CKK 32

252 15 1
                                    

Yasmin POV

Selepas aku keluar dari bilik air, aku terus mencapai phone yang berdering.

"Any news?" Ucap ku terus terang pada Sakinah.

"Alhamdulillah.. tiada apa yang mencurigakan setakat ini. Suami kau pun tak ada pergi jumpa siapa-siapa" Ucap Sakinah berkongsi info.

"Kau sure?" Tanya ku lagi sekali sebab macam tak percaya.

"Betul. Okay je aku tengok husband kau"

"Syukurlah. Kinah, petang ini ke flight kauorang?"

"Ha'a. Boss ajak shopping. Kau dah call husband kau ke?" Soalnya.

"Lepas ini lah call. Lepas itu aku nak turun bawah pergi supermarket kejap"

"Kejap.... suara kau macam burgembwirraaaa jeer?" Aku tahu mesti Sakinah dah syak.

"Sakinah, aku pregnant dah 4 minggu"

Terdengar Sakinah menjerit. "Oh My God!!!! Tahniah! YaAllah best nya"

"Tapi kau jangan bagitahu suami aku pula, aku nak bagitahu sendiri masa dia balik malam ini. Aku nak jemput famili kitaorang sekali"

"Tak payah risau. YaAllah best nya dengaaaaaaar. Elok-elok, okay? See you later, mommy to be"

Aku tersenyum lebar dalam talian. "Okay... Assalamualaikum"

"Waalaikumsallam"

Kemudian talian ditamatkan.

Akhirnya penantian berharga selepas 6 bulan ada penghujungnya. Aku dah jemput kedua belah famili untuk datang dinner malam ini, nak bagi diaorang surprise!

###

"Assalamualaikum, sayang" Ucap Abang Kimi dalam talian. Suaranya sungguh bahagia.

"Waalaikumsallam, Abang. Happy sangat kedengarannya"

"Happy lah, sebab hari ini nak balik KL, kan?" Jawapnya.

Aku tersenyum simpul. "Abang, are okay kan?" Soalku.

"Okay. Kenapa ni?"

"Tak. I'll see you tonight. Assalamualaikum. Safe flight"

"Waalaikumsallam. Okay! Thank you"

###

Rania POV

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu macam mana nak berterus terang dengan Abang Aril dan juga Yasmin bahawa aku lah punca dari semua ini. Aku lah yang bawa masuk Neeta dalam kehidupan diaorang.

Neeta dah semakin berani. Banyak plan yang dia sorok daripada aku. Tapi, hari ini aku tahu juga apa plan yang dia tengah kerjakan.

She flew to Kuching untuk bertemu dengan Abang Aril. Aku tak tahu apa yang diaorang buat dekat sana tapi sumpah aku rasa bersalah yang amat pada Yasmin.

Nombor Yasmin aku dail dengan penuh keberanian.

"Assalamualaikum" Salamnya dari talian.

"Waalaikumsallam. Yasmin, ini Rania"

"Oh, nombor baru ke?" Soalnya.

"Ha'a. Yasmin, I am really sorry atas apa yang I buat pada you sebelum ini. I know, tak patut sebenarnya minta maaf dalam phone. But I am in Paris dan perasaan tak tenang."

"Rania, awak buat apa pun saya tak tahu. Memang sebelum ini saya rasa awak tak suka saya sebab awak ingat saya lah punca adik awak gantung diri. Tapi saya tak ambil hati pun"

CINTA KALI KEDUAWhere stories live. Discover now