💌11💌

85 23 4
                                    

Seperti yang dirancang, pagi ini kami bertolak ke kaki gunung untuk beramah mesra dengan orang kampung di sana. Nama pun ke kaki gunung, pastilah kena turun bukit bukan.

Seperti biasa, aku paling last dibelakang. Kenapa? Sebab luggage tak guna ni la. Rasa ingin campak saja terus ke bawah, tak perlulah menyusahkan aku.

Teringat semasa hari sebelum ke campfire ni, aku tanya Haera sama ada di sini ada bekalan elektrik atau tidak. Kalut sangat berbual dengan Seungsik, dia tersasul berkata bahawa ada bekalan elektrik di sini. Alamatnya, tidak bergunalah hair dryer aku ni.

Aku pun satu, bebal sangat tidak boleh fikir bahawa hutan ialah tempat semulajadi di mana pokok tumbuh dan subur menjadi pelindung kepada habitat luar. Mana mungkin ada bekalan elektrik di sini.

"Hei budak!" tegur seseorang. Sibuk saja, orang tengah seronok mengelamun ni. Tahulah aku masih budak, masih pelajar sekolah tinggi. Janganlah kasar sangat bahasa itu. Apa benci sangat ke tengok muka aku ni? Aku rasa aku tak la hodoh sangat macam Momo yang buat challenge merapu tu.

"Apa dia?" tak semena-mena, tanganku ditarik kuat. Habis terlepas luggage tadi dari genggaman.

"Sejak dari haritu lagi, kitaorang tak puas hati dengan kau tahu?"

Siapa mereka? Merekalah kembar seiras Sujin dan Yujin. Aku dapat tahu dari Zen.

"Jadi kenapa?"

"Biar kami kasi pengajaran pada kau."

"Eh?" tanpa sempat aku berpaut padanya, tubuhku sudah melayang jatuh menuruni cerun di sini.

"Hyahh Choi Haera!"

𝘾𝙖𝙢𝙥𝙛𝙞𝙧𝙚 ノ 𝘩𝘦𝘰 𝘤𝘩𝘢𝘯Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang