CKK 20

270 12 0
                                    

###

Yasmin POV

Aku duduk diatas sofa rumah Abang Kimi, ini kali pertama aku masuk kedalam rumahnya. Kami sampai satu jam yang lepas.

"Best nya rumah ni, walaupun condo tapi style gila" Puji ku.

"Tengok orang lah" Jawab Abang Kimi sambil berdiri di tepi balkon dan melihat aku yang duduk di atas sofa selepas kami berbenah sedikit.

"Iya lah, Founder SZY kan mesti lah rumah dia gempak" Ucap ku sambil senyum.

Abang Kimi memanggil aku ke balkon. "Sayang, sini kejap"

Aku terus bangkit dari sofa dan menemui dia si pujaan hati ku. gittew.

"Apa?"

Abang Kimi memegang kedua bahuku, kini aku dan dia berhadapan dengan jarak yang sangat dekat.

"Sayang..." Abang Kimi memegang rambutku dengan kedua belah tangannya.

Aku tersenyum sambil menatap matanya yang cokelat itu.

"Ingat tak, 5 tahun lepas hari ini, ditarikh ini kita berkahwin kali yang pertama"

Aku terdiam dan berfikir sekejap. Sumpah aku tak ingat.

Aku menggeleng tanda tak ingat. "Kalau sayang nak tahu, pada tarikh ini, Abang menjadi orang yang paling bahagia sebab berhasil menikahi wanita yang Abang damba."

Aku senyum kelat. "Walaupun wanita itu dulu tak rasa benda yang sama?"

Abang Kimi mengangguk. Dia memeluk aku. Kini aku dan dia akan bercakap sambil berpelukan, aku menghadap bangunan Bank dan dia menghadao KLCC. Senja begitu indah petang ini.

"Kita harus bersama selamanya, Yasmin" Ucap nya.

Aku tersenyum dari balik pelukannya. "Ya lah, Allah dah bagi kita kesempatan yang kedua, tak kan Yasmin akan sia-siakan lagi."

Abang Kimi makin menguatkan pelukannya pada ku. Terasa aman bila berada di dekatnya.

"Abang, tahniah! Sebab 5 tahun selepas itu Abang berjaya membuat wanita itu mencintai Abang, dia sangat mencintai Abang."

Dia tergelak nipis kedengarannya. "Terimakasih, sayang."

"By the way, bukan ke dulu Abang kerja kat syarikat besar apa entah nama dia? Kenapa Abang buka syarikat sekarang ni?" Tanya ku.

Dia melepaskan pelukannya. Dia tersenyum. "Sebab patah hati" Jawabnya.

"Ha?" Aku bingung dan blur sekejap.

"Iya lah, masa patah hati dulu Abang tak pergi kerja sampai 2 minggu, lepas tu Abang undur diri dan muncul lah SZY"

Terpegun aku mendengar jawapannya. "Sampai macam tu sekali ye kesan dia? Yasmin kalau ingat benda bodoh yang Yasmin pernah buat dulu memang rasa nak gelak dan tak tau nak bagi reaction apa. Ada gak manusia sebodoh Yasmin tu kan, Abang?"

Abang Kimi tertawa. "Yang lalu biar lah berlalu, sayang. Yasmin sekarang adalah Yasmin yang sebenarnya."

"Tapi, dalam 5 tahun Abang boleh buat syarikat besar macam SZY tu, Yasmin bagi 2 thumbs up untuk Abang" Aku mengancungkan kedua ibu jari tangan ku untuk nya.

"Awal nya kecil juga, Abang masa nak buat SZY, Abang ajak Bella dan Afiq kawan kolej Abang sebab masa tu diaorang kerja tapi environment work place diaorang toxic gila."

Aku mengangguk. Memang office Abang Kimi ni sempoi dan selamba je, tapi itulah dulu ada syarat merepek itu pun still nice jugak.

"Kalau Abang dengan Cik Bella dan Encik Afiq buat syarikat ni kenapa nama dia bukan BAZ ke ZAB ke"

CINTA KALI KEDUADonde viven las historias. Descúbrelo ahora