💌Special chapter <pt 2>💌

92 13 10
                                    

Panggilan dari unnie Haera dan omma aku hiraukan. Biarlah aku duduk berkurung dalam bilik ni. Sakit hati pulak aku bila teringatkan kejadian petang tadi.

Setelah berbincang mengenai assignment mereka, Chan oppa meminta diri ke tandas. Sebelum ke tandas, dia mengucup dahiku lembut.

Oppa ni memang sengaja nak suruh aku diabetes kan? Setelah kelibat oppa hilang dari pandangan, kawan universiti oppa ini memanggiku kasar.

"Hei budak, aku tengok kau ni tak lah cantik sangat."

Pada mulanya, aku juga terkejut. Namun aku beriak tenang.

"Tak apalah, tak cantik pun Chan oppa sayang."

"Tch, kau tahu tak aku ni ex Chan? Kau ni potong line aku saja!"

"Hello, nenek sihir. Sudah masuk universiti pun tak tahu bezakan antara ex dengan status in relationship lagi ke? Poor you. Benda yang dah lepas memang patut dilupuskan."

"Kurang ajar ye kau budak!" lantas tangannya diangkat, tanda ingin menampar pipiku. Namun tindakannya terhenti apabila Chan oppa sudah menghalang tangannya.

"Haein nak balik, sekarang." kataku sebelum terus pergi ke kereta. Aku lihat Chan bercakap dengan kawannya itu.

Dalam kereta, aku hanya mengabaikan pertanyaannya. Tanda aku sedang merajuk.

"Argh, bodohnya aku! Baru sebulan aku dah buat perangai! Erghh!!" aku menghentak-hentak kepalaku di katil. Kepalaku yang terasa berpinar aku abaikan. Stress yang amat! Pasti Chan oppa ingat aku tidak matang atau menyusahkan.

Klekk

Bunyi pintu yang dibuka dari luar aku pandang. Sekilas, appa memasuki bilikku dan duduk di birai katil.

"Wae tak nak turun makan? Omma cakap tadi balik sekolah terus masuk bilik, tak makan, tak minum. Omma appa risau tau? Hmm.." kata appa seraya menolak anak rambutku ke belakang.

𝘾𝙖𝙢𝙥𝙛𝙞𝙧𝙚 ノ 𝘩𝘦𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯Where stories live. Discover now