata Nayeon selamba

"Ha ye ke? Jom pergi sekali" ajak Chaeyoung. Yugyeom dan Youngjae saling berpandangan dengan mata terbeliak

"Buat apa nak pergi?" Soal Nayeon pelik. Caheyoung terus berbisik di telingannya "Kan Jackson tu setan. Kau tak risau ke Momo berduaan dengan dia dalam rumah hantu?" Soal Chaeyoung dengan risau

Nayeon terkejut "Jomlah pergi rumah Jackson" ajaknya juga "Tak payahla.. Biarlah dia nak dating berdua dengan Momo" Youngjae membantah

Nayeon menjeling Chaeyoung "Kita kacau diorang" Chaeyoung mengangkat kening "Kau dengan jahat tak boleh di pisahkan" Yugyeom memerlinya

"Heh.. Ni Chaeyounglah" Chaeyoung flip hair. "Jom" Nayeon menarik tangan Chaeyoung pergi

Yugyeom dan Youngjae cuak "Macam mana ni weh?" soal Yugyeom cemas "Aku tak tau." jawab Youngjae cuak di dalam tetapi cool di luar

****

"Bila baby ni nak keluar?" Tanya Momo pada Dahyun "Hmm entahla.. Saya bukan tukang ramal masa depan. Tapi mungkin minggu depan" jawab Dahyun selamba

"Ooo.. Tak sabarnya nak mengandung jugak. Kan sayang?" Momo memegang tangan Jackson. Jackson terkaku "hmm bukan saya yang mengandung" jawab Jackson sambil tersenyum janggal

"Ishh memanglah tapi bila kita nak kahwin?" Momo sengaja pancing Jackson. Dia tahu lelaki tu setan. Tzuyu dan Dahyun berpandangan lagi "Kita akan kahwin" jawab Jackson

"Saya dah balik" Jimin masuk ke dalam rumah sambil membawa beg kerjanya. Mereka semua tercengang

"Siapa ni?" Tanya Jimin pelik. Dahyun memberi  isyarat mulut padanya. Tapi sikit pun dia tak faham "Awak cakap apa sayang?" Jimin menggaru kepala tak faham

Tzuyu, Dahyun dan Jackson menepuk dahi masing-masing

****

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now