🎋empat🎋

416 88 52
                                    

Sayurnara eh, onionhasayur remi-remi sekalian 😂

🎋✨🎋✨🎋

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

𝑨𝒈𝒖𝒔𝒕 𝑫 𝑳𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 🎋
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 04

"Haih anak siapa pulak tersesat dalam kebun buluh ni?" tergaru-garu kepala aku dibuatnya lantaran meninjau ke tempat yang sedikit hingar bingar dengan bunyi ranting patah.

Ternyata, ada seorang anak remaja tiba-tiba terhimpit bersembunyi dalam salah satu pokok buluh di situ.

"Eh kenapa ni, Gesd— Ya Allah, Najmi Iskandar! Apa kau buat dalam pokok buluh tu?"

Tubuh Najmi aku bawa keluar bersama Taehyung dari celahan batang buluh yang merimbun itu.

"Kau kenal ke budak ni?" tertanya-tanya aku melihatkan mereka agak akrab.

"Apa tak kenal dengan sepupu sendiri? Dia ni terhegeh-hegeh nak ikut aku balik kampung sekali.

Haih, tak sangka sampai ke sini kau ikut aku, Namjoon oi. Ingat tengah membuta atas katil lagi." Najmi atau nama timangannya Namjoon hanya mampu membalas sengihan.

"Alah kau ni Tae, macam tak tahu pulak yang aku ni jarang ke kampung." ujar Namjoon segan silu.

"Ouh budak bandar rupanya, patutlah pakai baju t-shirt Fila." sampukku, secara mengejek.

"Tapi aku malaslah, Joon. Aku puasa ni." tubuh longlai dan wajah kurang bermaya sengaja Taehyung tayangkan. Eh tadi bukan main rancak menyembang dengan aku, kalah orang ponteng puasa.

"Dah tu, ingat aku tak puasa ke?" selar Namjoon membalas.

"Tch, aku nak berborak dengan Gesdi ni. Kau pergilah ronda sorang-sorang waktu tengah hari ni. Kalau dahaga jangan nak salahkan aku pulak." gertak Taehyung, mahu menakut-nakutkan sepupunya.

Haih, disebabkan aku menghadap pertengkaran sepupu sepapat ini, terpaksalah aku juga kuburkan niat untuk menyaksikan rancangan nombor satu di Malaysia yang sedang disiarkan sekarang. Apa lagi kalau bukan 'Ketuk-Ketuk Kepala Kau... Sampai Benjol'.


──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Seperti dihalau Taehyung, Namjoon pun menarik muka lalu beredar pergi dari laman rumah Agust D.

Mana tidaknya, sebelum mereka tiba di Kampung Chiangkerik, Taehyung sudah berjanji akan membawanya mengelilingi kawasan desa ini. Tapi janji hanyalah janji, tidak lagi ditepati.

"Apalah nasib aku dapat sepupu yang lebih pentingkan kawan dari aku sendiri." tertunduk-tunduk Namjoon melangkah sambil menyepak tin minuman yang kebetulan ada di atas jalan tar.

Namun kepalanya kembali mendongak sejurus terdengar bunyi air yang mengalir tenang. Sedar tak sedar, rupa-rupanya dia tiba di kawasan perkelahan air terjun yang tidak jauh dari rumah Agust D.

Melihatkan suasana sunyi sebegini, pastinya tiada orang yang mengunjungi kawasan ini memandangkan aktiviti perkelahan tidak boleh sesekali dijalankan sewaktu bulan Ramadan.

"Wow seronoknya, dah lama aku tak mandi manda dekat tempat macam ni, selalunya Sunway Lagoon saja." ujar Namjoon sebelum menanggalkan pakaian dari tubuh.

【✔️】𝑨𝒈𝒖𝒔𝒕 𝑫 𝑳𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈 • 𝓜𝓲𝓷 𝓨𝓸𝓸𝓷𝓰𝓲Where stories live. Discover now